Hari-hari kena nasihat anak jangan makan makanan segera, jangan asyik main telefon dan tonton televisyen. Tapi semuanya bagaikan mencurahkan air atas daun keladi. Anak tetap tak dengar nasihat.
Boleh dapat penyakit ‘stress’ jika semua anak-anak buat tak tahu. Namun menurut terapi ini, puan Maryam Jamadi situasi ini berlaku ekoran sikap ibu bapa itu sendiri.
Ikuti penjelasan selanjutnya oleh Puan FB Maryam Jamadi,Pediatric Occupational Therapist mengenai hal ini.
PERSEKITARAN
Kita larang anak makan makanan ringan tapi dalam masa yang sama kita makan depan mereka.
Kita larang anak merokok, tapi dari anak masih bayi kita dah hembus asap rokok depan mereka.
Kita marah anak mencarut atau cakap perkataan tak elok, tapi kita senang-senang mencarut depan anak dalam kereta bila kereta lain tak bagi signal.
Kita nak anak belajar pandai, tapi kita 24 jam menghadap gadget bila anak tanya soalan kita tak layan.
Kita nak anak menghafaz Al-Quran, tapi kita dalam masa setahun berapa kali sahaja membaca Al-Quran.
Kita nak anak rajin mengemas, tapi dari kecil bila anak nak “tolong” mengemas kita marah.
Ads
PENDIDIKAN AWAL BERMULA DIRUMAH
Pendidikan awal anak sebenarnya bermula dari lepas lahir dan dari dalam rumah. Terutamanya semasa anak bawah 7 tahun, dimana segala benda yang dipelajari adalah melalui PERSEKITARAN.
Ads
“Persekitaran” pula ada banyak komponen yang bertanggungjawab kerana pada mulanya anak belajar melalui meniru bukannya melalui bahasa atau nasihat. Terutamanya:
1. Penglihatan (perbuatan orang sekeliling).
2. Bunyi sekeliling (perkataan yang didengari anak).
Semasa anak 7 tahun kebawah juga, anak belum reti membezakan benda baik dan buruk. Apa yang dilihat atau didengar akan dirasakan benda normal dan baik.
Ads
Nasihat saya dan peringatan kepada diri sendiri juga, hati-hati dengan persekitaran anak kita.
Hati-hati dengan apa yang anak lihat dan dengar terutamanya 7 tahun ke bawah.
Semakin maju dunia, semakin mencabar dalam mendidik anak. Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi oleh-Nya.
Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama untuk mendidik anak-anak. Nyata, bukan mudah bergelar ibu bapa.Anda kena tunjuk sikap yang postif kepada anak ye.
Pesan Imam Al-Ghazali..Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan.
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW :
عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jauhilah khadhraaad diman.”
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.
Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya.
Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata.
Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ngungkit
Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan.
Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan.
Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban.
Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.
Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul.
Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja.
Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta.
Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna,
a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai.
Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa.
Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.
Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga.
Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak.
Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya. Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka.
Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perpisahan adalah yang terbaik. Begitu kata penyanyi, Adira, terhadap kemelut rumah tangganya yang goyah.
Meskipun suaminya masih berusaha mempertahankan perkahwinan mereka yang sudah terbina selama sembilan tahun, namun akui Adira itu adalah yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
“Saya ingin berpisah dengan cara yang baik dan matang. Kami sudah berbincang tetapi buat masa sekarang, memang perpisahan (cerai) saja jalan yang saya nampak. Saya tak boleh nak cerita lebih terperinci mengenainya.
“Kekuatan ini (bercerai) bukan saya baru dapat setahun dua. Tapi sudah lama.
“Bermacam pengajaran dan pengalaman membuatkan saya lebih matang, kuat dan tenang menghadapi semua ini,” katanya berkongsi menerusi Harian Metro.
Melihatkan dirinya yang kelihatan begitu ceria di media sosial, akui Adira dia sebolehnya tidak mahu memperlihatkan sisi kesedihan dirinya, lebih-lebih lagi pada anak-anaknya yang kian membesar.
Malah kata Adira lagi, dia mahu sentiasa positif untuk terus melangkah membesarkan empat anaknya.
“Sebagai ibu, adalah penting untuk saya sentiasa bersikap positif ketika bersama anak-anak. Saya juga mengelak untuk menangis depan mereka.
“Ibu adalah tunjang kepada keluarga, jika saya berasa sedih dan tidak gembira, mereka akan dapat merasakannya melalui layanan diberi. Kadang kala, kalau kita tak okay hingga terjerit kepada anak. Itu yang saya tak mahu ia berlaku,” katanya.
Adira berkata dia dan Datuk Red masih lagi suami isteri serta tidak menghalang suaminya itu untuk bermalam serta meluangkan masa dengan anak-anak.
“Jika ditakdirkan kami berpisah sekali pun, saya tidak pernah halang suami untuk terus berjumpa dengan anak-anaknya.
“Saya juga berasal dari keluarga yang bercerai-berai dan saya tidak mahu anak-anak tidak mendapat kasih sayang seorang ayah,” katanya.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ratu rock Malaysia, Ella mengambil seorang anak angkat perempuan beberapa tahun lalu.
Anak kecil yang diberi nama Shanome Az Zahra, Itu nyata melengkapi sekaligus menceriakan kehidupan rumahtangga pasangan ini.
Pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin dan suami, Kapten Azhar walau bagaimanapun jarang berkongsi mengenai anak angkat mereka.
Dalam satu perkongsian sebelum ini, Ella mengakui kehadiran Shanome Az Zahra memberikan kebahagiaan buat keluarganya selain rutin hariannya kini sudah berubah sepenuhnya sejak kehadiran si comel tersebut.
“Alhamdulillah, kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak kami.
“Rutin harian pun berubah 360 darjah, saya kena tukar semula jadual harian. Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ini anak menjadi keutamaan.
“Saya seronok menjaganya dan suami pun sama-sama membantu jaga Shanome. Kalau salah seorang sibuk dengan kerja, yang seorang lagi akan jaga. Kalau kami berdua sibuk, akan ada orang yang jaga dia. Semua saya pantau untuk Shanome,” katanya.
Terbaru menerusi laman instagramnya, Ella memuatnaik satu video ketika mereka sekeluarga bercuti baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut, Ella berada di bandar Muar, Johor dan sedang menikmati sarapan di sana. Menerusi video itu, turut ada bersama adalah suami dan anaknya.
Video tersebut meraih perhatian ramai memandangkan pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah ini jarang berkongsi perkembangan anak tersayang di media sosial.
Bahkan rata-rata yang pernah melihat si kecil ini menyatakan Shanome sudah kelihatan besar dan tinggi.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...