Menghampiri penghujung tahun, itu bermakna cuti sekolah akan bermula buat anak-anak. Pun begitu, masa yang sama juga ibu ayah perlu membuat persiapan untuk sesi pembelajaran anak-anak tahun berikutnya.
Apatah lagi, jika anak sulung yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan, tentu macam-macam perlu dipersiapkan.
Bingung dalam membuat persiapan tersebut, di sini dikongsikan info untuk memudahkan ibu membuat persiapan.
TIPS BELI BAJU SEKOLAH ANAK
1. TAK PERLU beli uniform sekolah sampai 5 pasang konon nak senang pakai untuk seminggu terus.
BELI MAX 3 PASANG SAJA.
Dalam seminggu, budak akan ada PJK 2 kali. Pakai baju sukan dari pagi sampai balik.
2. Sediakan pakaian sukan 2 pasang untuk elak kelam kabut membasuh baju pjk anak tgh malam sambil jemur bawah kipas.
Yelah buatnya dalam jadual PJK dua hari berturut, lap peluh mak. haha
3. Untuk anak boy darjah 1, tak payahlah bagi pakai belt bagai. Rasanya sekolah tak marah pun kalau tak pakai belt. Bukan apa, takut seluar basah dulu sebelum belt sempat bukak.
Ads
4. Elok beli singlet untuk elak baju sekolah bau masam ya amat.
5. Beli baju tu elok bawak anak. Then silalah try kat badan anak, suruh anak pakai. Aidi sampai bukak baju seluar tinggal sepender je kat Tesco tadi.
Bukan apa, tak semua brand uniform ni suit elok dengan badan anak kita. Nak nak yang badan macam Aidi, pinggang besor, kaki pendek. Jenuhhh cari size.
Kemeja brand canggih elok kat badan. Seluar brand canggih huduh benor Aidi pakai. Mujur Tesco ada 3 4 brand berbeza bolehlah try satu-satu mana paling okey Aidi pakai. Last beli kemeja brand Canggih, seluar brand U- Cemerlang.
Ads
6. Stationery beli kat Mydin kot better. Beli borong terus banyak-banyak. anak-anak kita ni time rehat makan pensel bukan makan nasik 🤣. Memanjang hilang stationery tu. Kalau tau mana lagi lubuk stationery murah bagitau please….
7. Beg sekolah kalau aku lah, elok beli yang berkualiti sikit. Maksudnya kalau anak nak beg boboiboy, beli yang original boboiboy (price range RM70 to RM120)
Sebab apa?
Sebab memang tahan lama. Beg tadika Aidi (harga dalam rm90) beli awal tahun 2016, sampai sekarang masih elok. Rasa nak je suruh Aidi pakai beg sama naik darjah 1 takyah beli baru tapi macam kedeks sangat mamanya pun .
Tapi apapun depends la pada perangai anak memasing. Dapat jenis Aidi yang akan pakai beg selagi tak rosak dia takkan mintak beli baru, berbaloi la beli yang mahal sikit. Kalau jenis tiap bulan mintak ganti beg baru, errrr 😅.
Ads
8. Botol air/ bekas makanan beli yang biasa-biasa je tapi of course la kita mak mak nak cari yang helok cantik jugak kan. Maksudnya elak beli yang mahal untuk kurangkan risiko makan hati sebab botol air/bekas makanan semedang hilang tak dapat dikesan.
Sila jangan bagi anak bawak bekas makanan tupperware uols pegi sekolah. Smiggle smiggle tu pun aku seriau nak belikan Aidi, uiii kalau hilang mama nanges nak oii .
9. Tempahlah sticker kekecik nama anak. Font jelas, mudah dibaca untuk ditampal pada barang-barang anak kita. Yelah kemungkinan tertukar dengan kawan tu besar sangat.
Kalau rajin, tulis guna permanent marker pun ok je. Janji berlabel.
Pastu kalau jenis malas menulis macam aku, tempah lah cop nama anak. Senang cop aje kat buku-buku sekolah anak. Haha pemalas punya mama kuikuikui.
Oh jangan lupa beli sticker kaler-kaler tu untuk tampal kat buku anak. Beli 5 kaler berbeza utk 5 hari sekolah. Contoh buku untuk hari Isnin, tampal sticker biru, Selasa sticker merah and so on. So senang sebelah mata pun boleh kita kemas beg sekolah anak nanti. Jangan korang suruh anak bawak semua buku setiap hari pulak. Bongkok cepat la anak tu huhu.
10. Okey nombor 10 korang tambah sendiri lat bahagian komen.
Aku pun 1st time anak naik darjah 1 ni, so banyak benda blur blur tak tau apa nak beli.
sumber : Wan Fadzlina W. Mahadzer
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru merasa nikmatnya bergelar ibu, pelakon cantik, Intan Najuwa mengakui kuatnya emosi apabila bergelar seorang ibu.
Bahkan kata Intan lagi dia mengakui dirinya tidak kuat apabila perlu menjaga bayinya seorang diri.
Disebabkan itulah dia sangat menghormati golongan ibu yang menguruskan anak mereka tanpa seorang pembantu.
Menerusi siaran langsung Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Datin Intan Najuwa Abdul Wahid menyatakan rasa kagum terhadap golongan ibu yang menjaga anak-anak tanpa bantuan helper memandangkan dia sendiri tidak kuat dengan hal itu.
“Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat.
“Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir.
“Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental,” ujarnya.
Tambah Intan lagi, dia mendedahkan turut menangis sama apabila anak sulungnya Imane Lunara menangis sehingga membuatkan suaminya pening kepala.
Atas sebab itu kata Intan dia sangat memerlukan bantuan pembantu dalam menguruskan anak kerana kadang kala situasi yang dihadapi menjadi hura hara apabila anak mulai meragam.
“Saya yang ada pembantu pun pening. Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana.
“Luna nangis, saya pun nangis. Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik.
“Sampai lupa nak buat apa,” katanya lagi.
Ramai yang menghargai pujian yang diberikan pelakon itu kerana mengakui bukan mudah menjadi seorang ibu yang baru melahirkan anak tanpa dibantu oleh sesiapa lebih-lebih lagi ketika dalam pantang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hiba hati seorang anak apabila mendapat tahu ibu bapa tersayang pergi selamanya akibat kemalangan sebaik sahaja baru menyelesaikan pendaftarannya di Kolej Matrikulasi Perak, beberapa hari lalu.
Memetik laporan Utusan Online, pasangan suami isteri masing-masing berusia 44 dan 43 tahun itu maut setelah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu pada petang Isnin.
Nahas tersebut telah mengorbankan Mohd Ramddan Abd Rahim dan isteri, Kisdalliana Saad di lokasi kejadian.
Sementara itu, ibu kepada Kisdalliana berusia 63 tahun yang juga pemandu kereta berkenaan dan anak perempuan pasangan maut yang berusia tujuh tahun mengalami kecederaan parah.
“Pasangan berkenaan baru mendaftar masuk anak mereka ke Kolej Matrikulasi Perak dan keluar membeli barangan keperluan di Pekan Gopeng sebelum terbabit dalam kemalangan ketika mahu menghantar barang yang dibeli,” ujar kenyataan.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan berlaku di kawasan kilang memproses tayar terpakai di mana kenderaan dinaiki mangsa dari arah Gopeng menuju ke Kota Bharu.
Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, sebuah kereta terbabas sendiri dengan kenderaan itu berada di atas pagar.
“Kemalangan berlaku di jalan lurus dan berturap dengan satu lorong dua hala serta garisan putih panjang berkembar. Ketika kejadian, jalan kering dengan cuaca baik dan lalu lintas juga tidak sibuk.
“Setibanya di lokasi, didapati mangsa lelaki tersepit di bahagian penumpang dan disahkan maut oleh petugas perubatan. Tiga lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak telah pun dikeluarkan oleh orang awam. Seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia,” katanya.
Takdir telahpun tertulis, Fatin Syafika yang kini jadi yatim piatu redha dengan ketentuan yang ditetapkan oleh-Nya apabila mendapat tahu ibu bapanya maut dalam kemalangan sebaik sahaja baru selesai mendaftar dirinya masuk ke kolej.
Fatin dalam hantaran di laman TikTok miliknya menyatakan, tiada perkara yang lebih menyakitkan buat dirinya kecuali perlu menerima kenyataan sebenar mengenai ibu bapanya.
Fatin Syafika berkata, biarpun hatinya remuk dan sedih, namun dia harus kuat demi adik-adiknya yang masih kecil serta memerlukan kasih sayang daripada seorang kakak.
“Hanya Allah sahaja tahu betapa hancurnya hati aku bila sampai tempat kejadian tadi.
“Tidak mengapa, aku redha. Kuat demi adik-adik aku,”luahnya.
Rata-rata warganet turut bersimpati dan menzahirkan takziah buat anak mangsa selain menitipkan kata-kata semangat buat remaja tersebut bagi meneruskan kehidupan.
Setiap ibu bapa sentiasa memastikan anak sihat. Cara hidup positif termasuk amalan pemakanan sihat. Tentu pernah dengar bone broth atau dalam bahasa melayunya ialah air tulang atau juga sup tulang. Ia disyorkan supaya memberi anak makan bone broth setiap hari. Ini kerana kaya dengan nutrisi.
Bone broth ni boleh dicampur dengan masakan berkuah seperti mee sup, kuah sayur, masakan yang berkuah dan bubur untuk seisi keluarga.
Perkongsian puan Nur Shahira ini amat bermanfaat untuk diamalkan. Beliau berkongsi resepi cara membuat chicken bine broth (ccb) dengan campuran pelbagai jenis sayur. Bahan-bahannya direbus sehingga 5 jam. Patinya ditapis dan simpan dalam belas kuib. Dikeluarkan apabila perlu untuk masakan.
Apa yang pasti campuran sayuran dan tulang, tentu khasiat lagi berganda. Malah mampu meningkatkan daya tahan penyakit anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
KUATKAN IMMUNE SISTEM ANAK dgn Chicken bone broth (cbb).
Kebaikan Chicken Bone Broth (CBB)
?Boleh memperbaiki usus dan mengelakkan allrgey terhadap makanan
?Untuk membantu penyerapan protein dan mineral (bagus untuk anak yang allery dgn bahan tenusu /disry intolerant )
?membantu membina tulang dan menguatkan gigi (khasiat dalam bone broth dipenuhi dgn mineral yg baik utk tulang)
?membantu untuk meningkatkan immune badan
?vitamin : kalsium,magnesium,boron,zinc,k2 dalam tulang sumsum,peptides(memperbaiki amino acids dan senagai antibiotik natural),kolegan,anti inflammatory substance dan juga mengandungi khasiat yang boleh memperbaiki usus
?Sebagai makanan tambahan utk bayi anda & sesuai utk 7 bulan ke atas
*Lemon / cuka / tomato – salah satu bahan berasid ini berfungsi untuk mengekstrak keluar semua zat dalam tulang ayam tersebut. Mesti letak ya!
Cara penyediaan:
? Khasiat Sayur Leek untuk bayi, kanak-kanak dan seluruh isi rumah antaranya: ?? merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah ?? melindungi dari jangkitan pernafasan ?? meningkatkan kesihatan pencernaan ?? membantu dalam perkembangan saraf juga membersihkan sistem penghadaman
?Kebaikan tersembunyi sayur leek antaranya: ??kaya dengan blood protein – leek sangat tinggi iron itu sebabnya ia boleh mengekalkan ke aktifan dan tenaga anak-anak, ia membantu kanak-kanak mengekalkan apa-apa jenis keperluan tenaga seharian mereka. ?? Vitamin C yang terdapat pada leek menolong memastikan anak-anak menyerap kandungan iron ke dalam badan oleh itu untuk anak sentiasa enegetik dan kekal aktif sepanjang hari pastikan leek sentiasa ada pada menu anak anda. ?? nilai perubatan yang tinggi – leek juga sebagai antiseptic dan anti keradangan apabila anak luka ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka atau bengkak. anak-anak yang actif ni kekadang mudah terjatuh dan akan menyebabkan mereka terluka atau bengkak di bahagian badan kan so sayuran leek ini boleh mepercepatkan proses penyembuhan luka.
Sejak2 saya tmbh cbb dlm moi sofia, si abg pon join mkn sekali.. Alhamdulillah ? Sy rebus selama 5jam..
Sumber kredit : Nur Shahira.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.