Sekiranya berhasrat untuk membeli ketam kenalah tahu serba sedikit tips untuk mendapatkan ketam yang betul-betul elok dan padat isinya, barulah puas hati makan.
Lagi-lagi kalau dapat ketam yang bertelur, memang bertuah sangat sebab bukan selalu dapat. Lagi pun maklumlah harga ketam bukannya murah, kalau terbeli yang tiada isi mesti akan kecewa jadinya bukan?
Oleh itu bagi yang belum tahu cara nak pilih ketam, bolehlah jadikan perkongsian fb Siti Aminah Yousoff. Katanya, “Adalah sikit-sikit saya tahu berkenaan ikan, udang dan ketam ni. Mungkin ada lagi yang lebih arif. Ayah saya yang bagitahu semua tu.. Kalau logik kita simpan jadi ilmu”
CARA PILIH KETAM
1 : Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecil tak apa yang penting berat
Ads
2 : Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitahu perbezaan di antara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar.. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina isi lebih manis dan sedap. Saya kalau tak ada ketam betina memang saya tak beli.
3 : Lihat tempat bertanda tu..pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan. Maksudnya dalam tu memang ada telur dan isi memang padu.
4 : Saya beli 4 ekor ketam tadi, nampak tak telur ketam tu? Memang tak mengecewakan.. tak sabar nak masak untuk berbuka nanti.
Ads
5 : Setelah dicuci dan dibersihkan. Ini lah hasilnya, Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak
6 : Ini la hasil nya, ke 4 ketam yang saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna boleh la try nanti, Alhamdulillah.
Ada orang rezekinya murah miliki anak ramai, dan ada sebaliknya. Ada anak yang mendengar kata, ada pula sebaliknya.
Kadangkala pening juga ibu bapa dibuatnya dek pelbagai kerenah dan perangai terutama apabila mereka sedang membesar. Lebih-lebih lagi apabila berada ditempat orang ramai.
Namun, setiap anak berbeza karekter, jadi usah pandang serong atau mengecam ibu bapa tidak pandai didik jika ada anak yang ‘terlebih’ aktif. Apa yang pasti, anak adalah anugerah yang terindah dalam hidup pasangan suami isteri.
Bagi Nieyssa Hashim dalam usianya 25 tahun sudah miliki 5 anak. Akuinya bukan mudah,bahkan masa untuk diri sendiri tiada, apa lagi mahu ‘me time’ seperti orang lain. Hakikatnya, dia tetap bersyukur dan tahu apa yang Dia berikan ada hikmah disebaliknya.
Mommy of 5 little kids.
Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, Dari 2012-2017 tak pernah berhenti beranak, Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja.
tak berkawan dengan orang.
Hakikatnya bukannya mudah. Semua tak pernah tahu, tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.
Tapi Allah sebaik2 perancang. Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga. Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.
Sebab tu bila orang tanya tak penat ka anak ramai, penat tu memang penat, Stress marah mengamuk tu perkara biasa. Menangis waktu pagi bila kelima2 anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.
Tp lama2 saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai. Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.
Masa untuk diri sendiri sangat terhad. Segala2nya hanya fikir tentang anak. Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri. Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja. Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.
So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress, Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan, DIA sebaik2 pemberi, Percayalah hikmah dan kebahagiaan tak dapat dijual beli dikelilingi anak2 apabila kita meningkat tua.
Nissa Hashim Enjoy mother of 5 kids
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan ada antara punca kita agak susah nak menabung adalah bebanan kos hidup yang meningkat.
Nak menabung ini memang agak sukar tapi kena displin. Selain simpan di bank, boleh je lebihan duit belanja harian tu kita simpan di tempat tertentu atau ‘tempat rahsia.
Tak kisah lah seringgit atau lebih, asalkan setiap hari atau minggu ada untuk disimpan dalam tabung.
Orang dulu-dulu memang terkenal dengan lokasi rahsia untuk menyimpan duit di rumah. Antara lokasi, dalam beras, tin kosong atau bawah tilam. Namun kini lokasi rahsia ni tetap digunapakai oleh kita. Ada juga ‘upgrade’ dengan menyimpan dalam kotak kasut atau dalam buku. Semua ni supaya untuk mengelak daripada ‘terpakai’ duit.
Bak kata perpatah, jika siki-sikit, lama-lama jadi bukit, apa salahnya kita cuba menyimpan tempat rahsia itu. Sekurangnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini duit simpanan ini boleh membantu dengan kadar segera. Namun cara rahsia ini hanya sesuai untuk jangka masa pendek supaya kita tak terlupa atau pun nak elakkan daripada duit rosak.
1) Celah buku
Rasanya ni paling ramai orang buat sebab tempat paling senang nak akses. Kalau ada buku yang dah habis atau jarang baca tu, bolehlah selitkan duit yang nak simpan dalam tu.
Cuma, kena ingatlah tajuk buku mana yang dah diletak duitnya. Takut lama-lama tinggal dalam buku kena makan pula dengan gegat yang suka duduk dalam buku macam ni!
2) Dalam dinding
Jangan tak tahu, ada orang memang simpan duit dalam dinding. Dulu-dulu sebab dinding kayu, jadi senang nak selit duit kat situ. Tapi kalau rumah batu pun boleh juga nak buat jadi tabung, agak-agak ada dinding yang kosong tengah-tengah tu, tebuk lah buat lubang masuk duit.
Satu saja persoalan dekat sini, agaknya bila boleh pecah dinding nak ambil duit tu balik? Mungkin masa nak ubahsuai rumah, untung-untung ada duit tambahan nak beli perabot baru.
3) Bawah lantai kayu
Sekarang ni bukan rumah kampung saja yang guna lantai kayu, rumah moden pun ramai yang pakai lantai kayu sebab nampak eksklusif tau.
Jadi, pada yang rasa nak guna cara ni, cari satu bahagian di lantai kayu tu yang boleh dicabut untuk letak duit simpanan. Kalau boleh biarlah tempat yang tersorok macam bawah sofa atau bawah katil.
4) Bawah atau dalam tilam
Anda boleh memilih sama ada nak simpan di bawah atau dalam tilam. Kalau guna tilam baru elok letak di bawah, sayang pula tilam tu nak digunting-guntingkan.
Jadi, anda hanya perlu alihkan saja bila-bila masa nak menyimpan. Tapi, kalau ada tilam lama, boleh buat ruang dan masukkan duit simpanan di belah dalam. Lagi besar tilam, lagi banyak lah duit boleh disimpan. Seronok pula rasa, macam harta karun!
5) Bekas simpan beras/ barang dapur
Yang ni kalau nak ikut memang kena bekas yang dah tak guna sebab takkan nak campur pula duit dengan barang dapur tu.
Bila dah ada bekas terus letak dekat tempat orang susah nak ambil atau nampak, nanti ada pula yang ingat nak ambil beras, sekali buka bekas ingat jumpa harta karun! Melepas orang yang menyimpan tu.
6) Laci pakaian dalam
Pelik tapi benar! Laci pakaian dalam memang ada orang guna untuk simpan duit sebabnya laci tu mana ada orang lain buka. Kita saja yang tahu ada apa dalam laci peribadi tu.
Kalau nenek kita dulu-dulu bukan setakat dalam laci, dalam pakaian dalam tu pun disimpannya duit. Kita tak cukup duit nak beli jajan, tiba-tiba nenek dah keluarkan duit dari dalam situ! Fuh, sekarang ada lagi ke?
7) Dalam pasu bunga
Pasu bunga ni boleh guna yang kosong atau pun yang jenis letak bunga palsu tu. Cumanya, pasu ni selalu jenis terbuka, jadi elok buatkan penutup supaya tak nampak duit yang disimpan tu. Bukan apa, takut ada yang tergoda bila nampak duit yang dah mula nak menimbun tu, tak sempat penuh satu pasu nanti!
8) Dalam kotak kasut
Lepas ni kalau beli kasut, jangan dibuang kotaknya tau. Anda boleh buka penutup kotak setiap kali nak simpan duit atau buat lubang masuk duit belah atas tu.
Kalau ada beberapa kotak lagi menarik sebab boleh labelkan tujuan duit simpanan dalam setiap kotak tu. Sama ada untuk kumpul wang pendahuluan, duit melancong, beli barang yang dah diidamkan, dan sebagainya.
9) Dalam tin makanan
Cara yang biasa dibuat adalah guna tin makanan sama ada tin biskut atau tin serbuk coklat. Cuma kena pastikan tin itu tidak berkarat dan lembap. Ada juga petua tidak boleh campurkan sekali duit syiling dan duit kertas dalam tin yang sama. Ia untuk elak duit menjadi rosak atau reput atau serangan anai-anai.
Apa yang pasti tempat rahsia untuk menyimpan duit di rumah ada kelebihannya apabila terdesak memerlukan wang, boleh segara ambil. Kelemahannya, tempat sebegini sesuai hanya untuk simpanan jangka masa pendek supaya kita tak terlupa atau pun nak elakkan daripada duit rosak.
Sumber:www.propertyguru.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menu Ikan sumbat inti sememangnya membuka selera , nak nak lagi dimakan bersama nasi panas-panas. Memang layan kan. Tapi yang lecehnya waktu masak ikan ini, ramai mengeluh inti ikan sering terkeluar sehinggakan minyak bertukar menjadi hitam.
Okey, kali ini admin nak kongsikan satu tip untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Tip ini dikongsikan oleh Dekna Cun menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Selamat mencuba!
Ramai yang tak tau rupanya.. untuk tak bagi inti ikan sumbat lari keluar masa goreng/bakar.. ada rahsianya.. jarang2 orang share ya… dekna share ya.. senang ja..
Sapu dengan telur di atas inti sumbatnya itu.. untuk jadi sebagai gam/pelekat.. boleh la cuba ya.. 😍 minyak pun tak hitam..(juga dikawasan insangya yang mana ada inti terjojol2 tu ya 🤭🤭🤭)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...