Anak Mudah Dengar Kata Bila Ayah Yang Tegur, Terus Angkat Muka Dan Patuh. Rupanya Ini Sebabnya!

Share

Nak didik anak ini memang mencabar lebih lagi bila anak semakin membesar. Bila bagi nasihat atau tegur asyik tak dengar kata.

Oleh sebab itu, si ibu akan membebel hinggakan ada anak terutama remaja menyatakan ibunya membebel hampir 24 jam sehari walhal si ibu sekadar mahu menasihati serta membetulkan apa yang salah.

Bukan mudah sebenarnya untuk menasihati terutama sekiranya si anak semakin meningkat remaja, mungkin pada si ibu, teguran yang dilakukan itu demi kebaikan anak-anaknya namun ia sering disalah erti.

Namun apabila ayah mula masuk campur dalam mendidik, terus anak angkat muka dan patuh pada arahan. Bahkan sepatah teguran ayah terus didengar! Hakikatnya cara ayah mudah untuk anak mendengar kata berbanding ibu.

Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim ada benarnya. Ikuti pandangan beliau mengenai hal ini.

Mohd Fhais Salim bersama ana-anaknya

Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita. Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.

1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.

2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.

3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )

4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.

5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga ( self-esteem )

6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.

7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.

Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.

Impak yang positif

Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak. Jangan alpa, tegur untuk melentur!

Sumber: Mohd Fhais Salim

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club