Siapa kata anak-anak kita tidak letih berada di sekolah seharian, pagi di sekolah kebangsaan dan petang pula di sekolah KAFA. Sudahnya belum pun pukul 8 malam, anak sudah tertidur di sofa. Kasihan juga kita sebagai ibu bapa melihat anak tidur di dalam keadaan sebegitu.
Jadi apa usaha kita untuk membantu mengembalikan kecergasan anak-anak agar terus aktif dan bertenaga sepanjang masa. Selain perlu berehat pada hujung minggu, ada baiknya ibu ayah sediakan air jus pegaga sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Rizal ini. Menurutnya, air jus pegaga sangat bagus untuk meningkatkan rasa segar pada tubuh dan meningkatkan otak.
Untuk ketahui lanjut, baca perkongsian ini dan sama-sama amalkan untuk kebaikan anak-anak.
Anak anak letihkan balik sekolah. Kita pun sama letih bila balik kerja. Apa kata buatkan jus pegaga untuk anak anak.
Jus pegaga ni tingkatkan rasa segar pada otak. Pegaga ni ikut kajian dapat enhance memori. Bagus sangat. Kajian kata boleh elak dari terkena penyakit alzheimer. Ia bertindak dengan halang sel dari toksid.
Salah satu benefit lain pegaga ialah ia bersifat anti anxiety dan anti depressant. Ini hasil kajian dalam Malaysian Journal of Medical Sciences tahun 2016.
Nak buat pun mudah. Saya biasanya cuba buat paling kurang seminggu sekali. Boleh cara ni:
1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
2. Masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
4. Blend.
5. Campurkan dengan madu atau gula kelapa.
6. Tapis dan hidangkan. Kalau nak sejuk masukkan dalam peti ais. MUDAH dan CEPAT.
Sila lah cuba.