Anak Mengikut Tingkah Laku Kita, Bukannya Nasihat Kita.

Share

Hari-hari kena nasihat  anak jangan makan makanan segera, jangan asyik main telefon dan tonton televisyen. Tapi semuanya bagaikan mencurahkan air atas daun keladi. Anak tetap tak dengar nasihat.

Boleh dapat penyakit ‘stress’ jika semua anak-anak buat tak tahu. Namun menurut  terapi ini, puan Maryam Jamadi situasi ini berlaku ekoran sikap ibu bapa itu sendiri. 

Ikuti penjelasan selanjutnya oleh Puan FB Maryam Jamadi,Pediatric Occupational Therapist mengenai hal ini.

 PERSEKITARAN 

Kita larang anak makan makanan ringan tapi dalam masa yang sama kita makan depan mereka.
Kita larang anak merokok, tapi dari anak masih bayi kita dah hembus asap rokok depan mereka.
Kita marah anak mencarut atau cakap perkataan tak elok, tapi kita senang-senang mencarut depan anak dalam kereta bila kereta lain tak bagi signal.
Kita nak anak belajar pandai, tapi kita 24 jam menghadap gadget bila anak tanya soalan kita tak layan.
Kita nak anak menghafaz Al-Quran, tapi kita dalam masa setahun berapa kali sahaja membaca Al-Quran.
Kita nak anak rajin mengemas, tapi dari kecil bila anak nak “tolong” mengemas kita marah.

PENDIDIKAN AWAL BERMULA DIRUMAH

Pendidikan awal anak sebenarnya bermula dari lepas lahir dan dari dalam rumah. Terutamanya semasa anak bawah 7 tahun, dimana segala benda yang dipelajari adalah melalui PERSEKITARAN.

“Persekitaran” pula ada banyak komponen yang bertanggungjawab kerana pada mulanya anak belajar melalui meniru bukannya melalui bahasa atau nasihat. Terutamanya:

1. Penglihatan (perbuatan orang sekeliling).
2. Bunyi sekeliling (perkataan yang didengari anak).

Semasa anak 7 tahun kebawah juga, anak belum reti membezakan benda baik dan buruk. Apa yang dilihat atau didengar akan dirasakan benda normal dan baik.

Nasihat saya dan peringatan kepada diri sendiri juga, hati-hati dengan persekitaran anak kita.
Hati-hati dengan apa yang anak lihat dan dengar terutamanya 7 tahun ke bawah.

Semakin maju dunia, semakin mencabar dalam mendidik anak. Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama untuk mendidik anak-anak. Nyata, bukan mudah bergelar ibu bapa.Anda kena tunjuk sikap yang postif kepada anak ye.

Sumber: FB Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist