Anak Lelaki Belum Matang Usia 17, Jangan Beri 2 Ni Kalau Tak Nak Hidup Hancur.
Ibu bapa tak boleh lari dari buat kesilapan apabila mendidik anak. Ssemestinya anda tercari-cari apakah kaedah mendidik anak lelaki yang terbaik dengan kesan yang memberangsangkan.
Mempunyai anak lelaki, ibu ayah perlu ada cara tepat untuk mendidik. Cara didikan anak lelaki dengan anak perempuan berbeza.
Sebagaimana 5 tip yang dikongsikan oleh Puan Ashikin Hashim, Pengetua Genius Aulad Saujana Utama mengenai apa tindakan ibu ayah buat anak lelaki sebelum usia 17 tahun.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Cabaran Mendidik Anak Lelaki
Beberapa hari ini perbualan kami hanya berkisar tentang pelajar tahfiz Ittifaqiyyah sahaja sama seperti anda juga.Wafi dan adik-adik pun turut sedih. Bila tahu tentang berita terbaru, lagi sedih.Semua turut bersedih. Marah. Kecewa.
Tak perlu maki mak ayah mereka. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Biar undang-undang yang mengadili.Kita perkasakan akhlaq kita dan anak kita. Tugas kita makin berat. Amanah kita maha hebat.Antara yang saya selalu pasak pada anak-anak: (ini apa yang kami praktik. Lain sekolah lain ajarannya. Saya hanya berkongsi sahaja)
Solat, Solat, solat
Hati-hati pilih kawan. Sebelum anak pilih kawan baik, jadikan anak-anak kita tu kawan baik kita dahulu.
Jangan sekali-kali mencuba hisap R0K0K! Kalau dah start hisap rokok masa sekolah, mana nak cari duit? Nak kerja? Nak mencuri? Inilah ‘bunga-bunga’ laknat yang ‘membunuh’ anak-anak kita. Saya selalu sebut pada anak-anak, Abi tak hisap r0k0k jadi jangan hisap rokok. Please! Ummi serious!
Selagi belum habis sekolah iaitu umur 17 tahun, usah sekali-kali berani minta motor atau lesen motor dari Ummi dan Abi. Ramai anak yang dah ‘kawan baik’ dengan motor. Duit minyak minta siapa? Nak betulkan motor rosak cari duit dari mana? Ini juga ‘bunga’ laknat yang tak bawa faedah langsung pada anak-anak. Malu ke nak naik bas pergi sekolah? Jalan kaki? Naik basikal? Sorry to say kita terlalu manjakan anak dengan beri mereka motor bukan pada masanya
Tiada lagi keperluan untuk memiliki telefon sendiri buat masa ini. Kesian kat anak sebab nak call kita susah? Untuk apa call? Masa bila nak call? Sepenting mana nak call? Sekali lagi, BELUM TIBA MASANYA. Once mereka dah terpengaruh dengan We Chat ke, segala macam aplikasi, susah nak undur.
Saya lihat 2 benda ini yang amat beri pengaruh besar kepada anak lelaki – M0TOR dan R0KOK.
USIA SEHINGGA 17 TAHUN
Anak-anak 0 -17 tahun sepatutnya lebih banyak masa bersama keluarga daripada masa bersama motor, rokok dan kawan.Bagi kami, biarlah kita marah sekarang saat berulang kali suruh anak solat tanpa jemu, biarlah berbuih mulut minta anak pandai pilih kawan, biarlah penat menjadi kawan kepada anak walau kita penat bekerja di siangnya,
Biarlah kita menangis dalam hati saat anak meronta mahu dibelikan m0t0r tika masih belum layak memilikinya, biarlah anak kuno sekarang saat diminta-minta beli handph0ne. Tapi jangan sekali-kali kita rasa penat dalam mendidik mereka.Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu kami lalui. Maafkan Ummi dan Abi sebab banyak larangan kami.
Berkali juga sebut pada anak-anak, berikanlah Ummi dan Abi peluang sekurangnya 17 tahun untuk kami ‘pegang’ kamu. Selepas itu kami yakin kamu matang untuk memilih.Jika terjumpa anak-anak kami berbuat 0nar di luar, meletak adab di tapak kaki, segera beritahu kami.
Kepada guru-guru kepada anak-anak kami, didiklah anak-anak kami bukan hanya cemerlang akademiknya tapi juga akhlaqnya.
sumber: dakwah islam
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club