Anak Lasak Ini Rupanya Banyak Potensi Diri. Ini Ibu Ayah Kena Tahu.

Share

Rupanya anak paling lasak dan gasak biasanya ada growth style kinestetik ni. Serius, dia la yang selalu buat kita mengucap.

Nak tahu tanda-tanda anak ada ‘growth style’ kinestetik ikuti perkongsian saudara Mohd Fhais Salim.

Apa pun, syukur sebab anak ada potensi besar.

1. Anak kinestetik ni learning tool utama dia ialah tubuh badan dia sendiri, makin banyak dia bergerak makin banyak la dia belajar.

2. Dia susah nak duduk diam. Alergik dengan perkataan diam. Kalau tak buat apa-apa dia jadi gelisah, tak keruan hatinya.

3. Cepat bosan. Asyik terperuk kat rumah dia boleh jadi sangat-sangat bosan dan tepu. Ini punca anak jadi senang meragam dan senang membentak.

4. Pantang dapat peluang keluar rumah, mesti berdesup dia keluar. Anak kinestetik ni sebenarnya lebih rasa bebas bila di luar rumah.

5. Tanah, pasir, rumput dan laut ni semua mainan dia. Memang dia suka betul dapat sentuh alam semulajadi.

6. Kreatif dan tinggi imaginasi. Kotak boleh jadi kereta, kusyen sofa boleh jadi rumah, periuk, kuali dan senduk ibu tu selalu jadi mainan.

7. Suka mainan yang lasak-lasak. Kurang minat dia nak baca buku dan mainan yang tak bergerak ni. Rasa tak hidup main duduk setempat.

8. Marah atau bentak bila di larang bermain permainan yang dia suka. Kita nampak cara dia main bahaya, tapi dia tak faham. Jadi kena tegur dengan cara yang lembut ya.

9. Suka rosakkan barang. Aduh, sebenarnya anak bukan sengaja nak rosakkan tapi dia tak mampu nak 100% kawal kekuatan diri dia lagi.

10. Tenaga dia macam unlimited. Diam masa tidur. Mata selagi tak lelap selagi tu ada je aktiviti lasak dia nak buat. Tak tahu penat punya budak!

11. Pantang nampak kita senang sikit mesti di panjat badan kita, diajaknya bermain.

Besar sungguh potensi anak kinestetik ni. Dia ada ciri-ciri orang yang berjaya. Anak yang berani, bertenaga, selalu cuba benda baru dan tak cepat mengalah.

Sabar, syukur dan polish potensi anak kita ye. 

Wallahu A’lam,

Sumber: Mohd Fhais Salim

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club