Bukan suatu yang mudah buat ibu bila ada ahli keluarganya demam atau kurang sihat. Lebih-lebih lagi jika yang kurang sihat itu adalah anak kecil. Umumnya anak-anak bila demam atau tidak sihat akan menangis dan tiada selera untuk makan.
Tambah membimbangkan setelah diberi ubat tetap juga tidak sihat-sihat. Jika reda pun seketika, kemudian sakit lagi.
Tahukah ibu-ibu, semua ini terjadi mungkin disebabkan kita memberi ubat tersebut dengan sukatan yang tidak tepat dan jarak waktu yang tidak menepati saranan doktor. Untuk lebih jelas tentang perkara ini, telah dikongsikan oleh Fahmi Hassan yang juga merupakan ahli farmasi di akaun twitternya.
Terdapat tiga pilihan alat yang boleh digunakan oleh ibu-ibu untuk memudahkan memberi ubat dengan sukatan yang tepat dan dalam masa yang sama mengelakkan daripada ubat yang disuapkan tertumpah atau sebagainya.
2. Penitis
3. Dosage cup
Dan ini pula yang paling biasa kita gunakan, iaitu sudu. Namun punya risiko sebenarnya kerana dengan menggunakan sudu, kebiasaannya dos yang diberikan tidak sama dan kurang tepat sebagai mana yang disarankan oleh doktor.
Selain itu juga Fahmi Hassan pernah juga memuat naik jadual yang tepat untuk makan ubat. Menurutnya apabila disarankan makan ubat 2 kali sehari itu bermakna boleh diambil pada pukul 8 pagi dan 8 malam (selang 12 jam). Manakala jika disarankan 3 kali sehari itu bermakna boleh ambil ubat pada pukul 7 pagi, 3 petang dan 11 malam (selang 8 jam). Begitu pula jika disarankan 4 kali sehari, maka makanlah pada pukul 6 pagi, 12 tengah hari, 6 petang dan 12 tengah malam (selang 6 jam).
sumber : Fahmi Hassan