
Bagus juga perkongsian daripada seorang guru Bahasa Melayu ni, sekurang-kurangnya kita sebagai ibu ayah dapat juga jelaskan dengan anak-anak kita tentang mengeja perkataan yang mereka selalu terkeliru.
Untuk itu, kita hadam dulu formula ini sebelum ajarkan pada anak-anak. Jom semak.
Nak tambah satu K atau dua K?
Ejaan yang mana betul antara “kebanyakkan dan kebanyakan”?
**media[101242]**
Bukan murid je hadapi masalah ni, orang yang dewasa pun hadapi masalah ni taw. Benda ni sangat-sangat penting terutamanya bila menulis karangan.
Markah karangan pasti akan terjejas sebab markah ditolak. Sebab apa? Sebab kesilapan ejaan. Rugi kan? Pasti kita nak elak benda-benda camni. Betul?
**media[101243]**
Jadi aku rasa amat-amat penting untuk aku kongsikan dengan korang tips padu ni. Aku harap benda dapat sedikit sebanyak korang pakai dan guna untuk ajar pada anak-anak dan murid-murid.
**media[101241]**
Aku dah belanja tips padu macam yang dijanjikan, korang tak nak belanja aku apa-apa ke wei? hahahha
sumber : Cikgu Asraf
“Redha Suami Adalah Redha Allah, Minta Lah Maaf Setiap Masa. Lelaki Akan Lembut Hati & Lemah Bila Isteri Kerap Memohon Maaf. “

Lumrah dalam hidup berumah tangga, ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Setiap pasangan tak dapat lagi dari melalui fasa perselisihan faham. Namun sejauh mana anda menyelesaikannya.
Usah terlalu ego dan merendah diri dalam rumah tangga. Tidak salah sesekali kita beralah demi keharmonian hidup. Tapi meminta maaf bukan bermakna kita beralah cuma tidak mahu ia berpanjangan. Justeru, pasangan kena take note.
Ada sesetengah kes si siteri tidak mahu mendengar kata, asyik mahu ikut cakapnya sahaja. Sedangkan dalam rumah tangga kena saling memberi dan menerima. Kalau nakkan suami yang baik, cermin dulu diri kita bagaimana.
Perbaiki mana yang kurang dan tambah apa yang patut supaya sama-sama berjuang dalam kebahagian rumah tangga. Tidak rugi andai suami isteri saling memaafkan antara satu sama lain. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohammed Mohammed Ramzie
menerusi laman facebooknya. Jom baca, moga kita dapat manfaat daripadanya.
U N T U N G ada suami,
Yang ada mata dia jaga pandangan pada pempuan lain.
Ada masa habis 80% masa hariannya dengan majlis ilmu dan ibadah.
Ada tenaga guna utk bangun solat malam untuk Allah.
Ada ilmu, dia sampaikan kat isteri.
Ada ilmu dia selalu usha memperbaiki diri dia dengan Allah.
Utamakan solat di awal waktu.(beejemaah di masjid)
Jaga makan minum anak isteri

Soalan wujud kah lelaki ni ?
Jawapan : Memang wujud. Kadang lelaki macam ni ada dengan kita, tetapi kita tak nampak. Sebab kita tak tahu bersyukur.
Orang tak tahu bersyukur ni, orang yg dah ada segalanya tapi dia masih merasa tak cukup.
Bukan kah Rasulullah di perlihatkan oleh jibrail pada malam israk mikraj yg mana neraka ity paling ramai penghuni nya adalah wanita?

Mereka bukan tak tutup aurat.. mereka bukan tak baca quran.. tapi mereka golongan yg paling ramai dalam neraka, kerana mereka tidak menghormati/mentaati suami mereka.
Kita tak rugi bila kita merendahkan diri di hadapan suami, kerana jika kita fahami point Allah suruh taat suami adalah kita hakikatnya tengah merendah diri untuk mentaati perintah Allah.
Kadang ramai wanita lain di luar sana damba kan suami mcm kita dapat, tapi nasib mereka tak sebaik kita, kita yg bernasib baik ni pula tak bersyukur dgn nikmat yg Allah beri. ( Bertapa buta nya kita untuk menilai keberutungan ahkirat yg Allah sudah sediakan melalui suami yg beriman)

Dalam dunia ni ada 2 sahaja DERHAKA.
1 derhaka ibu bapa.
2 derhaka pada suami.
Lain tak di sebut derhaka.
Jadi lah wanita yg berjaya dunia ahkirat. Kita tak rugi merendah diri dan memperbaiki kesilapan serta membetulkan keadaaan. Orang yg sombong org yg jah dari Allah. Dan mereka kata Allah bukan penghuni syurga.

Kita belum lambat untuk memperbaiki diri, untuk apa kita baiki? Untuk Allah. Mencari redhanya Allah, redha suami adalah redha nya Allah terhadap kita. Itu tanda2 nya…
Ayuh wanita yg beriman, tempat kalian di syurga, jangan kerana emosi ego nafsu anda mencampakkan diri anda ke tempat yang hina.
Kita masih sempat bertaubat dan membetulkan keadaan.sesunguhnya benar Allah menyukai org yang bertaubat…
Minta lah maaf dengan suami anda setiap masa. Tanda anda merendah diri di hadapan Allah… Seorang lelaki akan lembut hati dan lemah bila isteri kerap memohon maaf walaupun dalam keadaan tiba2..

Sumber: FB Mohammed Mohammed Ramzie
Ini Sebabnya Kenapa Tak Perlu Tayang Semua Benda Di Media Sosial. Bahagia Untuk Dirasa Bukan Dipamer. Deep!

Buka sahaja laman sosial penuh dengan status tentang diri , keluarga dan juga kerjaya. Pendek kata, apa juga yang berlaku di sekeliling dikongsikan di media sosial. Keterbukaan tentang hal peribadi pada umum seolah-olah satu kebiasaan kini.
Termasuklah tentang hal rumah tangga, hadiah atau apa jua yang berkaitan dengan diri yang menunjukkan kebahagiaan diri dan keluarga. Berbeza dengan orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan.
Namun kini berbeza, malah ia seolah-olah satu kemestian yang perlu ditonjolkan untuk menunjukkan kebahagiaan masing-masing. Tak salah namun jangn keterlaluan kerana ada baik dan buruknya menayangkan segalanya di laman sosial.
Elakkan dari melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…
1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa
Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial.
Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.
Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.
2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi
Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.
Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.
3. Risau takut masuk kategori RIAK
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri.
Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
4. Tak nak bahayakan kehidupan keluarga
Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.
5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki
Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.
Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.
6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer
Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.
Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.
Sumber: Nakbebel
Sempat Bergambar Dan Muat Naik Kapsyen “I Did It”. Perkongsian Terakhir Sebelum Maut Dihempap Tembok Akibat Gempa Bumi!

Berita kematian seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30, akibat gempa bumi di Lombok menggemparkan masyarakat. Seramai 18 warga Malaysia dalam misi mendaki Gunung Rinjani. Selain Siti Nur, enam lagi cedera manakala yang lain selamat.
Mangsa yang berasal dari Melaka dikatakan parah akibat ditimpa runtuhan rumah yang didudukinya.
Beberapa jam sebelum itu, arwah telah berjaya mendaki Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia. Malah, dia sempat merakam detik tersebut dengan gambar dirinya di puncak gunung tersebut dengan kapsyen I DID IT!!
Ahli perniagaan, Khairul Azim berkata, walaupun tidak mengenali mangsa secara peribadi, dia bertemu dengan kumpulan itu sewaktu sedang mendaki Gunung Rinjani.
Khairul, 32, menyifatkan dirinya sangat bernasib baik kerana dia berada tidak jauh dari lokasi Siti meninggal dunia akibat dihempap tembok runtuhan homestay yang didiaminya bersama kumpulan pendaki lain.
“Saya rasa kami bernasib baik sebab tinggal dalam khemah. Lokasi kami hanya beberapa kilometer sahaja dari lokasi Siti dan kumpulannya,” ujarnya.
Kumpulan Khairul kini berada di timur Lombok dan sedang berehat sebelum memulakan perjalanan keluar dari kawasan itu.
“Kami masih lagi boleh merasa gegaran di Sembalun. Banyak jalan masih ditutup,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Bapa mangsa Ismail Abdul Raffar, 62 memberitahu masih menunggu perkembangan daripada menantunya yang kini berada di Lombok untuk urusan jenazah arwah isterinya itu.
“Kami sekeluarga masih menunggu sebarang perkembangan daripada menantu selain memantau laporan media tempatan dan Indonesia bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara ini,” kata bapa mangsa, Ismail Abdul Raffar, 62 ketika dihubungi.
Ismail juga berkata bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa perkembangan terbaru daripada mana-mana pihak. Malah, dia dan keluarga hanya mampu memantau laporan media tempatan dan Indonesia sementara menunggu maklumat daripada menantunya itu.

Dalam pada itu itu, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Mohamad Rizan Hassan dalam satu perkongsian di facebook menyifatkan arwah seorang pejuang yang mempunyai hati yang ikhlas dalam membantu memberikan peluang kedua kepada golongan muda yang tercicir akademik dan berisiko.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berita kematian rakyat Malaysia Siti Nur Iesmawida Ismail berusia 30 tahun dalam kejadian gempa bumi di Pulau Lombok berskala magnitud 6.4 hari ini amat mendukacitakan seluruh warga belia berkemahiran di Malaysia.
Saya menyifatkan belia berkemahiran kehilangan seorang pejuang yang mempunyai hati yang cukup ikhlas dalam membantu memberikan peluang kedua kepada golongan muda yang tercicir akademik dan berisiko.
Kehilangan besar ini sesuatu yang akan ditangisi dan diratapi oleh mereka yang telah di bantu oleh beliau untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bermakna dengan mendorong kumpulan sasar tersebut memilih bidang teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan kedua untuk berjaya.
Beliau adalah salah seorang kakitangan yang berdedikasi di Miraj Academy, Ampang dan juga merupakan Sukarelawan Belia Berkemahiran di Majlis Belia Malaysia (MBM).
Takziah
Al Fateha
Semoga dipermudahkan urusan membawa pulang jenazah Allahyarhamah Siti Nur Ismawida. Aamiin.
Sumber: SAYS SEISMIK & Mstar