Jika dahulu, anak lelaki jarang sekali berada di dapur. Anggapan lelaki ketua keluarga keluar mencari rezeki, mana anak perempuan pula di dapur menguruskan rumahtangga.
Situasi itu membuatkan segelintir anak lelaki apabila dewasa tidak tahu menguruskan diri termasuk mengemas bilik, memasak dan bahkan segala kelengkapan termasuk pakaian disediakan oleh isteri.
Namun zaman berubah, didikan begitu juga berubah selari dengan peredaran masa. Kini ramai ibu bapa mula sedar bahawa tugas menguruskan rumahtangga bukan terletak kepada wanita semata.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini menarik perhatian warganet apabila gelagatnya mengemas rumah tanpa kekok.
Berkongsi cara didikan arwah ibu, lelaki ini berharap lelaki ringan tulang untuk menguruskan rumah, bukan bergantung kepada kaum wanita.
“Paksu, saya lama dah nak tanya…..macam mana parent didik paksu jadi rajin mengemas dan pandai memasak” macam yang paksu duk buat selalu”??? Guys.
Banyak kali paksu ditanya soalan macam tu. Jadi harini paksu sharelah dengan semua friends & followers paksu di muka buku (especially ibu-ibu) beberapa tips untuk didik “anak lelaki” agar tidak jadi raja dan hanya pandai besarkan telur dua biji kat celah kelangkang tu, huhuhu!!!
Ads
1. Sejak usia 5 tahun, arwah mak paksu dah biasakan paksu dengan kerja rumah (sebab paksu anak manja/bongsu, memang selalunya duk berkepit je bawah ketiak ibu). Jadi paksu terdedah dengan semua tu dari awal dulu. Arwah mak cuci baju, paksu pun cuci baju. Bila mak paksu sidai kain, paksu pun sibuk ikut tiru. Arwah mak masuk dapur masak, paksu pun ikut masak sama (tapi masak style paksu). Budak-budak kan masa tu, apa yang paksu tengok itulah yang paksu ikut…..ha gittu. (Dah pecah rahsia no satu).
2. Paksu amalkan buat selalu. Bangun je tidur kemas katil dulu. Lipat selimut dan susun bantal satu-satu. Seminggu sekali paksu lap dan sapu. Lepas makan paksu kemas terus tak ada tangguh atau tunggu. Bila paksu buat lagutu, lama kelamaan dia jadi habit/tabiat…..kalau tak buat, hidup ni rasa macam tak lengkap (paksu rasa macam sesuatu). Train anak tu untuk buat selalu pasti diorang akan terbiasa nanti (trust me sebab paksu tak pernah menipu).
3. Arwah mak paksu selalu puji, rajinnya anak ibu. Paksu memang pantang dipuji mula la kembang kuncup hidung paksu yang macam pelepah kayu tu. Bila dah dipuji, secara tak langsung ia bagi semangat dan dorongan untuk paksu walau sebetulnya paksu ni bukan rajin mana pun (malas jugak macam lembu). Terima kasih mak sebab selalu puji paksu dulu. Sebab pujian tu buat paksu jadi rajin buat kerja rumah dan sekarang jadi kerjaya kedua paksu. Jadi ibu-ibu yang baca post ni jangan lokek untuk puji anak-anak tau.
4. Satu lagi paksu memang dididik oleh arwah mak untuk ringan tulang dan saling membantu. Arwah mak paksu berniaga kedai makan dulu. Jadi paksu tolong apa yang mampu. Paksu tak kisah orang nak cop paksu anak mak/anak manja atau macam ni macam tu. Sebab niat paksu satu, nak ringankan tugas arwah mak paksu…..cuma itu.
5. Last but not least, jangan takut nak marah/tegur anak (tak kira laki atau perempuan) yang malas untuk sama-sama buat kerja atau bantu. Sebab bebelan mak-mak/ibu-ibu ni amat dasyat tau. Kalah pontianak harum sundal malam punya pekikan dimalam jumaat yang syahdu. Kalau rasa tak nak mak-mak naik hantu, elok buat kerja tu. Huhuhu!!!
Ads
Pada semua ibu-ibu, jangan manjakan sangat anak lelaki tu. Ubahlah mindset zaman tok kaduk dulu-dulu. Percayalah buat kerja perempuan ni takkan ubah anak-anak lelaki korang menjadi pondan atau lelaki jelmaan perempuan kecuali depa sendiri yang gatal burung nak jadi lagutu. Pada abah-abah, ubahlah perangai jadi raja dan tuan dalam rumah sendiri sebab zaman laaaniii bukan zaman Jepun tau. Zaman yang mana semua orang perempuan sumbat satu-satu. Laani era baru. Tunjukkan contoh yang baik, pasti anak-anak akan tiru. Makan tempoyak cicah budu. Senduk nasi pakai sudu. Kalau nak anak rajin selalu. Didiklah dari awal bukan bila dah kertu. Haaaaa gitttuuuu!!! #pesanseoranglelaki
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memohon Pengeluaran i-Lestari dan berjaya mendapatkan kelulusan, bayaran pengeluaran bulan pertama akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula esok hingga 18 Mei ini.
Ahli KWSP yang permohonan pengeluarannya diluluskan akan dimaklumkan mengenai pengkreditan itu menerusi laman sesawang i-Lestari sejurus bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.
Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata proses pengkreditan ke dalam akaun bank ahli mungkin mengambil masa satu hingga tiga hari daripada tarikh KWSP membuat pindahan.
“Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank untuk membolehkan ahli membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran bank masing-masing.
“Ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan tidak dibekukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak i-Lestari dilancarkan pada awal April lalu, KWSP sudah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.
“KWSP mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.
“Kami kemudian bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan.
“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal,” katanya.
KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun khuatir Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.
“Kami berharap ahli sudah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka.
“Ini kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Saat kita saban hari bersama anak-anak dan ahli keluarga lain di rumah, ada insan sebaliknya. Mereka ini pastinya barisan hadapan yang perlu bekerja tanpa mengira masa dan keselamatan diri demi memastikan rantaian covid-19 putus agar wabak ini disisihkan di negara ini.
Menerusi kisah barisan hadapan yang dipaparkan oleh Harian metro cukup terkesan mengenai kisah seorang anggota polis yang hilang dakapan manja anak-anak ekoran virus bahaya ini.
“Biasanya balik sahaja dari kerja, saya terus memeluk anak-anak, namun kini, saya perlu lebih berhati-hati menjaga jarak demi keselamatan mereka,” luah seorang petugas barisan hadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anggota polis, Koperal Mohd Rizaiman Omar, yang bertugas di Balai Polis Rantau Panjang, adalah antara individu yang pernah terbabit memastikan pengebumian jenazah mangsa Covid-19 berjalan lancar selain menjalankan tugas membuat rondaan.
Dia yang juga bapa kepada tiga cahaya mata berusia lima bulan sehingga lapan tahun berkata, situasi masa kini menyebabkan masanya bersama keluarga agak terhad namun demi tugas pada masyarakat dan negara, dia terus tabah menjalankan tugas.
Tidak mengapa, saya boleh korbankan dulu masa bersama keluarga.
“Yang penting dapat memastikan rakyat akur dan ikut segala perintah kerajaan. Memang tanggungjawab saya sebagai petugas barisan hadapan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
“Memang banyak pengalaman sepanjang 12 hari PKP dilaksanakan, saya berhadapan dengan pelbagai ragam manusia tidak kira peringkat umur yang ada masanya tidak memberi kerjasama baik. Saya dan anggota lain tidak berputus asa menerangkan kepada masyarakat pentingnya untuk kita memutuskan rantaian Covid-19 ini.
“Setiap kali pulang dari kerja saya pastikan tidak dekat dengan anak atau isteri sebaliknya terus membersihkan diri supaya saya tidak menjadi pembawa wabak tanpa disedari,” katanya yang sudah 14 tahun berkhidmat sebagai anggota polis.
Semoga rakyat Malaysia patuh kepada arahan duduk di rumah supaya memudahkan kerja barisan hadapan ini dan sekali gua mematikan rantaian covid-19 ini.
Trending sekarang filem Mat Kilau! Menerusi review di media sosial ramai yang memuji penceritaan filem ini yang dilakonkan oleh pelakon handalan.
Bukan itu sahaja, impaknya ramai ibu ayah mencari kelas untuk anak mengajar silat.
Siapa sangka filem berunsurkan nasionalisme mengenai perjuangan pahlawan melayu negara Pahang ini memberi impak besar kepada generasi kini.
Menerusi thred di twitter milik yang dikenali Megat ‘ Adli bahawa pelajar remajanya memberi tahu selepas menonton filem Mat Kilau, merek teruja untuk belajar silat.
Dalam pada itu, tweet itu telah mendapat respon dari wargamaya lain termasuk yang ingin mencari kelas belajar sikat untuk anak. Ada juga berkongsi link menunjukkan anak kecil bersilat.
Ayuh, bawa anak-anak tonton filem ni. Sambil tu boleh dedahkan anak-anak sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan hebat lain di negara.
Bila hidup berjiran ini sememangnya tidak mudah namun jika kita saling hormat-menghormati serta bertolak ansur pasti semuanya dapat hidup dengan harmoni.Baru-baru ini, sebuah video...