Anak nak masuk asrama? Ini pesanan penting mak ayah kena bagi tahu. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki asrama, perasaan bercampur-baur pasti dirasai. Bangga kerana anak-anak berpeluang untuk berdikari, tetapi pada masa yang sama risau memikirkan bagaimana mereka akan menguruskan diri.
Anak Nak Masuk Asrama? Ini Pesanan Penting Mak Ayah Kena Bagi Tahu
Sebelum anak melangkah ke alam asrama, ada beberapa perkara penting yang perlu ibu bapa sampaikan kepada mereka. Ini bukan sahaja untuk memastikan mereka bersedia secara fizikal, tetapi juga mental dan emosi.
Berikut fakta yang dikongsikan oleh penulis buku keibubapaan, Wawa Shauqi
1. Pesan pada anak, di asrama, tak macam di rumah. Mak boleh buatkan semua. Peraturan pun suka hati saja nak ikut ke tak.
Tapi kalau di asrama, kena ikut peraturan. Kemas katil sendiri, pinggan basuh sendiri, baju basuh sendiri, barang-barang jaga dengan elok, jaga kebersihan tandas yang dikongsi bersama.
2. Fahamkan anak yang setiap rakan-rakan di asrama nanti berbeza. Ada pendiam, ada peramah, ada pendendam, ada pembuli, ada terlalu advance bahkan ada yang sudah terdedah dengan vape.
Anak kena bersedia agar tidak berlaku kejutan budaya. Yang penting kena kuatkan diri. Jangan terikut kalau apa yang kawan buat tu benda tak elok. Walaupun nampak cool.
3. It’s ok kalau rasa rindu dengan keluarga. Ramai juga sebenarnya lalui masalah yang sama. Mama dengan ayah dulu pun macam itu.
Tapi usaha enjoy the moment dengan kawan-kawan di sana. Sebab moment itu pun akan berakhir satu hari nanti sampai kita pula rindu pada momen masuk asrama itu.
4. Anak umur ini fragile ya tuan-tuan puan-puan. Fizikal dia membesar. Tapi fikiran dia masih ‘budak-budak’. Mereka perlukan kita untuk diguide. Kalau jumpa pengaruh tak elok, memang mudah terpengaruh.
Cakap pada mereka, Mama dan ayah akan selalu tanya khabar awak. Spill everything. Kalau berlaku sesuatu yang tak ok, yang mengganggu fikiran awak, jangan rahsiakan.
You are still a kids.
Ads
You still need adult yang akan bantu you kalau you tak ok. But if you are ok, tapi kawan-kawan tak ok, bantu kawan cari dewasa yang boleh dipercayai untuk bantu dia. Ingat! Jangan berahsia!
5. Cakap pada anak, jangan sesekali biar kawan sentuh tanpa sebab yang munasabah. Walaupun untuk bergurau. Anak kena tahu sentuhan selamat. Anak kena tahu asas pendidikan seksualiti. Anak kena tahu sirah Nabi Lut. Betapa Allah melaknat hubungan kaum sejenis.
Mereka perlu tahu asrama adalah lokasi utama berlakunya gejala maksiat LGBT. Jangan layan jika ada ada orang nak jadikan adik angkat, ajak tidur bilik dia, tidur bersama satu katil serta tiada gurauan bila menyentuh private part. Ramai dewasa yang mula ada kecenderungan seksualiti ini bermula dari sekolah.
Kesimpulannya memasuki asrama adalah satu pengalaman baru yang penuh dengan cabaran dan peluang untuk anak-anak. Sebagai ibu bapa, penting untuk memberi mereka nasihat dan bimbingan sebelum melangkah ke sana. Dengan persiapan yang baik, anak-anak pasti akan dapat menyesuaikan diri dan menjalani kehidupan asrama dengan lebih yakin dan berdikari.
Memang benar, setiap yang bergelar suami isteri inginkan rumahtangga bahagia kekal sehingga ke akhir hayat. Namun kadang, ada pihak ketiga atau badai yang mendatang, maka timbulah krisis dalam rumahtangga.
Menurut Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, ia lumrah apabila pasangan mengalami fasa andropaus bagi lelaki dan wanita pula fasa menopaus. Namun krisis rumahtangga pada fasa ini dapat diatasi apabila kembali kepada fitrah rumah tangga supaya dapat mengawal perubahan biologi dan psikologi ke arah kebaikan. Jom kita semak perkongsian ustaz ini. Jangan lupa tag kepada pasangan anda.
PETUA CINTA UNTUK ‘ORANG LAMA’
Suami isteri akan dilanda satu krisis tabii yang dinamakan oleh pakar-pakar psikologi sebagai krisis pertengahan umur. Pada waktu itu, hormon testosteron akan berkurangan dan menyebabkan sering berlakunya beberapa perubahan yang “mengejutkan”.
Kaum lelaki akan mengalami fasa andropaus yang mengakibatkan kurang daya rangsangan seks, cepat rasa letih, perubahan emosi seperti cepat marah, cepat merajuk, mudah terasa tertekan dan mood yang berubah-ubah.
Pada waktu inilah lelaki akan diserang oleh pelbagai rasa yang meresahkan. Antaranya ialah dia mula berasa tidak bahagia dengan hidup dan gaya hidupnya sendiri.
Manakala dalam hal interpersonal pula, lelaki mula berasa bosan dengan individu-individu yang berada di sekelilingnya. Dari sudut kerjaya dan hobi, tiba-tiba ada bidang lain yang menarik minatnya. Dia seolah-olah menjadi remaja buat kali kedua walaupun dalam keadaan tenaga dan upaya yang semakin menyusut.
Lelaki andropaus juga dilanda penyesalan tentang pilihan-pilihan yang telah dibuatnya dalam hidup. Mengapa aku memilih yang ini, tidak yang itu? Sampai satu tahap, dia berasa marah dengan isterinya dan rasa terikat dengannya.
Malah, lebih menggerunkan apabila mula timbul keinginan untuk menjalin hubungan baru. Jangan terkejut jika pada usia ini lelaki yang selama ini “pijak semut pun tak mati” akan berlaku curang!
Bagi kaum wanita pula mereka akan mengalami fasa menopaus. Tahap ini juga melibatkan perubahan fizikal, tingkah laku, emosi dan kejiwaan.
Perubahan ini boleh menghala kepada kebaikan mahupun sebaliknya. Wanita yang mengalami fasa ini akan terdorong untuk lebih berdikari dan mandiri.
Fokusnya lebih kepada ke“aku”annya. Dia ingin memiliki kemampuan kewangan sendiri, hobi dan objektif sendiri dan pelbagai lagi yang “sendiri”. Pada waktu itu, ada wanita yang mengejar kembali atau “qada” semula apa yang tidak dapat dicapainya semasa muda.
Walau apa pun krisis yang melanda diri suami dan isteri, Islam punya cara untuk menangani krisis pertengahan umur. Islam ialah agama fitrah yang mampu menghadapi perubahan dalam fitrah kehidupan berumah tangga.
Selagi berpegang kepada akidah, syariat dan akhlak Islamiah, lelaki andropaus dan wanita menopaus akan dapat mengawal perubahan biologi mahupun psikologi ke arah kebaikan.
Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta kita dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landaan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur.
Jika pangkal jalan kita benar, betul dan kukuh maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu…maka kembalilah ke pangkal itu.
(InsyaAllah, akan ditulis nanti tips-tips untuk kembali ke pangkal perkahwinan)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lain orang lain caranya dalam mendidik anak-anak. Sama juga dalam mengerjakan ibadah puasa, pada peringkat awal dan umur anak-anak masih kecil pelbagai cara ibu bapa melatih anak puasa. Bila mereka dah faham nanti, senang la mereka mengerjakan ibadah tersebut tanpa dipaksa.
Sama juga bagi penyanyi Ayu Damit, dia ada cara yang tersendiri dalam mengajar anak-anaknya untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu.
Untuk memastikan anak-anaknya berjaya berpuasa penuh pada hari tersebut, dia akan ‘memancing’ merek dengan memperuntukkan ganjaran RM10.
Menurutnya, sebagai ibu kepada tiga cahaya mata yang semakin membesar, dia mahu melatih anaknya supaya lebih bersemangat menjalani ibadah puasa.
“Tahun ini anak bongsu saya dah mula belajar berpuasa. Jadi untuk support dia, saya berikan ganjaran RM10 untuk satu hari dia berpuasa penuh.
“Hari pertama puasa Alhamdulillah dia puasa penuh tapi masuk hari kedua mungkin sebab dia bersekolah, dia berpuasa separuh hari sahaja
“Kalau separuh hari, saya bagi separuh untuk dia dan disebabkan dia rasa sikit. jadi dia cuba bersungguh-sungguh untuk terus berpuasa penuh hari-hari berikutnya.
“Saya memang train anak-anak macam itu supaya mereka rasa bersemangat nak berpuasa dan ganjaran’ wang itu saya akan beri pada malam raya nanti,” kata Ayu.
Terdahulu, hasil perkahwinan dengan suami, Syed Fauzi, Ayu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 13, Sharifah Alya Aryana, 10, dan Syed Aqif Najmi yang kini berusia tujuh tahun.
Bagi yang gemar memasak menggunakan santan asli tentu risau apabila terlalu lama menyimpan santan parut akan mengakibatkan berbau hamis dan cepat rosak.
Tentu ada caranya untuk memastikan santan kekal segar.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian ini.
KELAPA PARUT FROZEN
Cara saya:
30 biji kelapa siap parut putih untuk difrozenkan. Sya siap timbang setiap 1…..1 kg. Senang bila nak guna dah siap tinggal froskan. Sebelum perah sya rendam kelapa dengan air panas. Biarkan sejuk baru blender, tapis dan perah guna penapis teh.
Asingkan kelapa tua dan kelapa muda. Packing dan timbang ikut keperluan dan siap labelkan supaya tidak keliru yang mana kelapa tua dan muda.
Untuk santan sya tak suka bekukan. Sya perah guna air panas yang dah disejukkan.
Tapis dan siap sukat ikut sukatan kuih yang nak sya buat. Simpan bahagian bawah peti sejuk.
tu tu Tahan 3 @ 4 hari tanpa berubah warna, rasa dan bau. Bila nak guna keluarkan suhu bilik, dah lembut kacau bagi sebati sedia untuk digunakan.
Tips; ✓ perah jangan guna air paip. ✓ bila dah masuk peti sejuk jangan keluarkan pada suhu bilik dalam masa jangka panjang, kemudian masukkan semula dalam peti…akan menyebabkan santan berbau dan rasa tak sedap. ✓keluarkan bila perlu dan masa nak digunakan. ✓simpan dalam bekas bertutup.
NASI LEMAK BERSERAI/DAUN PANDAN < cara sya. ✓Beras basmati, cuci dan toskan. ✓untuk NASI LEMAK DAUN PANDAN, kisar kelapa dengan beberapa helai daun pandan, perah dan tapis guna penapis teh, kemudian masak seperti biasa, hasilnya nasi lemak berwarna hijau dan bau daun pandan…@ masak sahaja nasi dengan beberapa helai daun pandan untuk dapatkan bau daun pandan. ✓untuk santan……sya campurkan hirisan halia, bawang besar, beberapa biji bunga cengkih @ rempah tumis, halba, serai dititik @ daun pandan (pilihan) dan garam….sukatan ikut keperluan banyak mana beras yang nak dimasak. ✓sekiranya nak masak keesokkan pagi, simpan dalam peti sejuk, esok subuh keluarkan terus masak seperti biasa. ✓bila nasi dah masak (warm) campurkan sedikit minyak untuk nasi berkilat….biarkan sekejap. ✓gemburkan nasi, tutup semula dan biarkan sekejap beberapa minit….sedia untuk dinikmati.
Semoga bermanafaat tips dan cara sya. Sya tak mintak apa²,..doa dari sya semoga kita semua dalam lindungan dan rahmat dari Allah…aamiin³ yrb.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...