Keibubapaan

Anak Lambat “Pickup” Bukan Bermakna Tak Pandai, Perkara Ini Kena Tahu

Share

Setiap anak berbeza ada yang cepat “pickup,” ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan maklumat anak supaya kita dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran yang terbaik untuk mereka.

Anak yang lambat “pickup” bukan bermakna mereka tidak pandai, dan anak yang cepat “pickup” pula bukan bermakna mereka tiada cabaran. Yang lebih penting ialah daya tahan mereka dalam belajar dan semangat untuk maju.

Ikuti perkongsian Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapist mengenai anak cepat dan lambat ‘pckup’

Anak jenis lambat “pickup” vs cepat “pickup”?

Kali ini nak share tentang pempropesan otak, dalam bahasa omputihnya “Brain Processing”. Otak kita semua unik, berlainan & kelajuan proses maklumat pun ada yang cepat dan lambat. Ciri-cirinya:

1. Lambat “pickup”. (Slow processing)


– Ambil masa untuk proses maklumat dari pembacaan, dari percakapan atau visual.
– Lambat “sampai” bila orang buat lawak.
– Mudah lupa.
– Susah proses arah, atau mulakan tugas.
– Ambil masa untuk belajar skil atau perkara baru.
2. Cepat “pickup”. (Fast processing)
– Boleh kata semua cepat, cakap cepat, fikir cepat, buat keputusan cepat dll.
– Bila ada teka-teki, terpaling cepat jawab.
– Kalau orang buat lawak, dia dah gelak dulu.
– Senang belajar skil & perkara baru.
– Cepat siap tugasan.

Anak yang ada masalah ADHD/ADD atau masalah pembelajaran kebanyakannya kategori lambat “pickup” tapi tak semua.

Ada juga yang yang terlampau cepat “pickup”, sampaikan maklumat dah sampai dulu tapi tindakan dan perbuatannya lambat. Yang ini saya perasan di kebanyakan anak yang ada ADHD atau ada tanda-tanda ADHD.

Saya nak tekankan, tahap kelajuan otak cepat atau lambat tidak menentukan tahap IQ seseorang atau kepandaian. Dua-dua ada kelebihan dan kelemahannya.

Saya, kalau ikutkan kategori lambat “pickup”. Sepanjang zaman sekolah, saya perasan memang susah saya nak belajar dalam kelas. Belajar hari ini, malam dah lupa. Sampailah saya develop habit belajar last minute.

Contohnya bila ada exam besar, sebulan sebelum baru saya pulun belajar. Kalau belajar awal-awal, sel otak tak berhubung. Baca tak faham-faham, kena belajar dalam persekitaran senyap tak ada gangguan.

Sampai sekarang ambil master, sama fe’elnya. Saya kena belajar seorang diri, tanpa gangguan. Sepanjang saya menulis thesis atau assignments, saya kena masuk gua sekejap. 

Suami saya pula terbalik, otak jenis cepat “pickup”. Orang jenis cepat proses ini, belajar dalam kelas sekali dah faham. Tak buat homework, ulangkaji pun boleh skor semua A. Senang juga belajar skil baru, belajar sehari buat website terus siap.
Jenis pickup dalam kelas, dah tak belajar lepas itu tapi dapat anugerah dekan setiap sem.
Jealous kita 
Sebagai mak ayah, kita kena kenal personaliti anak untuk kita tahu corak pembelajaran anak bagaimana. Setiap orang berbeza cara
1. Terima maklumat
2. Proses maklumat
3. Dapatkan maklumat

Kalau cara kita belajar begitu, kita tak boleh expect anak pun sama. Tengok si kakak berjaya dengan kaedah sebegitu, tak boleh expect adik pun sama.
Bila kita tahu cara anak proses maklumat dan kecenderungan anak barulah kita boleh maximize potensi anak.
Bagi saya setiap orang ada potensi masing-masing, sebagai mak ayah kita kena korek dan polish potensi anak kita. Kalau anak kita atau sesiapa sahaja diletakkan di tempat yang betul, pasti boleh menyerlah. 

Siapa sangka saya yang lambat “pickup”, jenis orang buat lawak tak sampai-sampai ini boleh menulis beratus artikel. Boleh belajar sampai tahap master. Boleh buka bisnes sendiri.

Dari segi pembelajaran, tak kiralah anak jenis lambat “pickup” atau cepat “pickup”, yang penting semangat nak belajar dan semangat nak memajukan diri. Resillience lebih penting dari speed.

Kalau anak kita kurang perform di sekolah. Jangan give up dengan anak, kita kena sama-sama cari kekuatan anak di bahagian mana. Semoga bermanfaat, ingat tau kita kena percaya dan cari kebolehan anak.

Sumber: Maryam Jamadi