Anak Menilai Kebahagiaan Ibu Bapa. Rumah Kena Sentiasa Ceria. Deep!

Share

Anak adalah cerminan ibu bapa. Setiap perbuatan anak, akan menunjukkan sikap ibu bapa. Boleh itu, haruslah setiap ibu bapa menonjolkan tauladan kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak menilai kebahagiaan sesebuah rumah itu.

Ikuti perkongsian oleh Puan Farhan

Anak anak itu boleh menilai tahap kebahagiaan di dalam rumah.

Kalau ibu ayah selalu bergaduh, berkelahi dan bermasam muka, tentu saja anak anak akan merasakan bahawa rumah itu bukan syurga mereka.

Mereka rasa tidak bahagia
Mereka rasa tidak aman
Mereka rasa tidak selamat

Sebab itu, kalau nak gaduh ke nak bermasam muka ke elakkan di hadapan anak anak.

Kalau terbuat juga, anda bertanggungjawab untuk explain kepada anak anak situasi itu supaya anak anak tidak rasa CEMAS dengan situasi yang mereka lihat dan alami.

Apa yang kita risau apabila anak anak mula menilai dan membuat konklusi sendiri.

Lebih parah apabila mereka mula membandingkan keluarga mereka dan keluarga orang lain.

Jadi berhati hatilah kita sebagai ibu bapa.

Banyak benda yang perlu kita jaga.

P/S:Gambar di bawah ibu ambil dari kertas lukisan kakak Aufa? Terima kasih kakak Aufa kerana menilai yang baik baik sahaja tentang abi dan ibu. Walaupun hakikatnya kami juga tidak selalu sempurna..