Pertama kali bergelar ibu tentu belum banyak pengalaman tentang penjagaan bayi. Justeru menceduk daripada pengalaman dan ilmu orang lain boleh menjadi salah satu cara untuk ibu memperbaiki ilmu dan kemahiran menjaga dan mengendalikan si kecil.
Pelakon drama, Raja Ilya yang baharu bergelar ibu baru-baru ini ada bertanyakan kepada peminatnya di Instagram berkenaan masalah ruam susu yang muncul di bahagian wajah anak sulungnya, Talita.
Raja Ilya yang kini menetap di Australia di samping suaminya Trent Garrett pastinya risau melihat keadaan muka Talita yang dipenuhi dengan ruam merah-merah.
Pelakon yang baharu menyambut ulang tahunnya yang ke-37 pada 11 Julai lalu bertanyakan kepada peminat Instagramnya tentang ubat semula jadi untuk masalah Milia Rashes atau lebih dikenali sebagai ruam susu di kalangan bayi baharu lahir.
Sebagai ibu sudah tentu Raja Ilya berasa kasihan dan risau melihat keadaan muka bayinya yang baru berusia tak sampai sebulan itu walaupun doktor sudah memberikan ubat dan ramai kenalan di Australia memberitahu ia masalah normal.
Siapa ada remedy untuk millia Rashes on newborn ni ? A.k.a milk rashes.
Bila jumpa doctor they prescribe cream chemical lak .. anyone know natural remedy ?
Kalau tanya orang2 Kat sini semua kata it’s normal memang semua bayi umur 2 minggu akan kena .. baby baby Kat Malaysia pun sama ke?
Sebab Tak pernah lak tengok baby2 dalam family or kawan2 kene .. Kecian lak tengok @talitalovegarrett ni .
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan-rakan artis yang sudah bergelar ibu dan peminat-peminat Raja Ilya berkongsi rawatan dan petua semula jadi untuk masalah ruam susu si comel Talita.
Didoakan semoga Talita cepat sembuh dan tiada lagi ruam merah-merah di wajah comelnya itu.
Sumber: IG Raja Ilya
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini