“Anak Kita Bukan Robot. Mereka Juga Ada Perasaan.” Bila Anak Masih Menangis Pergi Sekolah, Ini Sebabnya

Share

Jika anak masih menangis apabila pergi ke sekolah tentunya ada sebab yang perlu ibu bapa tahu. Seharusnya pada peringkat usia pra sekolah atau darjah satu, anak itu perlu berasa gembira apabila kesekolah. Ikuti perkongsian oleh Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim boleh dimanfaatkan bersama.


 

Kenapa Anak Saya Masih Menangis Pergi Sekolah ya?
Sebenarnya ada banyak sebab. Dan hanya kita sebagai ibu bapa yang kenal anak kita.

Wafa ni sama macam budak lain yang mood turun naik. Lagi pula kami berada di tempat yang sama, sukar juga nak fahamkan dia – tak boleh masuk ofis Ummi.

3 benda yang buat dia suka sangat pergi sekolah dan semangat pergi sekolah.

1. Sebab dapat naik van sekolah

2. Sebab dapat jumpa kawan

3. Sebab si Apek – kucing ni kami jumpa di Masjid Bukit Jelutong. Sekarang jadi kawan baik Wafa. Apek lah yang buat Wafa tak ngantuk sementara tunggu van. Apek lah yang selalu buat Wafa yang nak nangis tak jadi nak nangis. Yang nak merajuk tak jadi merajuk. Yang nak ngamuk tak jadi nak ngamuk.

Cari pencetus anak suka ke sekolah 

Kepada sahabat dan followers saya yang masih ada anak yang menangis nak ke sekolah, cuba cari sesuatu yang dapat buat dia happy dan semangat.

Kadang ibu ayah sangka mereka nangis sebab takut cikgu lah, sekolah tak menariklah, silibus simple sangat lah, kawan buat lah… Walhal, nak boost up semangat anak-anak itu melalui banyak cara. Dan penyebab anak menangis pun boleh jadi sebab dari rumah contohnya tidur lambat tapi kena bangun cepat. Mak ayah cuti tapi dia kena sekolah dan pelbagai lagi sebab musabab lain.

Anak pun macam kita juga. Nak semangat pegi keje, kita nak tukar handbag baru lah, nak boost up semangat nak pegi cuti dulu lah, nak pakai lawa-lawa, nak ada kawan sekepala lah.. Betul tak kawan-kawan 

Anak kita bukan robot. Mereka juga ada perasan.

Kadang sedih kadang tak semangat kadang boring kadang jemu.. Macam kita juga.

Semoga kita sentiasa bersikap adil kepada anak kita.

*jika anak berhadapan kes serius seperti buli dan penderaan misalnya ini perlukan pendekatan lain ya ibu-ibu. Yang saya kongsikan adalah fasa biasa yang berlaku kepada ramai anak-anak.

Ashikin Hashim