Berdepan dengan anak yang kerap merajuk memang memeningkan kepala. Nak biarkan sahaja anak, bimbang tangisannya lama. Nak dipujuk bimbang anak makin menjadi-jadi sikapnya. Buntu.
Jadi apa yang seharusnya mak ayah lakukan bila anak kerap kali merajuk? Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, anak perlu dibiarkan dahulu sehingga reda. Bimbang lama-kelamaan anak akan jadi ‘naik lemak’.
“Anak-anak yang di usia empat tahun dan ke bawah, jika mereka mengamuk, jangan terus pujuk. Jangan terus kita melulu kelam kabut nak redakan dia punya emosi. Sabar.
“Memang betul kadang kita serabut kepala. Kita memang streslah tengok budak-budak mengamuk. Kadang dia mengganggu ketenteraman jiwa kita.
Ads
“Tapi sebenarnya silap. Kalau kita terus pujuk setiap kali dia mengamuk, makin lama rajukkan dia tu boleh makin parah.
“Sebaliknya, kalau anak mula mengamuk, jangan pujuk tapi kita ajar dia untuk tenangkan diri. Boleh cuba amalkan teknik kira ke belakang. 10 sampai 1. 10, 8, 10, 9, 8, 7, 6 sampai 1. Kira kuat-kuat, tak apa. Habis kira tu, baru kita slow talk dengan anak.
“Tujuan ni apa adalah kira ke belakang ni sebenarnya dia boleh meredakan emosi kita, stres kita dan kemarahan kita.
Ads
“Sebelum nak suruh anak buat, kita buat dulu. Kita tunjuk sebab anak ni dia sangat mudah meniru. Mendengar ni susah sikit. Tapi meniru sangat mudah.
“Jadi, kita ajar, kita buat dan anak akan nampak lama-kelamaan dia akan ikut. So, dalam masa yang sama sebenarnya, kita mengajar anak untuk mengurus diri, mengurus emosi dia, mengurus tingkah laku dia. Dalam masa yang sama juga, kita mendirikan anak tentang kemahiran untuk mengawal diri dia.
Ads
“Kalau tengah marah, mengamuk, dia nak buat macam mana. Sebab itulah kita kena biarkan anak ni, dia perlu ada emosional independent. Kemandiri emosional. Maksudnya, mesti ada kemahiran berdikari dengan emosi sendiri.
“Tapi jangan ada harapan tinggi, buat sekali terus jadi. Buat sekali, anak terus jadi matang. Tak lah. Dia perlukan learning journey ni panjang. Mungkin ada yang nak cepat, ada yang nak ambil masa. Tapi inilah step dia.
“Jangan terkejut kalau kita konsisten, istiqamah, praktik, buat depan anak, anak tu yang kira sendiri bila dia rasa marah,” jelasnya berkongsi.
Cabaran sebagai wanita berkerjaya dan dalam masa yang sama mengurus rumahtangga, bukanlah mudah. Seawal pagi bergegas ke tempat kerja dan setibanya di rumah pada waktu petang, mengurus rumah tangga pula. Sungguh berat tanggungjawab yang dipikul.
Begitu juga pada wanita yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Seawal pagi mengurus keluarga sebelum suami dan anak-anak ke sekolah. Kemudian sepanjang masa asa sahaja kerja-kerja rumah dilakukan. Tidak pernah habis tugas yang dilakukan.
Ini jelas menunjukkan kedua-duanya sama ada menjadi suri rumah atau berkerjaya diakui punya cabarannya yang tersendiri.
Malah menurut Ustazah Asma’ Harun, suri rumah atau wanita bekerjaya keduanya bekerja.
Usah buat perbandingan mana lagi penat dan stress. Mana lagi susah dan mencabar. Keduanya adalah Ujian.
Bukan semua wanita mampu jadi suri rumah sepenuh masa, ia karier yang mencabar keikhlasan, tiada gaji dan kadang rasa rendah diri, kerana itu pahalanya sangat BESAR.
Begitu juga bukan semua wanita mampu bekerja mencari rezeki dengan cara barakah, banyak mengundang fitnah, susah nak jaga niat, pergaulan, maruah dan aurat. Ramai yang kalah dengan ujian pujian dan kejian hingga sanggup berubah demi diterima orang. Pahalanya juga besar, kerana mencari rezeki adalah satu JIHAD.
Allahu Akbar, semuanya ujian. Tiba kematian baru sedar semua tu tiada beza, kecuali mereka yang jadikan kerjaya suri rumah atau bekerja di luar rumah itu sebagai IBADAH.
Sambutan menjelang Aidilfitri tahun ini digambarkan lebih meriah dan berseri apabila kerajaan dalam satu pengumuman bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.
Foto: Bernama
Operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan kemas.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, paling penting prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan akan ditentukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing.
Selain itu jelasnya, kerajaan turut membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara dengan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri.
“Apa yang penting adalah SOP perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya seperti lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala, pintu masuk dan keluar berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta kawalan jumlah pengunjung.
“Selain itu waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang sehingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya semasa sidang media pada Selasa.
Dalam pada itu kata Ismail, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) merekodkan seramai 5.633 juta orang sudah mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Isnin.
Katanya, bagi mudahkan cara, JKJAV telah memperkenalkan lima kaedah pendaftaran iaitu aplikasi MySejahtera, talian Hotline 1800-888-828, laman sesawang vaksincovid.gov.my; atau hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta.
Foto: The Star
Selain itu, aplikasi juga boleh dibuat melalui program bantuan bagi penduduk luar bandar dan pedalaman oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pergerakan merentas negeri masih kekal tidak dibenarkan. Walaupun begitu, rentas negeri hanya dibenarkan untuk aktiviti pelancongan sahaja.
Menurutnya, aktiviti pelancongan daripada negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep gelembung pelancongan perjalanan pelancongan di dalam negara yang menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja dibenarkan.
Baru selesai dengan namanya belanjakan hampir RM5 juta untuk membeli sebuah banglo mewah dan besar di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, nama Kak KM atau Liana Rosli sekali lagi menjadi bualan apabila dia yang juga anak perempuan kepada pelakon veteren Normah Darmanhuri membeli kereta buat ibunya itu.
Terbaru dalam satu perkongsian di TikTok, wanita berkenaan dilihat membawa pula orang tuanya itu ke sebuah show room kereta. Dengan berat hati, pelakon tersebut menjelaskan ingin beli kereta namun simpanan tidaklah mencukupi.
Tak sanggup melihat si ibu pulang dengan kekecewaan, Kak KM akhirnya mengeluarkan buku cek dan ingin bayarkan secara cash. Mendengarkan tawaran itu, Normah terus dilihat mengalirkan air mata dan juga seakan-akan tidak percaya. Baginya, semua yang dilakukan tersebut tidaklah seberapa dan ia merupakan salah satu rezeki juga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat gelagat dua beranak tersebut. Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa kagum melihat Kak KM yang sering sahaja berusaha untuk membahagiakan ibunya itu meskipun terpalit pelbagai kontroversi.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.