Sejuk mata memandang dua insan yang cukup istimewa di mata rakyat. Kelihatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berpelukan bersama anakandanya, Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dua insan yang cukup disayangi rakyat ini menjadi contoh dalam hubungan erat antara ibu dan membuatkan netizen melahirkan rasa kagum dan terharu. Sekeping gambar dengan kapsyen ringkas namun cukup menyentuh hati.
Tidak dinafikan, jiwa seorang ibu yang penuh kasih sayang membuatkan si anak tidak segan silu turut sama melahirkan rasa kasih.
Tidak hairanlah, rata-rata rakyat mengakui Tengku Mahkota ini dilihat sama seperti ayahandanya serta bondanya yang begitu dekat dengan rakyat.
Ads
Justeru, Tengku Hasanal turut menjadi ‘pujaan’ hati rakyat Malaysia kerana keprihatinanan selain turut memiliki wajah yang tampan serta murah dengan senyuman.
mazsdnMudahan2 Tuanku Hasanal dpt mmbawa pulang bakal isteri/ bakal menantu Mama nya wanita yg solehah dan dpt mamanya menumpang kasih juga.. aamiinnyrb.. 🤲🤲🤲💙💙💙
sarifah_5267Semoga tuanku mendapat seorang menantu yg dapat menjaga tuanku..yang solehah dan taat kepada anak tuan ku kelak aamiin insya Allah bless❤️😍
Berat mata memandang, berat lagi bahu si ayah yang memikul. Mungkin nampak kejam dan tidak berhati perut, namun si ayah ini tidak punya pilihan lain apabila menempatkan tiga anaknya di sebuah bangsal sebesar reban ayam.
Ini bertujuan mengelakkan ketiga-tiga mereka bertindak agresif. Di situlah dunia dan tempat ketiga-tiga mereka yang dikategorikan lembam dan juga mental berteduh.
Menurut Mamat @ Mohd Zain Idris, 70, dia membina bangsal tersebut berhampiran rumahnya apabila terpaksa mengasingkan ketiga-tiga anaknya itu bagi mengelak bertindak agresif terhadap empat cucu yang tinggal bersama.
Bangsal daripada kayu dan zink terbuang itu menjadi tempat tinggal dua anak yang mengalami masalah mental, Mohd Fakrul Anuar, 46 dan Mohd Aris, 36, serta anaknya lembam Mohd Hanafiah, 34.
Ihsan sedekah orang ramai
Tinjauan Sinar Harian mendapati ruang di bangsal Mohd Hanafiah hanya muat untuk dirinya tidur manakala tempat berteduh Mohd Arif tidak mempunyai pintu.
Mamat berkata, tiga bangsal itu dibina apabila empat cucu berusia 6 hingga 15 tahun tinggal bersamanya dan isteri, Aminah Harun, 55, selepas tiga anak perempuan bercerai dan meninggalkan mereka.
Dua lagi anaknya juga lembam, Nor Albaniah, 27, sudah berumahtangga serta disara suaminya manakala Samsuri, 25, tinggal di dalam rumahnya yang diubah suai dan dipisahkan dengan batu-bata.
“Saya sara 9 ahli keluarga dengan ihsan sedekah orang ramai kerana tak larat untuk bekerja buruh lagi. Mujurlah adik saya yang tinggal sebelah rumah hulurkan makanan setiap hari untuk kami 10 sekeluarga
“Kalau ada beras atau makanan boleh dibuat lauk yang disedekahkan orang ramai, saya masak sendiri,” katanya.
Ulang-alik hantar cucu
Menurutnya, selain menguruskan makan minum empat anak mental dan lembam, dia juga berulang-alik menghantar tiga cucunya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pohon Tanjong dan tadika menaiki motosikal.
“Cucu yang sudah sekolah menengah pergi sendiri ke sekolah. Membesarkan empat cucu ini sudah menjadi tanggungjawab saya, nak harapkan kepada anak-anak bantu, mereka pun saya jaga.
“Mohd Fakrul Anuar kerja cari besi buruk tapi perlu ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu setiap bulan untuk rawatan susulan penyakit mentalnya.
“Mohd Aris yang sering merayau pula setiap bulan perlu disuntik ubat penenang kerana dia agresif,” katanya.
kemurungan selepas ibu meninggal dunia
Mamat berkata, penyakit mental ini dihidapi kedua-dua anak lelakinya itu sejak remaja disebabkan kemurungan kerana ibu mereka yang juga isteri pertamanya meninggal dunia.
“Anak-anak saya tak ada kad orang kurang upaya (OKU) sebab belum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Isteri ada masalah jantung dan tiroid
Menurutnya, isteri yang bekerja sebagai pembantu kantin sering menolongnya menyara keluarga sebelum terpaksa berhenti kerja setahun lalu.
“Isteri saya mempunyai masalah jantung dan menghidap tiroid. Dia pula perlu dibedah pada 25 Mei ini,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga berkenaan juga mendapat perhatian Imam Masjid Mukim Paloh, Muhamad Husin dan menjadi antara asnaf yang sering menerima bantuan zakat dan beras.
Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Mamat @ Mohd Zain 153039270207 atau hubunginya di talian 012-9685549.
Kurang dari sebulan sesi persekolahan baru nak bermula. Mak ayah yang anaknya pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah dah nervous siapkan apa yang patut untuk kegunaan sekolah.
Dalam banyak-banyak hal berkaitan sekolah, yang akan huru-hara hidup mak ayah semestinya melengkapkan buku anak mengikut jadual harian mereka.
Mana tidaknya, nak cari buku latihan satu hal, buku teks satu hal. Kemudian nak pastikan semua buku itu ada, kena buat dua tiga kali pemeriksaan, barulah rasa lega.
Kini tidak lagi! Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook, dia berkongsi cara untuk menguruskan buku anak-anak dengan mudah menggunakan fail berzip mengikut pelajaran. Ia bukan sahaja memudahkan anak-anak untuk melatih mereka mengikut jadual, malah buku yang disimpan juga terjaga dengan rapi.
Contoh boleh diguna pakai utk parents yg anak baru nak darjah 1, kami buat kat si abg qimie dari darjah 1 dan sehingga sekarang darjah 4 alhamdulillah last dia berdikari dan mudah utk dia atoq jadual sendiri :: 😍❤ kongsi dari rakan fesbook jugak
1. Senang anak ikot jadual
2. buku terjaga dan xlunyai
3. xberselerak dan bercampur dalam beg
4. Confirm buku xkan tercicir
Kredit: Raihan rashid
Gambar: Fariha Norbaya
Cara ibu ini diakui oleh orang ramai yang menggunakan kaedah yang sama untuk anak-anak mereka. Walaupun nampak seperti beratkan beg dengan fail tersebut, tapi sedikit sebanyak kita boleh melatih anak-anak menguruskan jadualnya sendiri di masa akan datang.
Siapa sahaja yang tidak berbelanja di pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan harian. Lagi-lagi bila di akhir bulan, hari gaji.
Perkara pertama mesti kita akan membeli barang keperluan untuk keluarga. Apatah lagi jika ada sale, pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya dapatlah berjimat.
Lotus’s tidak dinafikan menjadi pasaraya pilihan pelbagai peringkat umur, boleh dikatakan semua keperluan dan barangan ada dijual di sini. Oleh itu pelanggan akan rasa senang hati untuk membeli belah sama ada di bahagian produk makanan kering dan basah, produk penjagaan bayi, barangan kesihatan, pakaian, kecantikan dan sebagainya. Semua tersedia untuk pelanggan.
Tapi bila kita sering membeli barangan di Lotus’s, rugi sekiranya andai anda tidak menjadi ahli My Lotus’s. Nak-nak lagi pada waktu sekarang ini Lotus’s ada sediakan lebih banyak kelebihan dengan aplikasi baru Lotus’s.
Jadi Ahli My Lotus’s, Lebih Banyak Manfaat
Sebagaimana umum mengetahui sebelum ini penggunaan Clubcard membolehkan pengguna mengumpul dan menebus mata yang terkumpul kepada baucer tunai untuk perbelanjaan seterusnya.
Kini ianya lebih menarik ditawarkan melalui aplikasi baru yang diperkenalkan oleh Lotus’s. Di mana terdapat fungsi baharu yang bermanfaat untuk pelanggan mendapatkan diskaun segera semasa pembayaran dengan menebus mata ganjaran di kaunter pembayaran atau pembelian dalam talian.
Kelebihan ini pastinya membuatkan pelanggan berasa cukup beruntung dan berpuas hati setiap kali membeli belah.
Dikemaskini Secara Automatik
Beralih daripada Clubcard kepada penggunaan aplikasi Lotus’s, semuanya boleh dilakukan dengan sekelip mata. Cukup mudah!
Clubcard kini telah digantikan dengan program kesetiaan My Lotus’s, dan secara automatiknya profail akaun anda telah dipindahkan kepada My Lotus’s. Anda boleh log masuk ke aplikasi Lotus’s dengan mudah hanya dengan nombor telefon mudah alih anda.
Jadi usah tunggu lagi, segera muat turun aplikasi Lotus’s sekarang di http://onelink.to/pzrnt5, sama ada anda adalah ahli clubcard terdahulu atau mendaftar baharu. Jangan lepaskannya untuk menikmati faedah yang ditawarkan.
5 Kelebihan Dan Keistimewaan Menggunakan Aplikasi Lotus’s
Semua dalam satu aplikasi
Aplikasi Lotus’s yang diperkenalkan tampil dengan wajah baharu yang cukup mesra pengguna. Ia dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan seperti pelanggan boleh tebus kupon dan mata ganjaran pada bila-bila masa sama ada di kaunter bayaran atau pun semasa pembelian atas talian.
Selain itu ahli My Lotus’s juga akan menikmati lebih banyak ganjaran, dapat menyemak transaksi dan banyak lagi kelebihan lain, semuanya tersedia di dalam aplikasi Lotus’s untuk manfaat pelanggan.
Akses mudah
Jika anda sebelum ini adalah ahli Clubcard, apa yang anda perlu lakukan cukup mudah. Tiada pendaftaran baru diperlukan. Anda hanya perlu menggunakan nombor mudah alih untuk log masuk ke aplikasi Lotus’s dan sekali gus profail anda boleh dikemaskini.
Manakala untuk pendaftaran baharu, ada langkah-langkah yang perlu dilakukan. Untuk lebih jelas, begini caranya.
Langkah 1 : Muat turun aplikasi
Langkah 2 : Ahli baru, sila tekan ‘daftar sekarang’
Langkah 3 : Masukkan nombor telefon & dapatkan OTP
Langkah 4 : Lengkapkan butiran
Langkah 5 : Tetapkan kata kunci & simpan
Langkah 6 : Log masuk dengan nombor telefon & kata kunci yang telah ditetapkan
Mudah untuk kumpul & tebus mata ganjaran pada bila-bila masa
Ini antara ganjaran yang anda akan nikmati bagi setiap pelanggan yang menggunakan aplikasi Lotus’s setiap kali membuat pembelian barangan. Semuanya secara automatik dan pengguna boleh membuat semakan di dalam aplikasi berkenaan jumlah mata terkumpul dan menebus mata ganjaran. Cukup mudah!
Nikmati diskaun segera
Pelanggan Lotus’s juga boleh mendapatkan diskaun segera di kaunter pembayaran atau melakukan pembelian dalam talian. Ini bermakna pelanggan dapat berjimat dalam setiap pembelian memandangkan mata terkumpul boleh ditebus serta merta.
Tawaran harga & promosi eksklusif hanya untuk ahli
Tawaran harga dan promosi istimewa turut diberikan khusus untuk ahli My Lotus’s. Pastinya ini memberikan lebih nilai penjimatan wang pada setiap pembelian barangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...