Anak Makin Besar Lagi Banyak Perlukan Duit, Buat Tabungan Agar Tak Putus Sumber!

Share

Sebagai ibu ayah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak, apatah lagi bila menyentuh tentang tabungan atau simpanan untuk masa depan anak-anak. Ini kerana sebagai ibu ayah kita merasakan bertanggungjawab memberikan pendidikan yang terbaik untuk mereka.

Tambahan pula, dengan peningkatan sara hidup masa ini, perancangan kewangan yang rapi perlu dilakukan semenjak daripada awal lagi. Kalau boleh biarlah dari hari ke hari, bila kita lihat baki terkini jumlah wang yang ada di dalam bank, jumlahnya terus meningkat. Tentunya terasa lega dihati. Kita tidak mahu kehidupan anak-anak menjadi susah kerana kegagalan kita untuk menyediakan tabungan bagi membiayai kos pembelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Pilih Menabung Di PTPTN


Lantaran itu dalam membuat persiapan tabungan pendidikan untuk anak-anak, ibu ayah digalakkan menabung di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang sentiasa komited dan proaktif dalam mentransformasikan minda masyarakat Malaysia untuk memupuk budaya menabung dalam kalangan ibu bapa di peringkat awal usia anak-anak bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan.

Lancar Simpan SSPN Plus
Bagi memastikan PTPTN dilihat sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara, PTPTN telah melancarkan produk baharu iaitu Simpan SSPN Plus merupakan kesinambungan daripada produk SSPN-i Plus yang telah ditambahbaik dan berwajah baharu dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat menarik menanti para pendeposit.
Melalui Simpan SSPN Plus, ia menawarkan lebih banyak pilihan kepada pendeposit dengan kerjasama strategik bersama tiga (3) syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad.
Simpan SSPN Plus merupakan produk yang sangat kompetitif dan unik apabila simpanan pendidikan digabungkan bersama manfaat perlindungan takaful yang sememangnya terbaik di antara pelan simpanan pendidikan lain di pasaran.

Banyak Kelebihan, Rugi Dilepaskan


Jika dilihat dengan teliti, terdapat begitu banyak kelebihan yang bakal diterima oleh pendeposit bahkan manfaat turut diterima kepada seisi keluarga jika menyimpan di Simpan SSPN Plus.

Antara keistimewaan dan manfaat tersebut adalah pendeposit mendapat perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta, penyakit terminal sehingga RM200,000, manfaat penghantaran balik jenazah sehingga RM10,000, rawatan pesakit luar akibat kemalangan sehingga RM3,000 dan perlindungan sehingga umur pendeposit 69 tahun.

Tidak itu sahaja, bahkan Simpan SSPN Plus mengekalkan pelbagai keistimewaan sedia ada kepada para pendeposit seperti dividen yang kompetitif, pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, simpanan patuh syariah dan dijamin Kerajaan. Bagi lebih 690,000 akaun SSPN-i Plus sedia ada juga akan menikmati manfaat yang lebih menarik bersama produk baharu Simpan SSPN Plus.

Apa yang pasti, rugi besar sekiranya dilepaskan begitu sahaja.

Berwajah Baharu
Sempena pelancaran produk baharu Simpan SSPN Plus ini, produk SSPN-i turut diberi sentuhan wajah baharu dari segi logo dan nama produk kepada Simpan SSPN Prime dengan mengekalkan keistimewaan dan manfaat sedia ada.
Pemerkasaan imej baharu produk simpanan PTPTN ini akan menjadikan produk SSPN-i Plus sedia ada akan dikenali sebagai Simpan SSPN Plus dan SSPN-i sedia ada akan dikenali sebagai Simpan SSPN Prime.

Dengan nama baharu ini mampu menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi di samping membina kepercayaan dan jenama yang kukuh.

Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Pelancaran Produk Baharu Simpan SSPN Plus pada hari ini adalah tepat pada masanya dan juga selari dengan Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 untuk menguruskan dana simpanan secara efektif berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik seperti mana yang telah digariskan dalam visi PTPTN untuk memastikan PTPTN dilihat sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara menjadi suatu realiti.”

“Pelancaran produk Simpan SSPN Plus ini adalah landasan terbaik kepada masyarakat untuk terus menabung bagi tujuan pendidikan tinggi di samping menikmati lebih banyak keistimewaan dan manfaat yang disediakan. Ibu bapa adalah tunjang utama dalam merealisasikan cita-cita anak-anak dan PTPTN terus membantu merealisasikan peluang kejayaan anda,” tambahnya lagi

Sebagai bukti pemberian perkhidmatan yang terbaik dan mudah kepada pelanggan, PTPTN juga telah menyediakan kemudahan secara dalam talian (online) untuk pembukaan dan penambahan Simpan SSPN Plus tanpa perlu hadir ke kaunter.

Orang ramai boleh melayari www.lovesspn.com

bagi transaksi dalam talian (online) yang lebih cepat, mudah dan selamat.

CABUTAN WOW! SIMPAN SSPN PLUS 2021

PTPTN sentiasa menyediakan promosi istimewa untuk menggalakkan penabungan pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia di samping memberikan penghargaan kepada pendeposit yang setia melalui cabutan-cabutan hadiah yang ditawarkan.

Bersempena dengan pelancaran produk baharu Simpan SSPN Plus, PTPTN tampil dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021. Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 menawarkan hadiah yang cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai hampir RM320,000 menanti 221 orang pemenang.

Hadiah utama Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus berupa Gold Bar bernilai RM150,000. Hadiah kedua berupa kereta perodua Bezza 1.3AV kepada 2 pemenang. Hadiah ketiga berupa perkakas dapur canggih (thermomix) kepada 3 pemenang. Manakala hadiah saguhati berupa wang tunai bernilai RM221 menanti 215 pemenang. Tempoh promosi bermula 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Keutamaan PTPTN agar seluruh masyarakat Malaysia menjadikan Simpan SSPN Plus sebagai produk simpanan isi rumah. Inilah peluang kejayaan anda.