Tidak dinafikan kebiasaannya anak-anak yang masih kecil memang sangat rapat dengan ibunya, bagai tidak boleh dipisahkan. Kemana sahaja ibunya berada, di situlah anak ini akan ada di sisi. Ini kerana hubungan yang istimewa ini telah terbina sejak anak berada di dalam kandungan lagi. Jadi tidak hairanlah anak ini akan ‘berkepit’ sahaja dengan ibunya.
Namun andai dipisahkan tentu sahaja anak ini akan sedih, menangis dan meraung. Apatah lagi bila melihat ibunya terpaksa dipisahkan dan dibawa pergi dengan menaiki ambulans akibat positif Covid-19.
Berdepan dengan senario memilukan itu, Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya (HPj), Ahmad Azim Afifi Sharupuddin dan pemandu ambulans di Jabatan Kecemasan HPj, Muhammad Faris Adnan berkongsi pengalaman di Harian Metro.
“Anak kecil menangis dan menghalang untuk mengambil ibunya antara kenangan yang menyayat hati saya pernah lalui semasa mengendalikan pesakit Covid-19 kritikal,” kata Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya (HPj), Ahmad Azim Afifi Sharupuddin mengenai pengalamannya menjadi orang pertama yang menjemput pesakit Covid-19 sebelum dihantar ke pusat kuarantin.
Menceritakan pengalamannya itu, Ahmad Azim berkata, apa yang lebih memilukan, kejadian itu berlaku pada Hari Raya pertama Aidilfitri.
“Kejadian ini berlaku di kawasan Salak Tinggi, Sepang. Ayah dan ibu (anak itu) positif, manakala tiga lagi anaknya masih dalam pemantauan.
Ads
“Ketika saya tiba di rumah terbabit, wanita berkenaan berada di atas katil di dalam biliknya dengan keadaan tidak bermaya.
“Disebabkan kesihatan wanita terbabit yang semakin teruk, kita terpaksa mengambil keputusan untuk membawanya ke wad kecemasan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Azim berkata, pada ketika itu, anak-anak wanita berkenaan mulai menangis sambil memanggil ibunya serta menghalang petugas kesihatan membawa wanita itu ke hospital.
“Bagaimanapun, situasi itu dapat dikawal selepas ayah kanak-kanak berkenaan menenangkan keadaan. Ayahnya yang positif itu masih menjalani kuarantin di rumah serta menunggu panggilan daripada pihak hospital untuk dibawa ke pusat kuarantin,” katanya.
Ads
Foto : H.Metro
Bagi rakannya, pemandu ambulans di Jabatan Kecemasan HPj, Muhammad Faris Adnan berkata, walaupun penularan Covid-19 sudah setahun, namun perasaan sedih setiap kali mengambil pesakit itu sama seperti pertama kali.
Menurutnya, perasaan sedih itu tidak dapat digambarkan terutamanya apabila melihat pesakit terpaksa berpisah dengan ahli keluarga masing-masing.
Muhammad Faris berkata, kebanyakan pesakit yang menjangkiti virus berkenaan adalah warga emas serta ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil.
“Kebanyakan kes membabitkan warga emas, suami dijangkiti, manakala isterinya pula tidak (dijangkiti). Apabila dah biasa duduk bersama, sudah pasti rasa kehilangan bila salah seorang tiada di sisi.
Ads
“Disebabkan, suaminya dijangkiti Covid-19 dan mempunyai masalah jantung, kita tiada pilihan lain selain membawa pesakit untuk segera menerima rawatan,” katanya.
Muhammad Faris berkata, ramai yang menganggap penularan Covid-19 itu satu perkara biasa sehingga mengatakan angka harian yang ditunjukkan setiap hari itu cuma wayang.
“Tetapi percayalah apa yang berlaku ini adalah kenyataan dan bukannya untuk menakutkan orang ramai,” katanya.
Diuji dengan kehilangan orang tua buat selama-lamanya bukan penghalang untuk berjaya dan berputus asa.
Itulah yang ditempuhi oleh Dr. Abdul Hadi Samsi bersama tiga lagi adik beradiknya. Sejak dari umur 5 tahun, dia kehilangan bapa tersayang. Lebih memeritkan, sekali lagi ujian menimpa apabila ibu tercinta pula pergi selamanya selepas 11 tahun pemergian bapanya.
Namun, anak yatim piatu yang menghuni di asrama anak yatim selama 13 tahun ini membuktikan bahawa dia juga mampu mengenggam ijazah tahap tertinggi, Doktor Falsafah (PhD).
Segala titik peluh dan kesungguhan Abdul Hadi itu terbalas selepas dia dikurniakan ijazah PhD dalam bidang sains politik dan kerajaan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45, pada Selasa.
“Saya hadiahkan kejayaan ini buat keluarga dan semua guru-guru yang menjaga saya di Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor selama 13 tahun dan mendididk saya seperti anak mereka sehingga ke peringkat universiti,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan yang dihantar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.
Mengimbau kembali kisah hidup, beberapa tahun selepas pemergian bapanya, Abdul Hadi dan tiga lagi adik beradiknyua terpaksa ke asrama anak yatim dan berpisah dengan ibu yang hidup dalam kesusahan kerana bekerja kampung.
Ketika Abdul Hadi berusia 16 tahun, ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat kanser perut.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa baik Ustaz Suhaimi Dzajuli, yang merupakan pengasuhnya paling lama di asrama anak yatim kerana tidak jemu membantu sehingga berjaya dalam pelajaran.
kredit Astro Awani
“Buat adik-adik yang menghuni di mana juga rumah anak yatim, janganlah merasa kekurangan tiada insan tersayang di sisi sebagai sebab untuk tidak boleh cemerlang dalam pelajaran.
Masih ada rakan-rakan senasib di asrama dan guru-guru yang menyayangi kita seperti saudara kandung sendiri. Mari kita balas kepercayaan ini,” ujar Abdul Hadi, yang ketika ini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.
Dalam masa yang sama, Abdul Hadi merancang untuk menjadi pensyarah di UPM tidak lama lagi.
Sumber : Astro Awani
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Ramai dalam kalangan pempengaruh dan selebriti tak kira tempatan mahupun luar negara memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik (pintasan usus) untuk mengawal masalah berat badan berlebihan.
Antara selebriti yang terbuka mendedahkan tentang pembedahan ini termasuklah penyanyi Aishah dan juga selebriti dari seberang, Melly Goeslaw.
Hal ini turut menarik perhatian penyanyi bersuara lunak, Datuk Nora Ariffin. Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Nora baru-baru ini memuji penampilan rakan artis yang semakin cantik selepas menjalani pembedahan berkenaan.
Ujar Nora, dia juga mahu melakukan pembedahan serupa. Namun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana perlu patuh pada larangan suami.
“Wah bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melim selepas pembedahan bariatrik.
“Saya pun dah dapat orang nak sponsor tapi encik suami tak izinkan. Kena taat. So telan air liur je lah,” tulisnya.
Menerusi laporan media, pembedahan bariatrik merupakan pembedahan jenis kosmetik yang menjadi pilihan ramai sebagai salah satu cara untuk mengembalikan kelangsingan tubuh.
Selain membantu mengecilkan saiz tubuh, pembedahan ini juga dapat memulihkan penyakit metabolik seperti darah tinggi, kolestrol tinggi dan juga kencing manis.
Sumber : Nora Ariffin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar, cicah pula dengan kari, sambal, sardin, gulai atau kalau yang suka manisan boleh juga dimakan dengan sekaya memang terbaik.
Jom ibu-ibu cuba buat Roti Puri ni sebagai sarapan untuk keluarga.
Breakfast today. wahh speaking kemain
Makcik Kiah happy dpt bantuan
akk pun happy roti puri menjadi
Alhamdulillah 1st time mencuba bolehlah utk isi perut cicah dengan sambal sardin
RESEPI ROTI PURI TANPA YIS
Bahan
Tepung gandum – 3 cawan
Gula – 1 sudu besar
Garam – 1 sudu kecil
Marjerin – 1 sudu kecil
Air suam – 1 cawan
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
1. Buat doh
Mula-mula kita masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
Uli sampai doh tak lekat di tangan.
2. Rehatkan doh
.Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat
3. Bentukkan
Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.
Canai leper macam dalam gambar di bawah ni.
4. Goreng
Kemudian terus masukkan doh yang telah dicanai ke dalam minyak yang betul-betul panas. Guna api sederhana ya.
Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuk mengembung.
5. Siap! Agak-agak dah masak tu bolehlah angkat. Kemudian ulang balik sampai habis semua doh tadi. Lepas tu bolehlah hidangkan.
TIPS NAK BAGI PURI KEMBUNG ELOK Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api. Waktu goreng, guna api sederhana. Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti puri sampai dia kembung sendiri. Masa canai tu tak payah nipis sangat pun tak apa.
Mudah kan? Confirm anak-anak pun suka makan roti puri ni.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...