Penyanyi Wany Hasrita kini lebih berhati-hati setiap kali berkongsi mengenai anaknya di media sosial.
Semuanya kerana bimbang penyakit ain yang boleh memberi kesan kepada anaknya. Bercerita soal itu kata Wany, dia mula nampak kesan kepada anaknya bila terlalu kerap berkongsi di media sosial.
“Saya memang kawal perkongsian dalam media sosial sejak dulu. Kalau rasa sudah terlalu banyak saya akan berhenti sekejap.
“Penyakit ‘ain ini memang wujud dan adakalanya apabila saya terlalu banyak berkongsi, kadang-kadang anak akan mula meragam.
“Jadi langkah terbaik adalah jangan keterlaluan apabila nak muat naik mengenai anak dan kawal jenis kandungan yang mahu dikongsi kepada umum,” katanya.
Namun menurut Wany, dia bersyukur kerana anak perempuannya, Aishah Al Iman tidak menjadi sasaran mulut jahat netizen di media sosial.
“Sejujurnya memang saya takut, apatah lagi saya ada kongsikan wajah anak dalam muzik video saya dalam YouTube sebelum ini.
“Namun, tindakan itu dibuat dengan niat baik iaitu sekadar nak kongsi kegembiraan kepada semua, cuma tidak dilakukan secara berlebih-lebihan,” jelasnya.
Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Al Adib Fahmi Harun pada 2022.
Menarik: Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sumber: Kosmo