Subjek Matematik umum ketahui sering menjadi antara mata pelajaran yang kurang dapat dikuasai oleh anak-anak kita.
Jadi apa kata kita bantu anak-anak kita dengan lakukan apa yang dipraktikkan oleh guru Matematik ini. Jom semak.
TIP BERKESAN HAFAL SIFIR
Sebenarnya ada banyak cara dan tip dalam aktiviti penghafalan sifir. Cumanya kali ini aku nak kongsikan langkah-langkah yang aku praktikkan untuk anak murid di sekolah.
Ianya berkesan!
1. Sendiri-sendiri.
Tetapkan masa. Baca sifir secara kuat berpandukan buku tulis dan sifir yang ada. Ulang dalam 5-6 kali.
Oh ya, mungkin ada yang akan bertanya, cara mana yang lebih berkesan.
1 x 2 =2
atau
2
4
6
8
Bagi aku mana-mana cara pun tak ada masalah. Mana-mana pun boleh. Tapi aku lebih suka yang hafal jawapan terus. Ia mengecilkan skop nombor bagi sesuatu sifir.
2. Tulis
Selepas beberapa minit, sifir ni mesti ditulis semula. Ia sebagai aktiviti pengukuhan. Terjemahkan apa yang sudah dihafal tadi. Masa ni lah nak tunjuk power dengan kawan-kawan.
Boleh gunakan cara segi tiga atau baris ke bawah terus. Kalau aku, aku buat segi tiga dulu kemudian baru baris ke bawah.
Segi tiga
2 2 2 2 2 2 2 2
4 4 4 4 4 4 4
6 6 6 6 6 6
8 8 8 8 8
101010
1212
14
Baris
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Kalian boleh tengok contoh pada gambar.
3. Pasangan
Cari pasangan. Seorang baca dan seorang lagi semak kemudian saling bertukar peranan. Bila murid semak, dia akan alert dengan jawapan rakan. Bila dia yang baca, dia akan alert dengan jawapan sendiri. Membantu untuk hafal sebenarnya.
Kemudian, panggil dua-dua ke hadapan. Seorang-seorang baca. Salah, dua-dua kena hukum. Jadi, mereka hafal sifir bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk elak rakan dari dihukum.
4. Latih tubi.
Banyak jenis latih tubi yang ada. Antaranya aku suka buat pertandingan. Rujuk pada gambar, aku panggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Lawanlah siapa cepat dan betul.
Budak-budak ni kalau bertanding kalian faham-faham sahajalah. Teruja dia lain macam sampaikan boleh bergaduh. Tak apa. Yang penting semangat tu mesti ada. Membantu bukan?
Oh ya, kalian juga boleh gunakan latihan mentalis yang aku dah buat tu. Berkesan!
5. 1 hari 1 sifir
Jangan banyak sangat sifir dalam satu hari. Paling banyak 1 sifir untuk 1 hari. Lagi bagus 1 sifir 1 minggu. Jangan 1 tahun 1 sifir dah lah. Lambat!
6. Baca di perhimpunan
Budak-budak ni suka show off. Bagi aku tak salah kalau benda ni boleh bantu mereka untuk hafal sifir. Tapi bila dah janji memang tak boleh buat main. Dimarahnya aku balik sebab tak panggil diorang baca sifir di tapak perhimpunan.
Cuma cara aku, aku akan inform mereka pagi tu tanpa pengetahuan orang lain yang dia akan dipanggil. Aku nak dia bersedia dan tak nak isu memalukan di hadapan nanti.
7. Bakar line
Yang ni paling membantu. Masuk sahaja ke Tahun 6, aku bakar line.
“Murid tahun 3 pun dah hafal sifir 8. Tak kan kamu tak boleh. Mesti boleh!”
Tercabar lah beb. Haha.
Satu hari nanti aku nak buat pertandingan sifir antara kelas. Biar mereka teruja!
8. Pesan
Setiap hari aku tinggalkan pesan akan pentingnya sifir.
Sambil mandi tu, kamu baca lah sifir. Sebelum tidur, baca. Dalam kereta pun boleh baca. Dengan harapan supaya mereka baca sifir dimana pun mereka berada.
9. Rotan
Ini sebagai catalyst dan ianya sangat berkesan. Kalian letak sahaja rotan di sisi. Pasti membantu!
Bila salah jawapan tu, hayunkan sedikit rotan tu. Haha.
Zaman kita dulu-dulu puas dah kena rotan dan marah ni. Hasilnya, sampai sekarang sifir dalam ingatan. Bukan sifir sahaja, tetapi momen disebat juga pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Ini antara langkah-langkah yang aku guna. Semoga ianya membantu.
Bagi aku, murid yang dah hafal sifir, dia akan bergerak laju dalam menyelesaikan satu-satu soalan matematik.
Bila nak mula?
Mulakanlah dari darjah 1.
Sumber : Mohamad Hakim
Cikgu Matematik