Mendidik anak-anak bukan hanya sekadar bab pelajaran, sebaliknya merangkumi semua kerja. Termasuklah membuat kerja-kerja rumah.
Mungkin ada yang berpandangan anak lelaki tak wajib buat kerja rumah, namun sebenarnya tanggapan ini salah. Sepatutnya anak lelaki dan perempuan kena sama-sama diasuh untuk berbuat demikian.
Bagi pelakon Yana Samsuddin yang rajin berkongsi tip mendidik anak ada memuat naik satu perkongsian dalam mengajar anak lelakinya melakukan kerja rumah.
Walaupun masih kecil, namun bagi Yana itu salah satu kaedah yang baik kerana awal-awal sudah mendedahkan anak-anak dengan tugasan rumah.
Selain mendidik anak lelaki ringan tulang, aktiviti sebegini juga sebagai satu cara mengasah kemahiran si kecil selain dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak
Dah 3 bulan tak cuci kusyen kerusi. Hari ni baru teringat nak cuci. Ada 6 kerusi, cuci 3 dulu. Takut tak kering… .
Tengah cuci, mak (nenek @aisymateen ) jerit. “Mateen nanti basah baju!! “
Momy tolong jawab ” tak pa lah mak, kita kena dedahkan aktiviti dengan anak kita. Lagi lagi kerja mencuci ni. Karang dah besar tak tahu macam mana cara nak cuci. Budak lelaki paling bagus ajar kerja cuci cuci ni. Dah besar nanti tak lah suruh perempuan je yang buat kerja cuci cuci ni… ” membebel mommy … .
Hahaha mak cakap sepatah , anak jawab banyak… .
Manakala mateen masih kusyuk sambung menyabun dan memberus kusyen kerusi. .
Hakikatnya memang kita kena bagi anak kita tengok kita ketika menukang ke, menyapu ke, mencuci baju ke , mencuci kereta ke, cuci pinggan ke. Asas supaya dia nampak, dia rakam dalam kotak minda dia, dah besar tau lah dia nak buat macam mana.
Sebab mommy rasa mommy tahu banyak benda kerja kerja rumah dan menukang ni sebab selalu tengok mak dan abah buat kerja semua tu… .
Sekarang saya tengah korek tanah nak tanam pokok pun riuh panggil anak suruh tengok… hahaha.. kepoh… .
So, kepada suri rumah yang selalu dukung anak ketika masak ke atau tengah buat kerja, tahniah!! Anda telah melahirkan anak yang rajin juga bila dewasa nanti.
Nyata aksi comel Mateen dan mamanya ini mendapat pujian dari pengikut dilaman instagram. Rata-rata bersetuju dengan kaedah yang dipraktikkan oleh Yana kepada anak lelakinya itu.
Sumber: IG yanasamsudin