Ibu bapa mana yang tidak berasa gembira bila melihat pembelajaran anak-anak yang memberangsangkan. Syukur dikurniakan anak yang bijak dan mudah faham apa yang diajar oleh guru-guru.
Namun jika ada sesetengahnya anak-anak kita tidak dapat skor dengan baik sesuatu subjek umpamanya, jadi apa usaha kita sebagai ibu bapa untuk membantu anak-anak sewaktu mereka di rumah?
Cadangan dan saranan dari seorang cikgu ini elok dijadikan panduan. Jom semak apa katanya.
BAGAIMANA KITA BOLEH MEMBANTU ANAK YANG LEMAH DI RUMAH?
Baik, pagi ni aku kongsi tips untuk ibu bapa dan penjaga untuk bantu anak yang lemah dalam sesuatu topik khususnya mata pelajaran Matematik.
1) Download soalan peperiksaan pertengahan tahun/akhir tahun dan minta anak buat seperti mana tempoh peperiksaan. Google je, belambak soalan boleh dimuat turun dan cetaklah.
Boleh juga guna set soalan dalam buku latihan yang dibeli. Jangan benarkan anak meniru, tengok sifir dan bertanya dalam tempoh ini. Jangan bagi adik-adik dia kacau. Buat bagai peperiksaan yang sebenar.
2) Rujuk skema jawapan dan tanda kertas anak bersama dia. Kira markah dan tulis besar-besar macam cikgu selalu tulis. Buku latihan biasanya disediakan skema jawapan dibahagian tengah atau belakang.
Ads
3) Kesan topik apa yang anak buat silap dalam kertas soalan tersebut. Contohnya jika dia salah dalam topik Bahagi, Isipadu Cecair, Perpuluhan, Pecahan, Luas, Ukuran Panjang dan Jisim; listkan semua sekali.
Mula latih mereka secara topikal. Mula dulu dengan Bahagi. Bagi penerangan cara kira yang betul mengikut kefahaman kita. Bagi soalan Bahagi je banyak-banyak. Bagi sampai 50-100 soalan pun tak apa. Biar dia buat sampai dia faham betul-betul.
Ini dinamakan teknik masteri. Murid belajar satu-satu topik sampai dia betul-betul kuasai baru bergerak ke topik seterusnya. Tak semestinya dalam satu hari kita buat semua ini, mungkin makan masa 2-7 hari baru mereka kuasai.
Jangan risau bab masa. Lambat ke cepat dia boleh kuasai tu nombor dua. Yang penting latih tubi topik sama.
Buku latihan berbentuk topikal berlambak di pasaran. Beli sahaja. Bila dah kuasai, baru bergerak topik seterusnya yang mereka salah dalam peperiksaan. Latih tubi lagi sama macam topik Bahagi tadi.
Ads
Begitulah ulang dan ulang sehingga mereka kuasai semua topik yang mereka lemah tadi.
Langkah akhir sekali, beri semula soalan peperiksaan pertengahan tahun atau set soalan akhir tahun yang merangkumi semua topik.
Bagi anak jawab, InsyaAllah ada peningkatan yang mendadak.
********************************************
Aku tahu, pasti ada yang pertikai kenapa suruh ibu bapa ajar anak kat rumah. Pasti ada yang kata itu tugas guru.
Benar, tugas mengajar adalah tugas guru. Benar sekali.
Ads
Cuma perlu diingatkan guru mengajar secara kelas. Tak boleh hadap satu lawan satu. Tak boleh tumpu pada anak kita seorang. Tak boleh bagi perhatian macam ibu bapa boleh bagi secara one to one dengan anak.
Bila mengajar secara kelas, pasti ada murid yang ketinggalan. Yang mana mereka tak faham tapi mereka tak tanya pula. Bila mereka tanya, penerangan yang diberi mereka faham seketika. Pulang lupa pula. Tambah-tambah bila cikgu mula masuk topik yang seterusnya.
Topik yang mereka belum betul-betul faham, mereka akan tak dapat kuasai.
Ini tips KHAS UNTUK IBU BAPA YANG MAHU MEMBANTU anak-anak mereka belajar di rumah. Yang tak nak bantu, tak apalah.
Ini bukan paksaan. Ini bukan gesaan. Ini cuma tips bagi ibu bapa yang berkobar-kobar nak bantu anak, cuma tak tahu cara.
Nah, inilah caranya.
Silakan SHARE kepada kawan-kawan kalian yang jenis suka bantu ajar anak-anak di rumah juga.
Kerjasama ibu bapa dan guru pasti lahirkan generasi yang lebih berjaya.
Peguam hartanah kongsi kebaikan dan keburukan urus sendiri jualan hartanah. Anda bercadang untuk menjual hartanah yang dimiliki? Tidak kisahlah apa jua sebab dan situasi anda, sebaik-baiknya apabila ingin menjual hartanah yang anda miliki, carilah seorang peguam yang dapat memudahkan urusan anda.
Khidmat guaman ini bukan sahaja memudahkan urusan anda tetapi juga mengelakkan daripada berlaku masalah-masalah yang tidak diingini pada masa hadapan. Jangan kerana ini berjimat sedikit kelak nanti anda terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih banyak.
Melalui satu hantaran yang dikongsikan oleh Nazri Mustafa, peguam hartanah ini berkongsi kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk penjualan hartanah yang dimiliki.
Antara kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk mewakilinya dalam urusan jual beli hartanah adalah seperti berikut:
KEBAIKAN:
1. Kos yang Lebih Rendah
Tanpa melibatkan seorang peguam, penjual mungkin dapat mengurangkan kos transaksi, kerana tidak perlu membayar yuran perkhidmatan peguam.
2. Kawalan Lebih Besar
Penjual mungkin merasa lebih banyak kawalan dalam proses jual beli dan tidak perlu bergantung kepada nasihat seorang peguam.
3. Kesilapan undang-Undang
Risiko kesilapan undang-undang adalah lebih tinggi jika tidak ada peguam yang terlibat. Ini boleh membawa kepada masalah undang-undang yang serius dalam urusan jual beli.
3. Kesukaran dalam perundingan
Penjual mungkin tidak mempunyai pengetahuan undang-undang yang mencukupi untuk berunding dengan berkesan dalam urusan jual beli, yang boleh mengakibatkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
4. Tiada perlindungan undang-undang
Tanpa peguam, penjual mungkin kehilangan perlindungan undang-undang dalam kes-kes tertentu, seperti jika pembeli gagal menunaikan kontrak.
5. Semua urusan buat sendiri
Penjual perlu uruskan sendiri urusan permohonan pindahmilik, urusan penebusan harta (bank biasanya mahu berurusan dengan Peguam sahaja), urusan pengemukaan laporan cukai keuntungan harta tanah, urusan suratan hakmilik (jika sudah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik ke atas nama penjual) dan lain-lain lagi urusan yang terlibat.
Oleh itu dalam pada tidak melantik seorang peguam boleh mengurangkan kos, penjual hartanah perlu menyedari risiko undang-undang dan kesukaran dalam urusan jual beli yang mungkin timbul jika tidak ada peguam yang terlibat.
Moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua.
Bila sebut berhenti kerja ramai yang tidak berani untuk melakukannya. Maklumlah jika selama ini setiap bulan pasti akan mendapat gaji.
Apabila berada di dalam zon selesa ini ramai tidak berani melepaskan jawatan. Namun jika ada yang bercadang untuk berhenti, kena ada perancangan.
Bukan main terjah berhenti sahaja. Pastikan membuat persediaaan sebelum mengambil keputusan begitu.
Bagi yang bercadang berhenti kerja, boleh ikuta cara wanita ini. Caranya sungguh inspirasi untuk mengelak kita jadi tak tenang bila berhenti kerja.
Jom ikuti perkongsian wanita ini. Caranya bagaimana membuat persediaan sebelum berhenti kerja.
SANGGUP BERHENTI KERJA KERAJAAN/ GOMEN
Berhenti keje gomen sebab nak makan pagi dgn husband. Ni salah satu idaman kak yu la, bila tak terikat dgn kerajaan,boleh la makan pagi dgn husband..
Masa pkp kak yu memberontak sangat nak keluar cuma nak makan pagi je. Pasal resign kerja kerajaan ni ,ramai sungguh bertanya nak resign..
Sabar. bila kita berhenti,hari pertama kita celik mata kita kena sedar bahawa takde gaji bulan tu.
KENA SIAP SEDIA
Jadi sebelum berhenti kena ada,
Mesti ada saving kos sara hidup bulanan kita selama 6 tahun.
Macam kak yu, walau masa tu sale bulanan dah ratus ribu masuk tapi tetap takde Lv,gucci semua tu.pakai Myvi je yg low spec.
Masa tu bulanan kos life style kami suami isteri dlm 2k++ je😆. Abe Faez pakai saga lama abah dia, kakyu pakai myvi dlm 500 lebih sebulan..duduk pulak kuarters kerajaan..
Planning gaji sendiri. Ada kwsp,socso. walau bisnes sendiri,kena proper.bisnes ada ssm,bayar gaji kat diri sendiri,carum kwsp socso,bayar cukai bila dah wajib kena bayar. zakat jgn dilupa!
3.Ada income yg boleh bagi kat mak ayah tiap bulan,tak kisah la rm50 ke 100 ke.janji lepas berhenti mesti mampu bagi duit belanja kat diorang berterusan..
4. Usaha ada kereta kecil yang bebas hutang,rumah yg takde hutang..biasanya hutang wujud sebab lifestyle kita,kena sedar diri..
Kesihatan amat penting untuk memastikan kita dapat melakukan rutin harian dengan sempurna.
Salah satu petua untuk kekal sihat adalah menggunakan bawang putih. Umum mengetahui bahawa bahan masakan ini nenpunyai pelbagai khasiat bawang putih untuk kesihatan dan kecantikan.
Bagi yang ingin mencuba petua menggunakan bawang putih, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh Siti Raudzah.
Jom cuba buat!
Petua Hilangkan Sakit Kaki Bila Bangun Tidur
Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tido yang saya hidapi dah ok sekarang. Kalau tak sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tido memang sakit. Kena jalan slow2 dulu baru ok..
Tapi sekarang bangun je.. terus boleh jalan laju. Petua ni ada sorang kakak bagitau saya.. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik, perut pun kempis je.
Banyak khasiat lain
Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tau.. bawang putih ni dapat mencegah sel-sel kanser.Kalau nak tau boleh google apa lagi khasiatnya.
Cara-Caranya:
Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil.
Lepas tu makan terus isinya saja. Makan lah hari-hari untuk kesihatan kita.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.