Hati ibu mana yang tidak meruntun jiwa apabila menerima berita kehilangan anak kandung dihari ulang tahun kelahiran.
Luruh jantung melihat anak tersayang sudah tidak bernyawa ketika ditemui.
Tidak sangka keluarga diuji kehilangan zuriat pada usia yang masih remaja.
Begitulah emosi duka yang dialami oleh Radiah Rahmad yang juga merupakan ibu kepada mangsa lemas semalam.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Saya sedih sangat, saya ingat saya mati dulu. Hari jadi saya hari ini, hari jadi dia pula 22 September nanti.
“Dia ada minta hadiah, tetapi dia kata kalau mak tak dapat bagi tak apa, nanti kawan-kawan dia boleh bagi.” – Radiah Rahmad
Terdahulu media melaporkan kejadian di Kota Tinggi, Johor, keriangan enam sahabat berakhir dengan khabar duka selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia ketika beriadah di pantai Tanjung Balau.
Mangsa, Nurish Qhalisya Suhailizam, 13 tahun, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dilaporkan hilang dipercayai akibat lemas.
Buat yang masih ada keluarga tercinta, hargailah sebelum mereka pergi buat selamanya.
Datang dan pergi, begitulah kehidupan.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club