Anak Liat Nak Bangun, Lelaki Ini Kongsikan Tip. Yang Penting Mak Ayah Kena Disiplin Dulu, Baru Tak Ada Drama Waktu Pagi.

Share

Menghadapi karenah anak waktu pagi memang menduga keimanan ibu bapa. Apatah lagi jika anak yang kuat ‘drama’. Pasti ada saja alasan dibuaty untuk elak bangun pagi. Memang sakit jiwa dibuatnya kalau hari-hari hadapi situasi yang sama kan.

 

Bagi yang ada masalah anak liat bangun pagi dan buat perangai, jom cuba tip yang dikongsikan oleh Rodzi Mohamed ini. Mana tahu berkesan bagi mengatasi drama waktu pagi. Anda pun dapat pergi kerja dengan hati yang tenang!


Selalunya waktu pagi adalah waktu paling mencabar. Ini pengalaman saya waktu kerja makan gaji dulu. Kita nak cepat, ada punch card. Masa tu lah anak buat perangai.

Tak nak bangun, tak nak mandi, lepas tu nangis. Hilang sabar kadang-kadang.
Sekali sekali kita pun nak naik suara. Kena banyak SABAR ya Emak Ayah dalam membesarkan anak2.

Apa juga keadaan, Emak Ayah perlu TENANG dulu. Emak perlu bantu Ayah TENANG. Ayah perlu bantu Emak TENANG. Persiapan untuk menghadapi pagi esok bermula malam ini.

Tips saya untuk Emak Ayah malam ini.

Tips pertama, anak2 mesti tidur awal. By 9.00 atau 9.30 mesti tidur. Makan malam mesti before maghrib, No TV, No HP & Tutup lampu. Emak Ayah mesti disiplin dulu.

Tips kedua, lepas isyak buat aktiviti yang buat anak mengantuk. Saya selalu bercerita dengan anak2 ataupun baca buku untuk anak. They love to spend time dengan Emak Ayah. Jika Ayah pegang buku dan bercerita, seronok mereka bukan main. Senyum ja masa anak tidur nanti. Percayalah… cuba buat.

Tips ketiga, masa anak dah lali dan di awal tidur. Baca DOA yang kita nak. Antaranya, esok Abid bangun awal ya. Abid good boy. Abid suka pergi sekolah, Abid suka bangun pagi. Abid leader, Abid sihat, Abid pandai, Abid suka baca quran, Abid suka solat. Etc.

Jadikan ini rutin harian. In shaa Allah, dah tak ada drama waktu pagi. Pagi-pagi akan jadi tenang sahaja…

Ayah-ayah mesti beri kerjasama tau! Ayah perlu lebih usaha. Ayah-ayah  perlu banyak DOA.