Anak Mengadu Sakit Kaki Selepas Naik Basikal. Ingatkan Patah Atau Terseliuh, Rupanya Dipatuk Ular Dalam Penutup Rantai Basikal!

Share

Tak payah terserempak, sebut je pasal ular, bulu roma atutomatik mencacak naik! Kan? Bila jumpa depan-depan, lagi la. Lari tak cukup tanah gamaknya!

Baru-baru tular seorang wanita, berkongsi kisah anaknya, Sumayyah, 3 tahun yang dipatuk ular ketika sedang berbasikal di luar rumah mereka.

Siapa sangka, rutin anak bermain basikal bertukar tragedi apabila dipatuk ular yang berlingkar di rantai basikal.

Menurut perkongsian Puan Aida Dalila Damia, kejadian ini berlaku ketika itu Sumayyah bermain berseorangan di rumah mereka di Gelang Patah, Johor. Ia disedari selepas anak mengadu sakit kaki.

“Tiba-tiba dia masuk rumah dan mengadu jatuh basikal. Kemudian minta saya letakkan ubat. Masa tu saya tak syak apa-apa lagi dan suruh dia mandi terlebih dahulu sebelum sapu ubat.

“Lepas mandikannya, dia main macam biasa dengan kakaknya. Tidak lama kemudian, datang semula pada saya dan cakap untuk minta letak lagi sekali ubat kerana kaki rasa sakit sangat dan tak boleh jalan. Masa tu dah nampak kakinya makin bengkak.

Tak sedap hati, terus bawa ke klinik

“Waktu tu saya fikir mungkin patah atau terseliuh kerana dah bengkak. Apabila ambil minyak panas nak sapu tu, nampak macam kesan gigitan. Hati saya mula rasa ada sesuatu tak kena.

“Terus call suami untuk bawa ke klinik tetapi masa tengah bersiap tu, saya tak sedap hati. Saya keluar untuk tengok apa yang ada di basikal anak sehingga buatnya jatuh.

“Memang waktu buka pintu rumah dan lihat di basikalnya, ular betul-betul berlingkar di rantai basikal. Kebetulan suami sampai terus bawa anak ke klinik dan dapatkan rawatan kecemasan,” katanya.

Tambah Aida, syukur alhamdulillah keputusan darah masih normal dan bengkak tu tak merebak lagi. sekarang doktor masih buat pemantauan rapi pada Sumayyah.

“Jika tengok keadaannya, dia kuat lawan sakit, masih boleh makan dan minum macam biasa. Sebab apa yang doktor beritahu, bila kena patukan ular, biasanya akan muntah atau sawan.

“Harapnya Sumayyah terus kuat dan cepat sembuh serta tiada apa-apa kesan sampingan. Syukur sangat Allah masih lagi bagi peluang untuk Sumayyah bersama kami, ujarnya.

Difahamkan ular yang mematuk Sumayyah itu adalah jenis ular kapak bakau.

Kredit: Aida Dalila Damia

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club