Anak Lambat Dibawa Ke Hospital Punca Kematian. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya!

Share

Apabila anak diserang penyakit, ibu ayah pastinya tidak keruan. Malah ada yang sanggup cuti tanpa gaji. Namun ada juga segelintir yang ambil remeh tentang kesihatan anak sehingga ada yang mengabaikan rawatan dengan lambat membawa anak ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Malah ada kes yang membawa kematian. Melalui perkongsian seorang pegawai perubatan iaitu Dr Sakinah Sulong melahirkan rasa terkilan melihat sikap segelintir ibu bapa yang bersikap ambil mudah mengenai kesihatan anak.


 

Sebagai Pakar Perubatan Keluarga, salah satu tugas saya ialah menghadiri Mesyuarat Kematian Kanak-kanak bawah 5 tahun.

Selalu kami akan meneliti apa kronologi yang membawa kepada kematian anak-anak ini dan memutuskan samada kematian itu sepatutnya boleh dicegah mahupun tidak.

Ada beberapa kes yang saya dapati, di mana anak-anak ini dibawa lambat ke klinik/hospital. Bukan untuk menyalahkan ibubapa tapi tak ramai ibubapa yang tahu apa tanda-tanda bahaya yang perlu diperhatikan bila anak-anak sakit.

Majoriti anak-anak bawah umur 5 tahun akan mengalami jangkitan kuman, secara puratanya 6 kali setahun. Selalunya dalam bentuk batuk, selsema. Ini kerana sistem imun anak-anak masih dalam perkembangan dan anak-anak juga banyak terdedah dengan individu yang menjadi pembawa kuman, contohnya di taska atau sekolah harian.

Kebanyakan jangkitan ini disebabkan oleh virus dan mampu sembuh sendiri tanpa perlukan antibiotik. Disebabkan itu saya akan nasihatkan untuk beri panadol mengikut jam dalam dos yang diperlukan bagi kes-kes ringan sebegini. Biasanya demam virus biasa mengambil masa selama 4-5 hari untuk kebah dan tidak sepatutnya berlarutan melebihi seminggu.

Tapi keadaan anak-anak ini mampu berubah.
Hari ni mungkin masa dia dibawa jumpa Dr, keadaan dia masih stabil, tapi keadaan ini boleh bertukar. Dan jangan pula sangka Dr yang bagus akn beri banyak jenis ubat. Yang penting, Dr bertanggungjawab memeriksa dan menilai samada keadaan anak ini masih stabil atau perlu rujukan/kemasukan ke hospital.
Itu lebih penting.

Apa tanda-tanda bahaya yang memerlukan anak ini dibawa berjumpa doktor secepat mungkin?

1. Ada gerakan seperti sawan – tangan/kaki tersentak, mata pandang atas, mulut berbuih.

2. Anak tidak aktif, tidak mahu bermain dan tidak respond pada penjaga.

3. Anak tidak boleh minum atau makan apa-apa pun, hingga pampers pun kering tak basah dengan kencing. Anak-anak normal biasanya perlu tukar pampers 2-3 kali sehari, sekurang-kurangnya.

Jangan fikir sebab anak sudah dibawa berjumpa Dr minggu lepas, anda merasakan anak sudah OK dengan ubat yang diberi. Bila ada tanda bahaya jangan ambil mudah dan berlengah. Dan jangan bawa kepada bomoh dengan anggapan kena sampuk, tu saya rasa macam mak bapak yang saya nak hempuk!

#Membebelsayang