Anak Makin Membesar, Masa Tu Kena Lebih Pantau. Tak Tahu Cara, Ni Tipsnya!

Share

Lazimnya bila anak masih kecil, ibu ayah akan memberi perhatian lebih kepada anak-anak, akan sentiasa ada bersama mereka.

Namun bila anak-anak sudah membesar dan boleh berdikari untuk lakukan hal sendiri, perhatian dan tumpuan akan kurang sedikit diberikan kepada mereka.

Memandangkan ibu ayah merasakan anak-anak sudah besar. Boleh buat sendiri dan tidaklah perlu diberi perhatian khusus.

Gambar hiasan

Memang benar, membentuk sifat agar anak tahu berdikari tanpa terlalu bergantung itu bagus, namun jangan pula terus  dibiarkan tanpa pemantauan!

Lebih-lebih lagi ketika ini isu gangguan seksual banyak terjadi dikalangan kanak-kanak dan kebanyakan pelaku  bertindak apabila kanak-kanak ini berseorangan.

Bimbang juga andai kita sebagai ibu ayah tidak tahu cara untuk memantaunya dari awal, ayuh kita baca perkongsian Dr. redza Zainol ini.

Anak makin membesar dan mak ayah tak tahu cara nak pantau anak?

✅ Ketahui siapa rakan anak kita dan apakah jenis permainan mereka. Kanak-kanak sekarang, dah jauh ke hadapan berbanding kita.

✅ Elak tukar pakaian di hadapan anak selepas berusia 2 tahun.

✅ Beritahu anak jangan duduk di atas riba sesiapa termasuk saudara mara lelaki terdekat.

✅ Latih anak kita supaya mereka berani bersuara.

✅ Aktifkan fungsi “Parental Control” pada gajet.

✅ Ambil tahu apa kandungan cerita animasi. Jangan biar anak tonton sendirian.

✅ Tanya apa masalah anak bila anak kelihatan senyap dan tak ceria. Jangan ambil mudah.

✅ Percaya pada anak jika mereka mengadu sesuatu mengenai gangguan seksual.

Kebanyakan pelaku dah perhatikan rutin harian mangsa dan bertindak apabila kanak-kanak ni berseorangan.

Didik anak mengenai pendidikan seksualiti. Jika tak, mereka akan cari dan jumpa sendiri.

Saya bersyukur selepas membaca 3 Ebook yang ditulis oleh Akhi Fairuz.

Ada juga insan yang nak tulis bahan bacaan untuk mak ayah bantu anak lindungi diri dia sendiri.

Baru saya tahu dengan tepat teknik pendidikan seksual anak bawah 7 tahun.

Sumber : Redza Zainol