Kepetahannya bercakap ditambah gelagatnya yang cheeky membuatkan ramai geram melihatnya. Apatah lagi, dia juga sangat gemar menyakat baik abangnya mahupun ibu bapanya sendiri.
Itulah perangai Alisa Aisyah, buah hati kedua pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Puteri kesayangan pasangan ini yang juga adik kepada Yusuf Iskandar ini baru menyambut ulang tahun yang ke 2 tahun semalam.
Paling mencuri tumpuan wajah comelnya nampak cute apabila si kecil yang cukup dikenali dengan tagline Si Tada Girl ini menarik muncung mulutnya seolah-olah mahu mencium kek hari jadinya.
Memandangkan sekarang dalam fasa PKP, jadi tiada majlis sambutan hari jadi, sebaliknya keluarga bahagia ini hanya menyambut secara kecil-kecilan bersama di rumah.
Tampil manis dalam persalinan gaun ditambah reben rona hitam menyerlahkan kecomelan anak dara Hairul Azreen ini.
Cukup simple kek yang disediakan dengan hiasan belon kecil ditambah nama Alisa di atasnya.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik Hanis, dia bersyukur dengan kurniaan cahaya mata seperti Alisa. Akuinya, Alisa seorang anak yang cheeky, suka mengusik tapi sering menghiburkan hati ramai.
Perkongsian Hanis mendapat perhatian ramai, ramai selebriti dan pengikutnya berkongsi ucapan hari lahir buat Alisa.
Berkongsi perasaan yang sama, Hairul turut memuat naik gambar Alisa serta beberapa keping gambar sambutan hari lahir anak perempaunnya itu di laman instagramnya.
Sumber: haniszalikha & hairulazreen
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club