Perkongsian kisah daripada Encik Hyzer Habeeburrehman dan Puan Sherin Mohd Yasin, mengenai anaknya Heily Jasmine, 4 tahun yang secara tiba-tiba disahkan ada tumor di bahagian otak, seharusnya diambil peringatan oleh setiap ibu bapa agar kita sama-sama mengambil berat terhadap kesihatan anak-anak kita.
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya. Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini.”
Demam Serta Muntah
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke DEMC Specialist Hospital, Shah Alam memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
Ads
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital lain, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada suatu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke DEMC Specialist Hospital sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Tetap Positif
Ads
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeriksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Bila saya melihat keadaan Bubu, jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
Ads
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkasima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan. Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati. Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
Bubu kini semakin ceria dan aktif.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak hospital yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut,” ujarnya di akhir perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahniah diucapkan buat kakak kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin yang telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya pada 26 September lalu.
Syafiqa atau nama lengkapnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin yang juga seorang usahawan dan juara rancangan realiti Gadis Melayu ini turut berkongsi momen ketika menyambut kelahiran bayinya yang diberi nama Ameena Sofeea.
“Ameena Sofea, yang bersih dan jujur.
“Membesarlah anak, menjadi wanita yang kuat dan solehah, yang dapat membahagiakan orang sekelilingmu sayang,” tulisnya di kapsyen.
Bahkan menerusi perkongsian videonya di Instagram, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut memuat naik momen dua anaknya, Zayyan Sufi, 11, dan Zahara Sumayya 8 tahun yang begitu teruja menyambut kelahiran ahli baru yang begitu dinantikan dalam keluarga mereka.
Syafiqa juga turut membingkiskan ucapan paling manis yang menyentuh hati ramai.
“Anak ibu sayang, semua tak sabar nak tengok ‘baby’ adik ni.
“Lama kami tunggu adik, 43 tahun abah tunggu awak. Permata hati kami semua. Amanah buat ibu dan abah, sampai akhir hayat kami,” tulisnya lagi.
Wargamaya turut mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu.
Terdahulu, Disember tahun lalu, Syafiqa berkahwin untuk kali kedua dengan pilihan hatinya, Azhar Othman.
Syafiqa pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada tahun 2012. Namun Zainal Abidin disahkan meninggal dunia pada 2018 akibat kanser darah. Ibu cantik manis ini turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Zayyan Sufi, 11, dan Zahara Sumayya, 8.
Saya mula tanam sayur dah lama, sejak umur 7 tahun saya tolong mak saya tanam cili padi dan sekarang berkebun sayur menjadi antara minat yang mendatangkan pendapatan untuk saya sekeluarga.
Jadi saya ada menanam di laman rumah, walau pun tidaklah seluas mana namun dapatlah juga mendatangkan hasil. Jujur saya katakan, kecil saja keluasan untuk menanam bayam ni, dalam 2 batas pendek ja.
Pun begitu selain sayuran bayam saya ada juga tanam pisang, cili padi dengan keledek. Tapi tu dekat kebun yang lain la, bukan di laman rumah.
Berbeza hobi
Berbicara tentang hobinya ini, Mohamad Amir Amirul Bin Osman sebenarnya mempunyai hobi berbeza dengan isterinya Nor Shafina Binti Abdullah yang lebih berminat dalam bab jahitan.
Pun begitu, walau berbeza hobi dengan suaminya namun turut memberi sokongan dan ringan tulang untuk membantu di kebun jika berkesempatan. Memandangkan masanya sibuk membuat tempahan jahitan.
Biasanya sayur-sayur bayam ni saya jual dekat kedai-kedai runcit terdekat, bila saya free saya jual sendri dari rumah ke rumah.
Jika ingin dianggarkan, tanaman bayam di laman rumah ni sahaja untuk sekali tuaian boleh la dapat dalam RM50-60 ringgit, Alhamdulillah.
Tip Tanam Bayam
Tak susah mana pon, masa nak buat batas tu saya tabur tinja ayam, dengan baja npk 15,15,15. Lepas tu tunggu dalam seminggu camtu dah boleh start tanam.
Sebelum tanam tu saya gaulkan benih bayam tu dengan abu arang untuk tujuan menjarakkan pokok bayam atau tak nak bagi bayam tumbuh terlalu rapat.
Bila bayam usia 1 minggu lebih saya mula bagi baja forliar untuk pokok bayam tu selama 4-5 kali seminggu tiap pagi..dalam masa 20 hari camtu dah boleh tuai dah bayam tu.
Cabaran tanam kali pertama
Mengimbau cabaran mula-mula tanam bayam di belakang rumah, nyata ada dugaanya.
Dulu memang tanam tak menjadi. Ada yang kena makan ulat dengan siput babi, lepastu dengan tanah yang agak berbatu.
Jadi cara saya selesaikannya, terlebih dahulu saya perlu bersihkan seluruh kawasan yang agak semak yang mana mungkin menjadi perumah bagi serangga tersebut.
Maklumlah, waktu mula-mula tanam tu kawasan keliling laman tu agak semak. Bila saya bersihkan semua kawasan tu, ancaman dari serangga tu berkurangan. Pokok bayam pun boleh hidup dengan subur.
Apabila mengalami masalah kesihatan diri, selain mengambil ubatan modern dan berjumpa pegawai perubatan, boleh juga mencuba rawatan alternatif.
Perkongsian ini boleh dicuba untuk beberapa masalah kesihatan. Hanya menggunakan ais dan limau nipis. Boleh cuba perkongsian ini yang tular sehingga lebih 38K share. Ikuti perkongsian dipaparkan di laman facebook puan Amanda Jan .
Bila badan penuh Angin, penuh bisa, beginilah Cara saya menghilangkan Bisa dalam bahan, lenguh sendi, Sakit belakang, Sakit kepala, susah tidur malam Dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan Gangguan makhluk halus..
Cara nya mudah sahaja..
1)Beli 1pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut..
2)Perahkan Limau Nipis@Limau purut dalam 4ke 5 biji dalam baldi
Sebelum Mandi Anda baca:
Al-Fatihah 3x
Al-Ikhlas 3x
Dan Selawat 3x..
Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca Mandi
.Sebaiknya Mandi ini buat bilasan terakhir,Mandi dulu dgn Air biasa baru Mandi Air limau ini..Mula Mandi Dari kepala ,lebih kan siram di belakang tengkuk Dan bahu.
Sekiranya anda Ada gangguan,anda akan rasa seperti angin keluar Dari belakang tengkuk anda..Badan ,kepala akan menjadi ringan..Sekiranya anda sedawa @ muntah selepas Mandi ,nasihat sy dapatkan rawatan Islam berhampiran…
Mandian ini hanya Alternatif dalam merawat Pesakit,buang angin bisa dalam badan.Di sarankan Mandi sebaiknya waktu selepas Subuh Dan selepas Maghrib…Izin Allah inshaaAllah sembuh..Sy baru pas Mandi ,cubalah…Anda akan rasa kesegarannya..
Silakan Share Agar bermanfaat untuk anda semua Aamiin.
Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.