Anak Lelaki Buat Kerja Rumah, Ok Ke? Ini Respon Ustazah Isfadiah & Dr. Taufiq

Share

Seakan telah menjadi budaya kita dalam mendidik anak lelaki biasanya menegah mereka untuk duduk di dapur apatah lagi membuat kerja-kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk, menyapu, memasak dan sebagainya.

Selalunya anak lelaki akan dibiarkan selesa berada di ruang tamu atau pun bilik tidur untuk melakukan urusan peribadinya. Berbanding anak-anak perempuan lebih banyak menerima arahan untuk membantu ibu sama ada menyidai kain, menyapu, buang sampah, kemas bilik dan sebagainya. Hakikatnya, ilmu rumah tangga terutamanya selok belok di dapur ini sebenarnya bukanlah hanya tugas bagi anak perempuan sahaja, tetapi juga pada anak lelaki kita.

Ini sebagaimana menurut kata Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki, “Urusan masak nasi, basuh pinggan, menghidang ini seharusnya dijuarai oleh anak lelaki kita. Saya seolah terbuka mata bila bertemu dengan seorang ibu mithali di Muar. Anak dia ada 10 orang, 9 orang semua lelaki dan seorang perempuan, dan anak perempuan itu meninggal diusia muda.

Ibu ini tiada pilihan menyuruh anak-anak lelaki dia, masak, menyapu, mengelap, basuh kain, sidai kain. Dan hari ini ternyata ibu mithali ini melahirkan doktor, engeneering dan sebagainya. Anak-anak lelaki yang berjaya.”-Ustazah Isfadiah

Oleh itu jangan manjakan anak-anak lelaki kita di rumah dan wajib ajar mereka dengan pengurusan rumah tangga supaya senang untuk dia menguruskan dan memimpin rumah tangganya kelak. Malah cara ini dapat mengajar anak lelaki lebih bertanggungjawab pada keluarganya.

 

Begitu juga yang dikongsikan oleh Doktor Taufiq Raziq di facebooknya, yang juga mengajar kelas keibubapaan.

“Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampai la basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.

Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!”

Niat dah baik tapi caranya itu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!

Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi ‘delicious poison’ yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi. Sebab tu la :

– Jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
– Kena berani suruh anak lelaki buang sampah
– Kena tegas suruh anak buat kerja mengemas


– Kena biasakan anak lelaki memasak
– Kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata-mata

Ini semua adalah persedian hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah
tanggungjawabnya suatu hari nanti.

Sumber: Taufiq Razif