Anak Menjerit Tak Boleh Nak Download Game, Bapa Ni Terus Bawa Anak Pergi Balai!

Share

Pada era digital ini tidak dinafikan anak-anak kita semakin terdedah kepada teknologi skrin seperti penggunaan telefon pintar, tablet, komputer, laptop dan sebagainya. Meskipun teknologi membawa manfaat, penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mengawal penggunaannya.

Menetapkan had masa pada anak-anak yang munasabah umpamanya boleh dijadikan salah satu cara yang berkesan untuk elakkan atau mengurangkan risiko ketagihan video games daripada terjadi.

Pun begitu, nak dijadikan cerita baru-baru ini melalui perkongsian TikTok @ainusdi telah berkongsi video di mana suaminya terpaksa membawa anak kedua mereka ke balai polis gara-gara anak mereka meninggikan suara disebabkan tidak dapat memuat turun game Roblok di telefon bimbit.

Tambah si ibu lagi, sebelum ini anak-anaknya telah diberikan hukuman cubitan namun seakan-akan tidak memberi kesan  kepada anak-anaknya dan seakan tidak dapat pula  dibendung sikap anaknya itu.

Oleh yang demikian, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan akhir dengan terpaksa menggunakan ‘tektik’ tersebut dengan membawa anak mereka itu ke balai polis. Meskipun anaknya itu terlihat meraung namun pasangan suami isteri ini nekad dan tujuannya hanya satu untuk memberikan kesedaran kepada anaknya itu.

@ainusdi mama papa dh hilang sabar #fyp #gameroblok #buangterus ♬ bunyi asal – AIN’S DESSERT – TUKANG URUT

 

Menjengah ke ruangan komen, siapa sangka meskipun tindakan ibu bapa ini  terlihat begitu tegas dalam memberikan pengajaran kepada anak-anak mereka namun ada juga netizen yang menyokong cara sedemikian. Tidak dengan itu  ramai juga yang berkongsi kesan buruk terhadap sikap anak-anak apabila ketagihan permainan video untuk dijadikan pengajaran bersama.

“addict game roblox ke….kalo betol…samalah..dgn anak sy…hujung2….saya ngamuk..uninstall terus….,” tulis salah seorang ibu di ruangan komen.

“pakai link fmly.. aq pakai link fmly tu dekat 5 tahun dh.. senang pantau ank ank.. game roblox ni memang xelok utk budk2,” tulis yang lain pula.

“Aku sokong method kau kak. 👍kte kne tegas dgn ank2 ni. xleh ikut ckp ank. BAHAYA.” ujar yang lain tanda setuju dengan tindakan yang dibuat.

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club