Jika dikira-kira sudah lama sebenarnya kita anak beranak tidak dapat keluar rumah bersama-sama untuk melakukan pelbagai aktiviti. Walau pun sebagai ibu ayah kita berasa kasihan melihat anak-anak tidak keruan di rumah, tapi dengan berada di rumah itu adalah pilihan terbaik yang kita ada untuk pastikan keluarga kita selamat daripada bahaya Covid-19.
Pun begitu, kita juga sebenarnya boleh bantu untuk menceriakan hari anak-anak dengan melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Helna Nadira di facebook.
Tambahan pula menurut Helna, “I rumah atas, honestly kesian sangat kat budak 3 orang tu. Bosan tak jejak tanah. I pun buatla aktiviti yang boleh occupied diaorang. I ada attached gambar kat bawah. Kalau korang tak de idea boleh guna pakai idea I & jangan lupa share akitiviti yang korang buat tau. Kita tukar tukar idea.”
“Ni I nak cakap juga, Sayangilah anak anak korang, pastikan diaorang duduk kat rumah jer. Lantaklah diaorang nak terbalik kan rumah ke apa ke… lantak! Asalkan duduk kat rumah OK?”
1.Main Air – Korang beli ikan longkang dalam rm2/3 . Lepaskan dalam besin, suruh diaorang try tangkap. Diaorang boleh main halfday dah benda ni. Kalau korang ada swimming pool pun boleh letak dalam swimming pool. Kenapa air tu hijau? Dia orang nak air hijau, I letak food colouring dalam besin tu.
2. Baking- I tau bukan semua parents pandai main dengan tepung, (macam I) tapi tak pe… kita boleh beli tepung instant.
3. Main Lego – Antara aktiviti yang dia orang tak pernah bosan. Apeque (4tahun) level beginner, Zaque (6tahun) intermediate And Erique (8tahun) lagi sikit nak expert. Main lego ni baik untuk umur umur macam ni. Tapi ramai parents takut nak bagi. Anak anak I semuanya umur setahun I dah exposed dengan lego, Alhamdulilah ok jer sampai sekarang. Percayalah, u all will impressed dengan skill dia orang. Sangat sangat creative.
4. Tolong Di Dapur – Kalau ada anak umur Erique (8tahun)dah boleh start ajar dia orang tolong kita kat dapur. Supaya nanti dah besar tak me‘maid’kan bini. Contohnya potong bawang macam ni. Lantak dia nak pakai sunglasses ke face shield ke, biarkan! ingat ! Main point kita tak nak bagi dia orang bosan dengan cara get them involved.
Tanam tauge. Yang ni best jugak. Rajin jugak la diaorang mandikan tauge diaorang.
Bahkan bukan itu sahaja, banyak lagi aktiviti yang dikongsikan oleh Helna Nadira di facebooknya dan bolehlah dijadikan idea untuk anda bagi menghilangkan kebosanan anak-anak bila terperap di dalam rumah.
Baru-baru ini Helna Nadira berkongsi lagi satu aktiviti bersama anak-anaknya yang cukup mencuri tumpuan warganet. Katanya, “Disebabkan boring punya pasal, anak-anaknya menyuruh mummy jual nasi lemak dalam rumah. Layan kan ajeee…”
Dapat dilihat daripada beberapa keping gambar yang dikongsikan ini, betapa anak-anaknya gembira dan ceria melakukan aktiviti membeli nasi lemak daripada ibunya. Anak-anak perlu membayar dengan duit untuk mendapatkan sebungkus nasi lemak untuk bersarapan.
Memang menarik idea inidan bolehlah dipraktikan.
Sumber : Helna Nadira
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club