Bila sebut tentang kanak-kanak, dah terbayang bagaimana aktifnya mereka di usia yang serba ingin tahu dan dalam proses pembelajaran tentang dunia sekeliling.

Dek kerana terlalu aktif dan jauh dari pantauan ibu ayah kadangkala boleh mengakibatkan mereka ditimpa kemalangan kecil misalnya jatuh, terhantuk dan sebagainya.

Bila cakap pasal jatuh, kadang kita nampak macam biasa je di tubuh badan anak, tapi ibu ayah jangan lalai. Kenali tanda-tanda yang mungkin akan beri kesan buruk pada anak-anak, seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin ini. Jom sama-sama kita take note ok!

Anak Mengadu Sakit Lepas Jatuh. Mak Ayah Jangan Pandang Ringan! Periksa Keadaan Mereka Ikut Pesanan Doktor Ini

“Anak saya jatuh dari stroller. Lepas tu dia nangis tak henti-henti,” kata si ibu dalam keadaan panik.

Anak dia yang berumur sekitar setahun, jatuh dari stroller, kemudian menangis tak henti-henti walaupun dah dipujuk oleh si emak. Bila saya lihat sahaja keadaan bayi itu, terus saya gemuruh.

Ketika saya sentuh dan periksa, ternyata apa yang saya khuatiri berlaku sememangnya sedang terjadi. Otot lehernya mengeras, tangan melurus, dan kakinya melunjur. Allahu!

Ini tandanya bayi ni mula mengalami sawan, dan itu bermakna telah berlaku kecederaan otak. Ada beberapa lagi tanda saya kena periksa. Ibubapa perlu buat perkara yang sama jika anak jatuh.

IKLAN

1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.

2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.

3. Retak: jika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.

4. Menangis tak henti (inconsolable cry): Jika anak kecil(umur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.

Anak Mengadu Sakit Lepas Jatuh. Mak Ayah Jangan Pandang Ringan! Periksa Keadaan Mereka Ikut Pesanan Doktor Ini

IKLAN

5. Pandangan kabur: bahagian otak yang memproses penglihatan terletak di bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.

6. Pengsan: jika anak tidak sedarkan diri selepas terhantuk, mungkin berlaku kedeceraaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran(consussion), lebam(contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.

7. Muntah: kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan oleh tekanan dalam otak meningkat. Bawa jumpa doktor.

8. Sawan: ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.

IKLAN

Anak-anak perlu dipantau dalam masa 24-48 jam selepas terjatuh. Sebahagian simptom yang disebutkan tadi kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas jatuh, tetapi terjadi lewat sedikit. Maka sekurang-kurangnya seharian.

Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.

Anak Mengadu Sakit Lepas Jatuh. Mak Ayah Jangan Pandang Ringan! Periksa Keadaan Mereka Ikut Pesanan Doktor Ini

Nasihat terakhir: Jika anak jatuh, buatlah keputusan ikutlah naluri hati seorang ibu. Walaupun anak kelihatan elok sahaja tetapi ibu risau dan ragu, maka bawalah jumpa doktor. Tak apa jika terlebih waspada, daripada terlebih ambil ringan.

Oh ya! Bayi yang sawan tadi saya stabilkan kondisi dia, dan panggil ambulans untuk bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tip Kesihatan & Perubatan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI