Antara banyak waktu, nak kejut sahur paling mencabar kan? Mana tidaknya, dah berkali-kali panggil masih ada yang tidak berganjak dari katil! Daripada boleh sabar… Boleh jadi hulk mak-mak pepagi sahur tu kan? Hehe.
Semalam, pelakon dan juga isteri kepada Johan, Ozlynn berkongsi di laman Instagram miliknya ragam anaknya bersahur dan turut berkongsi cara atau tip tersendiri untuk mengejutkan anak sahur. Antaranya :-
1. Selain dari kejut bangun dengan lembut, sentuhan mak atau ayah.. Kali kedua panggil nama, kali ketiga dah ada tepukan di peha ya. kali keempat “guys bangun dah nak azan!”
2. Pastikan anak-anak cukup tidur supaya tak cranky masa sahur.
3. Makanan sahur dah siap tersedia.. Budak-budak ini kan, dorang walaupun satu minit sangat berharga waktu tidur dorang. Kadang kita kejut adik, abang yang dah bangun amik kesempatan membuta balik. Alasan tunggu adik.
Malah tambah Ozlynn, peranan dan kerjasama antara suami isteri juga memainkan peranan penting dalam keluarga.
“Jadi apa pun yang penting peranan mak ayah tu sendiri. Kalau mak duk sediakan sahur, ayah kena lah bantu kejutkan anak-anak.
“Suruh depa basuh muka, gosok gigi. Dapat depa mandi awal pun bagus baru segar. Lepas sahur tak adalah terus tidur, standby Subuh,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ozlynn juga menggalakkan ibu bapa melatih anak untuk berpuasa namun bukan dengan cara paksaan.
“Tapi tip yang paling berguna tida minggu sebelum datangnya Ramadan, latih lah anak-anak untuk berpuasa.
“Tak apa bagi sahaja semangat nanti dorang jadi biasa. Tak larat jangan paksa yang penting ajar dan dorang pun ada usaha,” kongsinya.
Sumber : Instagram Jozlynnhanania