
Ibu manalah yang tak risaukan anaknya bila anak sering sakit-sakit, batuk dan selesema. Kadang-kadang sampai setiap bulan. Sebenarnya bila anak selalu sangat demam dan selesema, imuniti badan anak sebenarnya tidak cukup kuat untuk melawan penyakit. Ni mama dan papa kenalah ambil tahu.
Nak tingkatkan imuniti tubuh anak kena ada banyak caranya. Salah satunya adalah dengan mengambil jenis-jenis makanan yang sihat dan mampu menyuntik imun anak supaya tubuh jadi lebih kuat dan mampu melawan pelbagai penyakit.
Anak kita sebenarnya mempunyai ketahanan imunilogi sejak lahir lagi namun ianya belum cukup matang untuk benar-benar melawan penyakit, sehingga usianya empat hingga lima tahun. Sehingga usia itu, apa mama dan papa buat untuk pastikan anak mempunyai imuniti tubuh yang kuat?
Paling penting jangan lakukan perkara yang dianggap remeh ni. Sila alert!
Kerap makan makanan tinggi gula
Anak kita suka sangat dengan makanan ringan yang pelbagai. Kita tak pernah ajar anak untuk ambil semua makanan tak sihat, tapi naluri mereka inginkan snek dan makanan sebegini.
Apa yang mama kena tahu, makanan kurang nutrisi, tinggi kandungan penambah perisa dan makanan yang mempunyai daya sensitiviti yang kuat terutama makanan tinggi gula sebenarnya menghalang pembentukan imuniti dalam tubuh anak dan keadaan ini buat anak lebih kerap sakit. Jadi tolonglah kawal gula dalam pemakanan anak, tapi lebihkan sayur dan buah-buahan dalam menu harian.
Tak suka anak main ‘outdoor’
Aktiviti luar rumah menjadi salah satu perkara terpenting untuk menjadikan anak lebih tinggi imunnya. Terdedah kepada pelbagai kuman dan bakteria di luar rumah membolehkan adanya sifat pertahan dan daya melawan tubuh. Ini menjadikan anak lebih kuat dan kental. Jadi selalulah beri anak peluang bermain di luar rumah.
Biarkan anak tak cukup tidur
Perkara paling penting untuk kuatkan imuniti tubuh anak adalah dengan pastikan anak cukup tidur! Ada ibu bapa yang tidak ambil kisah dan langsung tak pantau berapa jam anak tidur. Anak sebenarnya memerlukan lebih 10 hingga 14 jam setiap hari. Jika anak tak cukup tidur bagaimana imuniti tubuh anak nak makin kuat?
Tak selektif pilih makanan anak
Ada juga ibubapa yang tak kisah mengambil apa jua jenis pemakanan anak. Selain tinggi gula, junk food jenis pewarna, perasa tinggi juga kerap diberikan pada anak. Hal ini sebenarnya salah. Apa yang ibu boleh lakukan adalah memberikan anak sekurang-kurangnya buah atau sayur untuk membekalkan nutrisi tubuh. Kalau anak tak makan sayur, sila ambil buah atau kreatifkan cara masakan.
Tak setuju dengan suplemen
Bukan menidakkan tetapi suplemen sebenarnya banyak membantu anak kekal sihat terutama kepada anak yang kurang nutrisi malah menolak sayur dalam menu harian. Pilih sahaja jenis suplemen di pasaran yang sesuai dengan anak. Paling penting dapatkan nasihat dan pandangan pakar farmasi dulu, jangan main beli.
Tak jaga kebersihan
Amalan penjagaan kebersihan yang tidak sihat adalah punca kepada kepada imuniti yang tidak kuat. Galakkan amalan kebersihan diri yang baik kepada anak anda sejak daripada usia kecil. Ajar anak untuk basuh tangan dan amalkan pemakanan sihat sentiasa.