Anak kelas pendidikan khas, bangga pencapaian anak, bapa tak pernah rasa malu. Seorang bapa membuktikan kasih sayang sejati tidak mengenal batasan apabila beliau tidak pernah merasa rendah diri memiliki anak istimewa yang mengikuti kelas Pendidikan Khas.

Anak Kelas Pendidikan Khas, Bangga Pencapaian Anak, Bapa Tak Pernah Rasa Malu

Sanusi Ali, seorang penasihat jualan kenderaan, meluahkan rasa bangga terhadap anak keduanya daripada empat beradik, Muhammad Hazem Sanusi yang kini berusia 13 tahun. Muhammad Hazem didiagnos dengan Disleksia ketika berusia 10 tahun oleh pakar perubatan.

Anak Kelas Pendidikan Khas, Bangga Pencapaian Anak, Bapa Tak Pernah Rasa Malu

Sanusi, 52, yang membesarkan anak-anaknya sebagai bapa tunggal setelah kehilangan  isteri beberapa tahun lalu, berkongsi perjalanan anaknya yang istimewa itu.

“Hazem mula disahkan menghidap Disleksia ketika dia berumur 10 tahun. Saya segera mendaftarkannya di sekolah yang menyediakan kelas Pendidikan Khas bagi membantunya,” katanya.

MUHAMMAD HAZEM TELAH MERAIH ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SESI AKADEMIK 2024/2025. BELIAU MEMENANGI PINGAT EMAS DALAM ACARA 100 METER LELAKI BAWAH 12 TAHUN DENGAN CATATAN MASA 14.87 SAAT.

Selain itu, Hazem turut menyertai pelbagai kejohanan seperti pertandingan petanque Pendidikan Khas jemputan antara daerah Kulim, Kedah, serta kejohanan merentas desa dan olahraga Pendidikan Khas untuk acara 400 meter dan 800 meter.

Anak Kelas Pendidikan Khas, Bangga Pencapaian Anak, Bapa Tak Pernah Rasa Malu

Ads

Walaupun berdepan kekurangan, Hazem tetap bersemangat mengambil bahagian dalam kem jati diri di peringkat sekolah, menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap aktiviti sukan.

Sanusi turut menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan menyedarkan masyarakat mengenai potensi anak-anak istimewa. Beliau percaya bahawa setiap anak istimewa berhak diberikan peluang untuk mengembangkan bakat dan minat mereka sepenuhnya.

Sumber: Sinar bestari.sinar harian

Baca artikel lain juga: Bapa Raikan Hari Lahir Anak Istimewa Hidap Cerebral Palsy Dengan Aktiviti Lasak

Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Ini Tip Penting Pakar Psikiatri Kongsi

Ads

Edry KRU Terkilan Anak Autistik Dilayan Kasar, Jangan Marah, Maki OKU

 

 

Ads

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI