Cuba kita imbau kenangan indah zaman kanak-kanak ketika bermain masak-masak atau pun main pondok-pondok. Memang cukup menyeronokkan. Kita cari pelbagai jenis daun dan kutip bunga untuk dijadikan bahan masakan.
Biasanya kita akan bermain dengan teman-teman seusia di halaman rumah. Tidak kira kawan lelaki mahu pun kawan perempuan, kita bermain bersama. Ada yang jadi ayah, ada yang jadi ibu dan ada pula yang jadi anak. Lagaknya seperti suatu keluarga.
Walau pun kini permainan ini tidak begitu popular sebagai mana apa yang kita pernah lalui suatu ketika dahulu. Tidak dinafikan anak-anak perempuan khususnya tetap suka bermain masak-masak dengan barang permainan yang lebih menarik dan comel tersedia di pasaran.
Atas sebab ini juga, seorang ibu mengambil inisiatif untuk membina kabinet dapur untuk anak perempuannya dengan menggunakan kotak terpakai. Hasilnya cukup hebat dan memang kreatif!
Ads
Ibu-ibu di luar sana juga boleh cuba untuk hasilkannya. Kalau hendak dilihat tidaklah sukar, apa yang penting perlu berimaginasi. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Kotak terpakai
Wallpaper- tidak perlu beli, guna lebihan tampal dinding. Potong-potong dan tampal ikut
kreativiti
Gunting
Pisau
Double tape
Glue gun
Cara Membuatnya:
Ads
Step 1 : Kumpulkan kotak yang ingin digunakan.
Ads
Step 2 : Perlu imaginasi dan tampalkan dengan wallpaper mengikuti kreativiti.
sumber : Hayatie Hashim via Kelab Kaki Deko & Kaki D.I.Y
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini Elfira Loy berkongsi beberapa keping gambar menerusi laman Instagram miliknya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 8 Mac lalu.
Walaupun disambut secara sederhana namun tetap meriah dengan dihadiri oleh ahli keluarganya.
Namun, menerusi gambar yang dimuat naik oleh pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu telah menjadi perhatian ramai dan mengundang persoalan netizen.
Ada yang meneka El kini sedang berbadan dua. Sehubungan dengan itu, ramai pengikutnya yang bertanyakan hal tersebut, namun sehingga kini empunya diri belum memberi sebarang maklum balas.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.
Mak ayah mana yang tak bahagia bila anak paling suka dan dekat dengan Al-Quran. Pun begitu mengajar anak menghafal surah misalnya bukanlah mudah.
Penulis Keibubapaan, Dr Taufiq Razif berkongsi tip anak senang menghafal. Mudah saja caranya. Jom praktik pada anak.
Ni saya bagi lima cara mudah nak anak mudah hafal Al-Quran.
Ni saya praktik pada anak saya sendiri tau dan alhamdulillah memang laju dia hafal. Ada yang beberapa minit je dah hafal.
1. Cari satu potongan ayat pendek dari surah Al-Quran. Jangan terus minta anak hafal seluruh surah
2. Minta anak ulang-ulang baca sebanyak 10 kali ayat tersebut
3. Minta anak baca ayat tu dengan suara yang kuat tau. Anak kita ni ada sisi Auditory mereka yang mana kadang mereka lebih hafal apa yang mereka dengar daripada cuma melihat semata
4. Selepas dah habis baca 10 kali baru suruh anak mula menghafal. Masa tu kita akan tengok anak mudah betul nak hafal ayat Al-Quran tu.
Gambar hiasan
5. Kadang anak kita cuma perlu masa beberapa minit je untuk hafal sebab memori tu jadi kuat dengan “repetition” sepuluh kali bacaan di awal tadi
Cubalah sendiri nanti. Cuma nak lagi mudah gunalah buku Hafazan. Complete arahan dan cara mudah nak hafal semua ada.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Nabila Razali masih bekerja, tak boleh duduk diam, berdebar bersalin anak pertama. Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin.
Nabila Razali Masih Bekerja
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali masih aktif bekerja meski usia kandungann sudah mencecah sembilan bulan. Wanita berusia 32 tahun itu banyak bertanya tentang pengalaman wanita lain yang pernah melalui proses tersebut sebelum ini.
“Kini saya hanya menunggu minggu untuk melahirkan anak pertama yang dijangka pada Januari depan.
Tak Boleh Duduk Diam, Berdebar Bersalin Anak Pertama
“Ya rasa gemuruh, saya sudah tanya ramai orang mengenai pengalaman bersalin termasuk Bella Astillah.
“Sekarang alhamdulillah masih diberi tenaga bekerja. Mengikut perancangan, saya sepatutnya dah berehat dari kerjaya seni bulan lalu tetapi disebabkan saya seorang yang tak boleh duduk diam, saya memilih untuk terus bekerja,” katanya.
Dalam masa sama, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami, Nik Iruwan Nik Izani yang sangat menyokong dirinya terutama dalam tempoh kehamilan cahaya mata sulung mereka.
“Suami okey dengan keputusan saya untuk aktif bekerja cuma dia pesan jaga diri elok-elok dan jangan terlalu bekerja keras takut penat.
“Rezeki saya juga memiliki seorang suami yang sangat memahami dan menyokong.
“Cuma setakat tempoh kehamilan, semuanya berjalan dengan baik dan minta semua dapat doakan agar urusan bersalin nanti dipermudahkan,” katanya lagi.
Berkongsi tentang persiapan barangan bayi, Nabila mengakui perkara itu mula dilakukan sejak minggu lalu kerana jadual kerja yang padat sebelum ini.
“Persiapan barang bayi saya mula lakukan sejak minggu lepas. Dalam sibuk bekerja, sempat juga saya curi masa untuk beli beberapa keperluan seperti kereta sorong dan sebagainya.
“Ramai juga nasihatkan saya termasuk ahli keluarga agar berpada-pada dalam berbelanja sebab lihat terlalu galak membeli macam-macam barang,” ujarnya yang dijangka bercuti selama dua bulan untuk berpantang selepas bersalin sebelum kembali mula bekerja pada Ramadan tahun depan.
Nabila hadir ketika majlis pelancaran single terbaharunya bersama Bella berjudul CACACA di sini, semalam.
Berkongsi tentang lagu CACACA, Nabila teruja dapat bergandingan dengan Bella untuk menyanyikan sebuah lagu yang sarat dengan elemen nasihat dan ‘self love’.
“Lirik dan mesej dalam CACACA sangat positif dan mahu lari dari lagu-lagu lain sekarang ini yang banyak mengandungi lirik berbaur negatif.
“Harap peminat dapat menerima CACACA sebab ramai sudah menanti untuk saya muncul kembali dengan elemen pop selepas tampil dengan karya galau sahaja sebelum ini,” kongsinya.
Awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan sebelum mengumumkan jantina bayinya iaitu lelaki pada November lalu.
Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November 2023.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...