Anaklah adalah penyeri buat rumahtangga. Gelak tawa anak-anak sudah tentu memberi kegembiraan buat setiap pasangan suami isteri. Malah sejak lahir anak dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.
Malah hinggakan setiap permintaan anak dipenuhi akibat terlalu sayang. Apa yang anak minta diberi tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Namun kadang kala, kita alpa bahawa kasih sayang terlalu berlebih-lebihan akan menjejaskan jati diri anak itu. Bahkan anak memberi kesan kepada masa depannya.
Begitulah yang diperkatakan oleh DrShukri Abdullah yang menegaskan apabila terlebih sayang pada anak, ibu bapa hilang pertimbangan.
Apa yang disentuh oleh beliau pastinya berlaku dalam masyarakat kita yang kita anggap biasa-biasa aje tetapi sebenarnya bakal memberi impak kepada diri anak itu.
Moga muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.
______________________________________
Terlebih Sayang Anak Sehingga Hilang Pertimbangan.
– Minta hphone belikan tanpa banyak soal
– Tonton TV hingga tgh mlm dibiarkan
– Tak pernah tolong bantu mak ayah buat kerja di rumah pun tak kisah
Itu kita kesihan tengok karenah mak-ayah begini yang terlalu manjakan anak, beri semua apa yang anak nak, ikut orang kebanyakan dalam mendidik anak, langsung tidak tegas dengan anak … dan tidak sedar mereka sedang mengumpul pelbagai masalah ibarat “api dalam sekam” untuk mereka sendiri tangani sampai akhir hayat. Menyesal kemudian tidak berguna.
Sumber: DrShukri Abdullah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club