Anak lemas dalam kolam, ibu harap keajaiban, “Moga ada doa kalian yang diangkat dan dimakbulkan Allah.” Niat Nurul Izzati Barni, berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati.
Anak Lemas Dalam Kolam, Ibu Harap Keajaiban
Sebaliknya, ia dilakukan dengan harapan mendapat doa daripada masyarakat yang tersentuh dengan nasib anaknya, Che Umar Rais Che Fairollah, 4 tahun.
Selama hampir lima bulan, ibu muda berusia 30 tahun itu setia menanti keajaiban Tuhan untuk anaknya yang kini berada dalam keadaan separa kritikal selepas insiden lemas dalam kolam.
“Moga Ada Doa Kalian Yang Diangkat & Dimakbulkan Allah”
Rutin hariannya bermula seawal jam 9 pagi hingga lewat malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beliau menguruskan keperluan Umar, termasuk memandikan, mengurut, dan memberi perhatian penuh sebelum pulang ke rumah.
“Saya hanya mampu melakukan apa yang termampu sebagai seorang ibu. Kita tidak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah, jadi perkongsian ini hanyalah untuk memohon doa mereka yang tersentuh dengan keadaan Umar,” katanya.
Berpegang Pada Naluri Seorang Ibu
Nurul Izzati kekal yakin bahawa Umar akan kembali pulih walaupun proses pemulihan mungkin mengambil masa. Malah, naluri keibuannya menjadi kekuatan utama untuk terus berdoa dan berikhtiar.
“Saya masih ingat satu ketika darah Umar tiba-tiba turun mendadak. Doktor meminta kami sekeluarga untuk bersedia dengan kemungkinan terburuk dan reda. Namun, saya berbisik kepada Umar bahawa saya reda jika Allah lebih menyayanginya.
Tetapi jika Allah memberi peluang untuk Umar terus hidup, kami akan lakukan apa sahaja demi dia. Alhamdulillah, darahnya kembali stabil ketika itu. Sejak detik itu, keyakinan saya terhadap keajaiban Allah semakin kuat,” jelasnya, yang kini menganggap hospital seperti rumah keduanya.
Ads
Kejadian Lemas Yang Mengubah Segalanya
Pada September 2023, percutian keluarga bertukar menjadi ujian besar apabila Umar lemas di dalam kolam. Ketika dibawa ke hospital, nadinya telah terhenti selama hampir lima minit. Keadaan itu membuatkan doktor menjangka peluang Umar untuk hidup amat tipis. Namun, doa dan kuasa Allah memberikan keajaiban apabila nadi Umar kembali berdenyut.
“Umar ditempatkan di zon kritikal dan pada awalnya langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Tetapi pada hari ke-19, dia mula menggeliatkan badannya. Sejak itu, saya terus berusaha dan tidak berhenti berdoa untuknya,” kata Nurul Izzati.
Kini, walaupun Umar masih bergantung kepada bantuan oksigen, perkembangan positif mula kelihatan. Bagaimanapun, doktor masih memantau keadaan anak matanya yang belum memberi tindak balas apabila disuluh.
“Saya faham doktor menjalankan tugas mereka, tetapi saya percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya,” katanya. Nurul Izzati juga berusaha memberikan makanan tambahan bagi membantu proses pemulihan Umar.
Kerinduan Abang Dan Kakak
Dua anak Nurul Izzati yang lain turut merindui kehadiran Umar di rumah. Mereka sering bertanya bila dapat berjumpa adik mereka di hospital. Malah, setiap kali membeli mainan, mereka akan teringatkan Umar dan berharap dapat berkongsi kegembiraan bersamanya.
“Saya selalu pesan kepada mereka, jika benar sayangkan Umar, jangan lupa doakan kesihatannya setiap kali selepas solat. Doa mereka sebagai abang dan kakak sangat bermakna untuk Umar,” katanya penuh emosi.
Ads
Hargai Mereka Yang Prihatin
Nurul Izzati turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan dan doa sepanjang tempoh sukar ini. Sokongan tersebut menjadi sumber kekuatan untuknya terus menjaga Umar dengan penuh ketabahan.
“Saya amat menghargai setiap bantuan yang diberikan. Doa dan sokongan orang ramai benar-benar memberikan saya semangat untuk terus kuat. Semoga doa-doa ini membantu Umar kembali sembuh,” tambahnya.
Kisah ini menggambarkan betapa besarnya kasih seorang ibu terhadap anaknya dan kepercayaan penuh kepada kuasa doa. Semoga Umar diberikan kesembuhan dan keluarga ini terus diberi kekuatan menghadapi ujian hidup.
Berbicara tentang sambutan Hari Ibu, kebiasaan anak-anak akan meraikannya dengan pelbagai cara. Ada yang sekadar menzahirkan ungkapan rasa kasih dan sayang buat ibu tercinta, malah ada juga yang meraikan dalam suasana meriah sebagai bukti tanda penghargaan anak-anak di atas pengorbanan ibu selama ini.
Namun bagi keluarga Datuk Seri Dr Wan Azizah, setiap hari adalah hari ibu baginya.
“Untuk kami sekeluarga, hari ibu adalah setiap hari. Mungkin ada keluarga lain menjadikan satu hari yang istimewa untuk anak menghargainya. Tetapi di dalam keluarga kami, telah diserap nilai pada anak, bahawa ibu ini harus dihargai, dihormati dan disanjung setiap waktu.
Sambutan yang khusus ada juga sekali sekala diraikan. Anak-anak yang buat tapi bukan saya yang rancang. Umpamanya ada satu masa itu, kami pergi makan malam sekeluarga termasuk menantu dan cucu-cucu. Memang ramai dan suasananya cukup meriah.
Bab hadiah pula itu bukanlah keutamaan. Kadang-kadang anak-anak bagi, kadang-kadang tidak ada pun. Apa yang lebih menyeronokkan saya ketika makan malam tersebut kami dapat berkumpul bersama dan sebelum makan suami membacakan doa untuk kebahagiaan keluarga. Nampak ringkas namun cukup bermakna bagi saya.
Bagi Tun tiada yang istimewa dengan hari Ibu kerana masing-masing sibuk dengan urusan keluarga.
“Tetapi ucapan adalah daripada anak-anak terutama Marina kemudian diikuti oleh yang lain. Itu pun, sudah malam baru saya baca dan balas. Berbeza dengan Ramadan dan Puasa. Kebiasaannya, sepanjang bulan Ramadan akan ada jemputan luar untuk saya dan suami. Tetapi untuk keluarga, anak-anak akan buat ‘booking’ untuk kami berbuka bersama. Mereka akan bergilir-gilir pilih tarikh yang mana semua tidak sibuk.=
“Biasanya malam terakhir Ramadan, kami akan berkumpul kerana esoknya akan bersolat bersama. Lepas solat akan berkumpul di rumah dan Marina akan memulakan beraya dengan suami dan saya, diikuti oleh adik beradik yang lain, kemudian anak-anak dan akhir sekali cucu mengikut ranking dan yang cucu bongsu paling teruk sebab kena tunggu lama tetapi dia paling beruntung sebab dapat duit raya paling banyak. Selepas bersalaman kami akan makan bersama.
“Walaupun kami telah tetapkan raya pertama semua anak-anak dan menantu kena sambut di rumah kami, tetapi mereka tidak kisah. Kerana bersalaman dan makan-makan, masing-masing akan pulang ke rumah keluarga.
Walaupun antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai ‘sejarah’ tersendiri, namun bagi bagi ‘tulang belakang’ kedua mereka ini, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail punya ‘chemistry’ yang cukup istimewa.
Bahkan, mungkin ada yang tidak tahu, disebalik kisah istimewa hubungan dua sahabat ini, rupa-rupanya kakak kepada Tun Dr Siti Hasmah, Allahyarham Datuk Paduka Saleha Mohd Ali adalah orang penting dan menjadi penghubung yang menyatukan Datuk Seri Anwar dan Datuk seri Dr Wan Azizah.
Keakraban Tun Dr Siti Hasmah dan Datuk Seri Dr Wan Azizah diibaratkan seperti kakak dan adik. Walaupun berbeza ideologi politik sebelum ini, namun sebenarnya dua wanita hebat ini bersahabat baik.
Segalanya bermula sewaktu Dr Wan Azizah menyertai BAKTI manakala Tun Hasmah pula Yang Dipertua pada waktu itu.
“Dia ibarat adik kepada saya, tetapi sebenarnya dia lebih rapat dengan kakak saya kerana kakak menjadi orang tengah antara Azizah dan Anwar.
“Anwar sahabat Kakak Saleha dan kerap melawat suami Saleha, Abang Zain, yang sakit di HBKL. Azizah, sebagai seorang doktor di HBKL kerap juga menjaga Kakak dan Abang Zain.
“Di situlah Anwar telah lihat Dr Wan Azizah dan berkenan dengannya. Kakak dan Osman Awang akhirnya mewakili Anwar pergi meminang Azizah di rumah ibubapa Dr Wan Azizah. Hasil pertemuan di HBKL ini membawa Anwar dan Azizah diijabkabulkan. Selain itu, saya dan Azizah juga sangat suka bermain badminton dan memang seronok waktu itu.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Khas Hari Ibu Mei 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam hidup ini kita semua sentiasa akan diuji, sama ada daripada aspek kewangan, kesihatan dan sebagainya. Pun begitu yakinlah setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan kita insan itu lebih kuat dan tabah.
Tidak sekali-kali menganggapnya sebagai bala atau musibah dan begitulah yang dipegang teguh oleh penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad apabila berkongsi keadaannya kini yang terpaksa menggunakan ‘walker’ untuk membantunya bergerak setelah lima jarinya dibuang dalam proses pembedahan.
“Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri sebab tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain, atau tiada, macam mana?
“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hati saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya.
“Ini semua bukan bala atau musibah. Ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya,” ujar Bad.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yoep Abdullah, 46 dia tiada pilihan lain untuk belajar berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada isterinya Ashira.
Ini sebagaimana memetik perkongsiannya di Gempak, “Lima jari kaki kiri saya dah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan Sepetember yang lalu.
“Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak. kena buat juga.
“Saya juga uruskan diri sendiri tanpa menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi,” Saya tidak mahu terlalu bergantung hidup dengan orang lain walaupun isteri sendiri kerana khuatir terlalu selesa jika berterusan dalam keadaan itu,” jelas Bad berkongsi kisahnya ketika dia menghadiri konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Ahad lalu.
Seriau Bila Suami ‘Nak’ Masa Pantang, Lakonan Emma Maembong Undang Sebak
Mana-mana wanita yang baru melahirkan anak pasti tidak bersedia untuk melakukan hubungan kelamin dalam tempoh berpantang.
Bahkan suami seharusnya tidak melakukan hubungan intim dalam tempoh enam minggu pertama selepas melahirkan merupakan salah satu pantang larang selepas bersalin mengikut Islam.
Ketika ini badan ibu belum sembuh sepenuhnya selepas sembilan bulan mengalami perubahan hormon dan bentuk badan. Bukan itu sahaja, luka kerana koyakan di bahagian vagina atau episiotomi juga belum lagi sembuh dengan baik, apatah lagi luka yang lebih besar.
Namun siapa sangka ada segelintir tidak menghiraukan pantang larang itu sehingga mengakibatkan ibu selepas bersalin mengalami kemurungan akibat desakan si suami.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi telefilem seram berjudul ‘Nyang’ baru-baru ini mengundang sebak dan kemarahan dikalangan wargamaya.
Mana taknya, watak Sara yang dilakokan oleh pelakon terkenal, Emma Maembong, telah membuatkan ramai yang sebak. Manakala watak antagonis, Zaidi membuatkan ramai yang geram dan marah!
SANGGUP BAWA KELUAR BAYI UNTUK MEMUASKAN NAFSU SERAKAH
Kesian melihat Sara yang dipaksa oleh suami seakan kemaruk hubungan intim membuatkan ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Malah ada yang menganggap watak bernama Zaidi memalukan golongan kaum lelaki.
Lantaran nafsu Zaidi yang menguasai dirinya, hilang sudah sifat peri kemanusiaannya sebagai suami hingga sanggup membawa keluar bayi yang baru lahir untuk memuaskan nafsu serakahnya biarpun isteri dalam pantang.
Nyata, apabila nafsu menguasai diri, segala perbuatan dilakukan tanpa fikiran yang waras. Semoga watak Zaidi tidak ada dalam realiti didalam persekitaran hidup kita dan keluarga.
Meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan watak lelaki berkenaan yang memaksa isteri melakukan hubungan ketika dalam tempoh berpantang.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.