Anak ‘Makan Hati’, Tiba-Tiba Jadi Pasif. Rupanya Tanpa Sedar Kita Jadi Ibu Ayah Pilih Kasih. Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus!

Share

Lumrah dalam keluarga, bila nampak adik beradik lain diberi keutamaan, mula rasa terpencil dan terasa hati rasa seakan ibu ayah pilih kasih antara anak-anak.

Misalnya layanan istimewa diberikan kepada abang kerana dia anak sulung dan paling cemerlang prestasi akademik berbanding adik-beradik lain. Manakala yang lain pula tidaklah sebijak seperti Abang Long tadi. Dan dari situ bermulalah bibit-bibit terasa hati. Atau layanan istimewa misalnya masakan kegemaran Abang Long lebih diutamakan, apa jua kehendak dan permintaannya dipenuhi dan bermacam-macam lagi.

Nak tahu apa hukumnya ibu bapa pilih kasih kepada anak-anak? Jom lihat jawapan dari Ustaz Azhar idrus!

PILIH KASIH ANTARA ANAK-ANAK

SOALAN :

Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?

JAWAPAN :

Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.

Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.

Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.

Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :

انْطَلَقَ بِي أَبِي يَحْمِلُنِي إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ اشْهَدْ أَنِّي قَدْ نَحَلْتُ النُّعْمَانَ كَذَا وَكَذَا مِنْ مَالِي ، فَقَالَ : أَكُلَّ بَنِيكَ قَدْ نَحَلْتَ مِثْلَ مَا نَحَلْتَ النُّعْمَانَ؟ قَالَ : لَا . قَالَ : فَأَشْهِدْ عَلَى هَذَا غَيْرِي ثُمَّ قَالَ : ( أَيَسُرُّكَ أَنْ يَكُونُوا إِلَيْكَ فِي الْبِرِّ سَوَاءً ؟ قَالَ : بَلَى ، قَالَ : فَلَا إِذًا

Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)

Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلَادِكُمْ

Artinya : “Maka hendaklah kamu takut akan Allah dan hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu.”

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club