Sejuk mata memandang dua insan yang cukup istimewa di mata rakyat. Kelihatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berpelukan bersama anakandanya, Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dua insan yang cukup disayangi rakyat ini menjadi contoh dalam hubungan erat antara ibu dan membuatkan netizen melahirkan rasa kagum dan terharu. Sekeping gambar dengan kapsyen ringkas namun cukup menyentuh hati.
anak ku syurga ku … tempat mama menumpang kasih !
Tidak dinafikan, jiwa seorang ibu yang penuh kasih sayang membuatkan si anak tidak segan silu turut sama melahirkan rasa kasih.
Tidak hairanlah, rata-rata rakyat mengakui Tengku Mahkota ini dilihat sama seperti ayahandanya serta bondanya yang begitu dekat dengan rakyat.
Justeru, Tengku Hasanal turut menjadi ‘pujaan’ hati rakyat Malaysia kerana keprihatinanan selain turut memiliki wajah yang tampan serta murah dengan senyuman.
Melihatkan gambar yang dikongsikan tersebut membuatkan ramai yang tersentuh hati. Tak kurang yang memuji kasih sayang antara ibu dan anak ini.
Sumber: airtangan_tunkuazizah