Anak kucingmelecur teruk dibakar tiga lelaki kini dipelihara pelakon Mustaqim Bahadon. Kisah seekor anak kucing yang melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di Kajang, Selangor pada April lalu pernah tular dan menggemparkan masyarakat.
Anak Kucing Yang Melecur Teruk Dibakar Tiga Lelaki
Kejadian itu mencetuskan rasa marah orang ramai apabila perbuatan kejam itu tersebar di media sosial. Memetik laporan Harian Metro, kucing itu telah berjaya diselamatkan oleh Nur Nabila Najwa Azman, 27 April lalu.
Video berkaitan kejadian itu menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di parkir motosikal sebuah flat. Dua daripada mereka kemudian menyimbah cecair dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.
“Bermula dengan kisah menyedihkan di jalanan dan tular selepas dibakar, kini Socks dapat kehidupan baharu yang Insya-Allah lebih baik berbanding sebelum ini bersama pemilik baharunya,” kata Nur Nabila Najwa.
Kucing yang dinamakan Socks itu diserahkan kepada pelakon, Mustaqim Bahadon, untuk dipelihara selepas sihat dan kembali aktif.
Najwa bersama seekor anak kucing yang melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di Kajang April lalu yang tular dan mendapat perhatian netizen terutama pencinta haiwan. Gambar Harian Metro
Kini Dipelihara Pelakon Mustaqim Bahadon
“Alhamdulillah, Socks sudah semakin sihat, gemuk dan aktif, malah lukanya juga mengering serta pulih. Perkembangan kesihatannya membuatkan saya gembira dan lebih bersyukur apabila Socks juga sudah mendapat pemilik baharu.
“Walaupun Mustaqim artis (dikenali ramai) tetapi saya tetap membuat tapisan dan temubual untuk memastikan kebajikan Socks terbela.
“Mustaqim orang pertama menyuarakan hasrat mengambil Socks dan banyak membantu daripada awal,” katanya.
Ads
Dalam satu hantaran yang dibuat oleh Mustaqim Bahadon dilaman Instagramnya, pelakon lelaki itu juga begitu teruja membawa pulang Socks ke rumahnya.
Welcome home Socks. Nanti kita jumpa abang dan kakak-kakak @mochaaxlattee Thank you for everything @soniaahorann,” tulis Musraqim.
Katanya, dia berharap dan turut percaya kucing berkenaan akan mendapat kehidupan lebih baik bersama Mustaqim dan beberapa kucing lain milik pelakon berkenaan.
“Selepas keluar wad di klinik veterinar, saya bawa Socks pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama sebelum diserahkan kepada Mustaqim.
“Sedih juga tetapi saya gembira Socks semakin sihat dan dapat pemilik baharu,” katanya.
Ads
Penterjemah swasta itu berkata, dia juga berterima kasih atas sokongan diberikan ramai kepadanya terutama sumbangan dana kos perubatan kucing itu sepanjang dirawat di klinik swasta.
“Terima kasih kepada penyumbang dan saya juga terima banyak sokongan sejak kisah Socks mendapat perhatian. Jasa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya.
“Keadaan Socks ketika ini melegakan hati saya, namun tetap berharap individu yang melakukan perbuatan itu diberikan hukuman setimpal dan kes dapat diadili agar jadi pengajaran kepada orang lain,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah kucing malang berkenaan yang diselamatkan Nur Nabila Najwa atau dikenali sebagai Sonia di media sosial.
Anak mana yang sanggup melihat ibu yang dikasihi ditimpa kesusahan. Jika selama ini, ibulah yang melindungi kita, namun sekiranya melihat ibu ditimpa kesusahan atau keperitan pasti anak akan tampil untuk melindungi.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang payung untuk melindungi ibunya dari terkena hujan sewaktu sedang solat terawih.
Momen yang menyentuh hati ini telah dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok @n0tyourhabibtii dan mendapat reaksi positif dari netizen. Ramai yang tersentuh melihat kesungguhan kanak-kanak ini memayungi ibunya agar tidak dibasahi oleh hujan.
“Dengan berhati-hati, dia mengikut gerakan ibunya bersolat demi memastikan ibunya tidak basah. Murni sungguh hatinya.” – Netizen
Dalam video itu tersebut turut kelihatan jemaah lain dibasahi hujan ketika menunaikan solat terawih di luar masjid sehingga lencun.
Seluruh Malaysia sudah mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh Pasaraya Mydin yang terkenal sebagai sebuah pasaraya menawarkan harga terendah dan mampu milik untuk setiap golongan di Malaysia.
Baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin telah mengungkap rahsia disebalik kejayaannya dalam satu temubual bersama pihak penyiaran radio.
Disebalik liku-liku yang perlu ditempuhinya, tanpa sebarang usaha dan pengorbanan, pastinya sukar untuk dia berada di punca kejayaan. Malah bongkarnya lagi, ada satu kunci kejayaan yang menjadi penyumbang utama kejayaannya sehingga hari ini.
Beliau berkata, mengahwini pasangan yang tepat merupakan kunci dalam bidang keusahawanannya.
Ujarnya, kejayaan yang dikecapi kini bukanlah berasal dari titik peluhnya seorang diri, melainkan ada sosok tubuh yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
Kahwin Dengan Pasangan Tepat – Ameer Ali Mydin
“Kejayaan seseorang usahawan bergantung kepada siapa dia berkahwin, dengan wanita atau lelaki yang tepat. Hal ini kerana anda memerlukan sokongan daripadanya.
“Dia perlu sentiasa berada di sisi dan dia adalah orang yang sanggup berkorban untuk segalanya,” katanya.
“Dalam buku MYDIN: The Untold Story sebenarnya dia ( Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd) yang telah menulisnya. Tetapi anda dapat lihat gambar saya pada bahagian kanan.
“Semua orang berkata, Wah, awaklah orangnya! Sebenarnya tidak, saya bukanlah lelaki itu. Ada seorang wanita bersama saya yang menulis buku itu,” katanya.
“Bukan Berjalan Di Belakang Tetapi Melangkah Bersama”
“Isteri saya juga berkata dia tidak berada di belakang saya, tetapi dia sentiasa seiring bersama saya,” katanya lagi.
Beliau turut berkata demikian dalam satu hantaran di platform media sosial Facebook.
“Berkahwin dengan orang yang betul. Berkemahiran, berpengetahuan dengan idea-idea dan pelbagai pemikiran kritis. Dalam masa yang sama tegas dengan pendirian dan mempunyai daya tahan untuk kejayaan dalam bidang keusahawanan.
“Seorang pasangan yang sentiasa menyokong dan penyayang sepanjang mengharungi perjalanan merupakan sebahagian daripada faktor kejayaan dalam bidang keusahawanan,” tulisnya.
Untuk makluman, MYDIN pertama kali ditubuhkan pada tahun 1957. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat halal terbesar dengan reputasi kukuh dalam industri runcit negara.
Ia telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Mydin Mohamed. Lebih enam dekad, MYDIN terus menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk orang ramai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Zaman sekarang dapat dilihat ramai ibubapa terutamanya yang masih muda sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan bukit. Ini kerana ia merupakan aktiviti yang sering mereka sertai sejak dasri zaman bujang. Malah ada juga yang bertemu jodoh sewaktu menyertqi aktiviti ini.
Seperti sudah menjadi satu trend, sewaktu hujung minggu sahaja ramai yang menghabiskannya dengan aktiviti ini. Malah bagi yang mempunyai kumpulan sendiri, mereka gemar menjelajah seluruh gunung atau bukit di Malaysia demi kepuasan peribadi.
Bagi yang sudah berkeluarga, ada juga menjadikan ini sebagai aktiviti keluarga. Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, pendedahan kepada tumbuhan dan alam menjadi misi utama ibu bapa pada anak-anak.
Baru-baru ini, viral di laman media sosial TikTok apabila seorang bapa yang dikenali sebagai Muhammad Furqan Othman dilihat melakukan aktiviti pendakian ini dengan membawa anaknya yang berusia 5 bulan tanpa menggunakan pengendong atau baby carrier.
Bayi yang berusia 5 bulan bernama Marissa Faitihah Hana dilihat sangat tenang dan tidur sepanjang pendakian tersebut. Hanya melekap kemas di badan bapanya.
Tambah si bapa ini lagi di dalam video perkongsian, anaknya itu akan menangis jika bapanya berhenti lama ketika pendakian. Hal ini menyebabkan mereka meneruskan jalan pendakian dengan lancar.
Apa yang menariknya, bayi tersebut akan mudah menangis apabila berada di dalam rumah berbanding berada di kawasan luar yang lebih tenang dengan alam.
Furqan berkata dia juga pernah membawa anaknya itu mendaki ke tempat paling tinggi seperti di Bukit Broga dan turut mempunyai perancangan ke Gunung Angsi dan Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan.
Dalam ruangan komen, ramai warganet yang kagum dengan Furqan kerana bukan mudah untuk mengendong bayi untuk melakukan aktiviti ini namun ada juga yang menasihatkannya agar berhati-hati sewaktu menjalani pendakian kerana risau bayi terjatuh kerana jalan licin ataupun tiba-tba meragam di dalam hutan.
Ada juga yang teruja dengan apa yang dilakukan ini dan ingin cuba melakukannya bersama anak-anak.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.