
Sempena meraikan Aidilfitri yang disambut dalam suasana norma baharu walau kita tidak dapat berkunjung-kunjungan bertemu sanak saudara dan rakan taulan untuk memeriahkan sambutan hari raya kali ini, namun sambutan lebaran tetap juga dirai dalam suasana yang seadanya.
Pastinya ramai antara kita turut bergambar menggayakan baju raya sedondon sebagai kenang-kenangan. Bahkan semenjak di pagi Syawal hingga ke hari ini, media sosial dipenuhi dengan perkongsian gambar-gambar keluarga menggayakan baju raya. Masing-masing cantik dan segak berpakaian tradisional sedondon.
Hal ini tidak terkecuali penyanyi dan komposer terkenal iaitu Hael Husaini yang memilih tema purple sedondon dengan anak angkatnya, Helena Hael.
Perkenal Twin
Namun, apa yang lebih menarik perhatian melalui entry di IG milik penyanyi lagu ‘Hati’ ini, selain gambar sedondon raya bersama anak Helena, turut memperkenalkan dua orang bayi lelaki dengan berpakaian sedondon dengannya.
Dalam kapsyen ringkas Hael ada mengucapkan selamat Hari Raya buat semua dan sempat memperkenalkan anak kembarnya yang diberi nama Haelmy dan Haelman.
Sehubungan dengan perkongsian ini, warganet berasa teruja melihat keluarga Hael. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran anak-anak angkat kembar yang comel.
Bahkan warganet bukan sahaja turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga Hael bahkan ada juga yang sempat menyakat dengan bertanya kepada Hael di ruangan komen bilakah ‘mummy’ untuk anak-anaknya akan ada sama dalam gambar keluarga di hari raya mereka.
Sumber : @healhusaini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
HFMD Jangan Dibuat Main, Kena Ambil Tahu, Doktor Ini Berikan Pesanan Buat Mak Ayah!

Kes HFMD yang semakin meningkat di negara kita ternyata semakin membimbangkan ibu ayah. Mana tidak bimbang bila mana keadaan anak semakin teruk dan demam serta bintik-bintik air semakin menebal pada kaki, tangan dan mulut. Masih tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meningkat jumlahnya dari hari ke hari.
Sedih melihat keadaan anak yang tidak selesa dengan keadaan ini, Doktor Ezairy M.Sallih kongsikan pesanannya buat mak ayah. Jangan pandang mudah!
HFMD (Hand, foot and mouth disease) Jangan dibuat main!
Sejenis jangkitan virus. Hand, foot and mouth disease adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus coxsackie(cox A16) atau enterovirus (EV 71).
Simptom yang perlu diberi perhatian. Perhatikan jika anak-anak anda mengalami gejala seperti:
✔️demam
✔️ruam
✔️ulser dalam mulut
✔️lepuh (blister) pada tapak tangan dan kaki.
✔️hilang selera makan
Ini semua adalah simptom biasa yang ditemui oleh kanak-kanak yang mengalami HFMD. Hati-hati dengan kaedah jangkitan.
HFMD mudah berjangkit melalui beberapa cara. Ia termasuk air liur, cecair daripada lepuh (blister) pada anggota tubuh, sentuhan najis dan juga sentuhan permukaan yang disentuh oleh pesakit seperti alat permainan, alatan di dalam rumah dan sebagainya.
Oleh itu, hati-hati! Kawal dan asingkan anak-anak.
Ini penting. Sebaik sahaja doktor sahkan anak anda mengalami jangkitan HFMD, jangan bawa mereka ke sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak. Ini akan menyebabkan jangkitan mudah merebak kepada kanak-kanak lain.
TIP ELAK SERANGAN HFMD
HFMD (Penyakit tangan, kaki & mulut) bukan lagi suatu penyakit yang ‘rare’ di negara ketika ini, memandangkan serangannya yang semakin rakus terhadap anak-anak kecil di Malaysia.
Jangkitan Enterovirus 71 dan Coxsackie virus A16 ini amat mudah diperolehi. Oleh itu, langkah membendung dan mengelakkannya mesti segera ditangani!
Virus HFMD boleh dan mudah didapati pada:
- Air mata, cecair dan lendir daripada hidung dan tekak.
- Najis pesakit.
- Cecair daripada lepuh atau vesikel pada kulit mangsa.
- Permukaan mana-mana yang ada virus HFMD. Ia termasuk alat-alat permainan, perkakas di rumah, sekolah, taska, kemudahan awam dan mana-mana sahaja!
Nah, begitu banyak kan virus ini mudah diperoleh? Justeru, bagaimana kita harus membendung dan memastikan ianya tidak menyerang anak-anak kita?
Saya beri beberapa langkah bijak untuk mengelak jangkitan ini
- Basuh tangan dengan pencuci dan sabun dengan bersih. Pastikan setiap permukaan, celah-celah jari dan kuku bersih, sebelum dan selepas makan. Juga selepas keluar tandas.
- Elakkan bawa anak kecil ke tempat ramai orang. Jangkitan HFMD amat mudah berlaku di tempat-tempat seperti ini.
- Elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung anda sebelum membasuh tangan.
- Kurangkan ‘close contact’ seperti mencium bayi, kanak-kanak, mendukung anak-anak jiran dan orang lain.
- Elak berkongsi peralatan dengan orang lain terutama yang disyaki mengalami HFMD. Jangkitan juga mudah berlaku.
- Lakukan pembesihan sekerap yang mungkin segala perkakas dan alatan rumah. Ini termasuk perabot rumah, pakaian, katil dan lain-lain.
- Pastikan anak-anak tidak menyentuh dan bermain dengan peralatan di kawasan ramai orang secara mudah. Ini seperti alatan permainan di rumah irang, taman permainan, pusat rekriasi dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini membantu.
Kongsi dan sebarkan jika ianya amat berguna untuk anda dan mereka yang anda sayang.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor prihatin
“Kalau Akak Tak Ada, Tolong Jagakan Anak-Anak Akak Ye.” Photographer Tunaikan Permintaan Terakhir Arwah Ibu Ini. Sebak Lihat Hasilnya!

Kisah ibu yang meninggal dunia usai melahirkan anaknya menjentik emosi netizen beberapa bulan yang lalu. Lebih memilukan, arwah sempat mengambil gambar bersama-sama anak dan suami.
Arwah Ad’lean Nael’da atau lebih mesra dengan panggilan Elin meninggal dunia akibat komplikasi semasa melahirkan bayinya yang keempat. Terbaru, photographer berkongsi gambar photoshoot keluarga tanpa arwah ibu di sisi. Sebaknya tatkala menatap gambar-gambar yang dimuat naik di laman facebook.
Mommy ada kat syurga”
Hampir 6 bulan arwah Ad’lean Nael’da meninggal dunia.. Akhirnya, kami tunaikan amanah arwah Elin utk buat photoshoot anak bongsunya Eva Miranda. Perasaan hiba bila anak sekecil ni tau mommy dia menanti dia, abg dan adik dia di syurga kelak..
Pada 19th April kami dtg ke rmh arwah di Ipoh. Seperti biasa anak2 arwah dengan gembira menyambut kami depan pintu utk photoshoot.. Siap pegang tgn ajak masuk. Tolong angkat brg..?? Aku tak tau nak start mcm mana. Sebut Assalamualaikum pun dah kedengaran sebaknya disitu. Dalam hati berkali-kali aku sebut Ya Allah, aku kena kuat sbb ni amanah. Masa tu bayang suami arwah tak kelihatan lagi. Yg menyambut kami masa tu anak-anak arwah dengan baju princess masing-masing berwarna pink. Masing2 dah excited.
“BABY EVA MIRANDA”
Kalau dulu setiap kali datang utk shoot, muka arwah yg pertama akan menyambut kami didepan pintu sambil tersenyum. Tp hari ni kami dtg, rasa kosong sgt. Kosong sgt-sgt. Selalu kami sampai rmh clients mesti nk tgk baby dulu..Dirumah arwah, kami setup terus setup props dulu. Pura-pura mcm sibuk sgt. Padahal, airmata ni aku tahan dari jatuh mengalir.
“Elin, Kak Zara tak kuat lagi nak tgk baby Ava..??“
“Kak Zara takut Kak Zara nangis ingat awak Elin…”
Intan, salah seorang ahli keluarga datang menyapa kami.
“Kak Zara nk tgk baby Eva”
Aku selalunya mmg tak sabar nk tgk baby.. Tapi kali ni aku seperti mengelak. Bukan sbb tak suka. Tapi aku takut aku akan menangis. Setelah siap setup semua props, tibalah masanya aku kena siapkan baby Eva.
????? Akhirnya mengalir juga airmata ini. Aku cepat2 mengesat airmata ni supaya Intan tak tgk. Dada berdegup kencang sgt sepanjang aku siapkan baby Eva Miranda. Beberapa minit kemudian baru kelihatan suami arwah turun dari tangga. Kelihatan wajah suami tenang sambil tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yg tahu.
Masih aku ingat kata-kata terakhir arwah padaku..
“Akak tau xknp Elin ambil akak & Camora Arts compare dgn photographer lain?”
“Selain props, pic cantik semua, pic lawa, album kualiti, layan baik, mmg Camora Arts the best!”
“Tp plg utama issasss, akak & team Camora Arts tak sombong. Walaupun dh level2 King, shoot artis2, VVIP, org kaya raya & gol elit akak tetap layan rakyat marhaen mcm saya ni elok. X pernah double std. Itu yg buat & fam pilih Akak & Camora Arts”
“Elin harap akak akan kekalkan kehumblean akak & team. In Sha Allah akak akan jadi king dlm industri Maternity & Newborn photography ini”
“Dalam sakit2 pun, akak masih ingat yang lain”
“Nanti ms akak dtg shoot baby Elin nanti, Elin belanja Akak mkn sedap2 skit. Apa yg akak & Camora Arts buat lebih drpd tu. Takat bayaran pakej tu mmg lebih dr berbaloi. Xpnh lg Elin rasa akak layan clients double standard. Sakit2 pun layan kami tip top.”
~ Arwah Elin~
Melihat ramai sgt yg membantu menjaga anak-anak arwah, aku tahu arwah meninggalkan kenangan manis dalam setiap orang yang mengenali dirinya. Sampai satu tahap, aku merasakan arwah benar-benar bidadari syurga.
Semasa baby Eva tengah menyusu, sempat lah kami bertanya pada Intan, mcm mana saat terakhir arwah. Kata Intan, bila dia ingat balik… mmg arwah Elin mcm tau je dia nk pergi. Intan bg tau.. Kalau Intan berborak malam2 dgn arwah, Arwah selalu ingatkan org keliling dia…
“Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye…”???
Even Masa arwah start sakit, walaupun kebanyakkan masa arwah kat bilik. Intan bg tau dlm keadaan sakit arwah gagah buat persiapan brg2 Baby Ava selepas lahir nanti. Arwah mcm dah tau dia nak pergi dah…?? Bila Baby Ava lahir, tak ada apa yg perlu dibeli. Semua dh tersedia??
Alhamdulillah, Shoot berjalan dengan lancar walaupun pada ketika itu kami photoshoot dibuat ketika baby Ava Miranda berusia 5 bulan. Terima ksh utk assistant ku Zamzarina Abdullah kerana berjaya laksanakan amanah ini. Utk pengetahuan semua, kami juga merupakan photographer utk anak arwah Elin yg ketiga selain dari maternity photoshoot.
We re-create the family portrait photos they’d once taken but this time, with her beloved daughter, whom her wife never got to meet.
Al-Fatihah..
Zara Haleena
Owner & Principal
Camora Art
Sumber : Zara Haleena
Laksa Sarawak Enak Rasa Berempah. Nak Buat Pes Sendiri Begini Resipi & Cara Penyediaannya!

Menikmati hidangan laksa Sarawak mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri dengan rasa lemak dan aroma berempah. Jika sebelum ini anda pernah menikmati dan amat menggemari rasanya, tentu teringin untuk mengetahui resipi dan mencuba sendiri untuk menyediakan menu istimewa ini untuk dinikmati seisi keluarga.
Jadi dikesempatan masa yang ada sepanjang PKP 3.0 ini bolehlah dicuba resipi Laksa Sarawak dengan menggunakan pes yang dibuat sendiri seperti mana yang dikongsikan oleh Adnil Sam ini.
Alhamdulillah..Pertama kali mencuba masak Laksa Sarawak.. pes laksa & sambal udang kering buat awal-awal.. Memang sedap dan berbeza dari laksa-laksa yang lain.. Laksa-laksa lain pun sedap, tapi sedap segi lain.. Pada saya, semua menu ada sedapnya tersendiri yang perlu kita hargai keistimewaannya.. yang paling penting masaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang..
Resepi Laksa Sarawak
Bahan-bahan Untuk Pes Laksa:
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
7 tangkai cili kering- rendam air panas hingga lembut *
1/2 inci lengkuas* (potong kecil2)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 biji buah keras *
1 batang serai- hiris nipis*
1/2 inci belacan bakar*
4 sudu besar bijan – disangai
4 sudu besar kacang tanah – digoreng tanpa minyak & dibuang kulit
Minyak masak utk menumis
Gula,perasa dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan Pes Laksa :
– kisar halus bahan2 yang bertanda*
– Sangai dahulu bijan dan kacang tanah hingga garing.. kemudian kisar halus menggunakan pengisar kering..
– satukan semua bahan2 dalam satu bekas dan gaul sebati…
– Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak dan cukup masak dgn api sederhana.. jangan lupa perasakan dengan garam, gula & perasa secukupnya..
Bahan-bahan untuk Kuah Laksa Sarawak:
Pes laksa yang dah siap
500gm Isi ayam
300gm udang saiz sederhana ( cuci udang bersih-bersih dulu kemudian baru tanggalkan kepala dan kulitnya ye.. asingkan isi dan kulit ye…tapi jangan buang kepala & kulit tu..sebab nak guna untuk di rebus nanti)
1/2 bungkus mee hoon dicelur
1 batang serai
300gm pati santan pekat
3 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
1/2 biji bawang besar – potong kasar
2 rumpun akar daun ketumbar- diketuk
Air secukupnya
Cara-cara penyediaan kuah laksa:
– Sediakan periuk yang berisi air lebih kurang 800ml – 1liter.. berapa banyak air bergantung pada anda samada nak kuah pekat atau sederhana.. sebab air boleh juga ditambah kemudian ye jika nampak kuah terlalu pekat… masukkan serai, bawang besar & akar ketumbar.. masak hingga kuah mendidih..
– kemudian masukkan isi ayam.. masak hingga ayam empuk..dan angkat, toskan.. bila ayam dah hampir sejuk carik-carikkan isi ayam… ketepikan..
– Menggunakan air rebusan yang sama, rebus isi udang selama 4-5minit je..angkat toskan & ketepikan..
– seterusnya rebus kulit dan kepala udang tadi.. rebus dalam 15 minit… tutup api..dan tapiskan.. kulit-kulit dan kepala udang tu masukkan dalam blender, tambahkan sedikit air dan blend.. bila dah halus tapiskan air kisaran udang masuk semula kedalam periuk air rebusan tadi…
– hidupkan api semula dan tambahkan pes laksa bersama asam keping.. kacau 5 minit dan masukkan santan pekat.. masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, aji & gula.. sebelum masuk garam rasa dulu ye.. sebab jangan lupa, pes kita pun dah ada rasa..
– sesuaikan rasa.. biarkan kuah hingga sedikit pekat.. siap..
Bahan-bahan pelengkap menu:
Mee hoon – dicelur hingga lembut
3 biji telur ( dijadikan telur dadar yang digulung)
50sen taugey
Cili Merah dimayang – optional
Daun ketumbar
Daun pudina
Limau Kasturi
Bawang goreng
Bahan Sambal Udang Kering Laksa
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 sudu besar cili blend
1 sudu kecil belcan
5 sudu besar udang kering tanpa kulit – di tumbuk
Pes asam jawa secukupnya
Gula
Garam
Perasa
Minyak menumis
Cara Penyediaan Sambal Udang Kering:
– Panaskan sedikit minyak,tumis ke semua bahan2 kecuali air asam,gula, perasa dan garam…
– Masak hingga sambal garing atau pecah minyak..
– Kemudian masukkan air asam dan perasakan dgn, perasa,gula dan garam,tumis lagi seketika dengan api kecil sehingga garing…
Cara hidang Laksa Sarawak:
Celurkan mee hoon hingga lembut…angkat & toskan.. masukkan mee hoon kedalam mangkuk yang sesuai.. masukkan kuah laksa,isi ayam,udang,hirisan telur dadar,sambal ,taugeh ,daun ketumbar,daun pudina,limau kasturi,bawang goreng dan cili merah.
Sumber : Adnil Sam
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club