Setiap ibu bapa inginkan anak-anak cemerlang dalam kehidupan. Walaupun ada anak yang tidak menunjukan kecemerlangan dalam pendidikan, tidak bermakna kehidupan masa depan mereka suram.
Ikuti perkongsian saudara Muhammad Yusof mengenai kejayaan seseorang bukan ukaran akademik semata.
Masa tu ada pameran universiti dan kolej kat sekolah aku. Time aku nak masuk kelas aku perasan ada sorang budak kelas belakang duduk bersidai kat koridor, buat muka sedih. Aku tanya kenapa? Dia terasa hati sebab akak yang jaga booth tu bagitau daripada banyak-banyak universiti dan kolej yang buat pameran, 1 kolej je yang layak dia masuk.
Dia kata sedihlah cikgu..
Aku faham perasaan budak-budak kelas hujung ni. Dorang bukan takde usaha tapi mungkin its above their limit.
Ads
Budak kelas belakang ni dorang bukan tak bagus sebab dorang inilah yang paling mudah sekali nak tolong cikgu kalau kita mintak tolong buat kerja.
Budak kelas belakang jugaklah yang rajin tegur dan salam cium tangan cikgu kalau jumpa dorang kat luar berbanding kelas pandai. Kadang budak kelas pandai jumpa cikgu buat tak tahu je. Cikgu-cikgu mesti pernah lalui benda ni kan?
Dah, dah, aku kata jom masuk kelas dulu.
Ads
Dalam kelas aku basuh sikit otak dorang satu kelas. Aku kata dalam hidup ni belajar sangat penting kerana istilah belajar takkan habis. Belajarlah selagi nyawa dikandung badan. Tapi itulah, kadang-kadang kita nak push dorang lebih-lebih pun kita tahu level dorang kan. Paling penting budak kelas belakang ni janganlah kita merendah-rendahkan dorang sebab kita pun tak tahu 20-30 tahun lagi dorang akan jadi apa. Mungkin kat sekolah dorang dianggap corot, loser, tak guna tapi 20-30 tahun lagi mana tahu dorang akan jadi orang kerja baik-baik yang membantu masyarakat dan negara, kita pun tak tahu, kan?
So, nak naikkan semangat dorang, aku bagitau dorang tak semua benda dalam dunia perlukan bakat dan kepandaian. Takde bakat dan kepandaian pun korang boleh buat benda ni, antaranya:
1. Sentiasalah menepati masa.
2. Sentiasa hormati guru dan orang yang lebih tua.
3. Sentiasa berakhlak baik.
Ads
Tak payah nak buat banyak-banyak benda, cukup 3 benda ni korang buat, percayalah semua orang akan suka pada kita.
Aku perasan budak yang sedih tadi nampak senyum cikit dah.
Aku cuma nak dorang rasa bahawa tak semua kebahagiaan dalam dunia ini adalah hasil daripada bakat dan kualiti akademik. Pandai mana sekalipun kita tapi kalau lupa jasa cikgu-cikgu yang ajar kita pun tak guna jugak, kan? Betul tak?
Penggunaan cuka di dalam masakan, semua antara kita sedia maklum. Bukan sahaja digunakan untuk menyediakan menu masakan tradisi, malah di negara-negara Barat juga menggunakan cuka ini dalam pelbagai jenis masakan.
Pun begitu, ada 8 lagi kegunaan lain cuka yang boleh dipraktiskan oleh ibu-ibu dalam mengurus hal rumah tangga. Nak tahu apakah dia, jom baca sampai habis!
Membunuh rumpai
Jangan tak percaya, cuka juga boleh digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh di laman rumah anda. Cara penyediaannya cukup mudah. Anda boleh terus tuangkan cuka di atas rumpai yang hendak dimusnahkan. Tahap asid yang terkandung dalam cuka itu akan merosakkan tumbesaran rumpai tanpa merosakkan kualiti tanah.
2. Cegah semut
Semut memang tidak suka terhidu bau cuka. Oleh itu sediakan bancuhan 1 bahagian cuka bersama satu bahagian air. Semburkan pada bahagian laluan semut sama ada di dalam rumah mahu pun di luar rumah. Hakikatnya semut tidak akan mati, tapi akan menghindari dari kawasan yang telah disemburkan cuka tadi.
3. Bunga dalam pasu bertahan lama
Umumnya kita suka menghias bunga segar di dalam rumah untuk diletakkan di atas meja makan dan sebagainya. Untuk memastikan bunga kekal segar dan tahan lama menurut Gardening Know How, campurkan 2 sudu cuka dan 1 sudu gula di dalam 1/2L air. Siap bancuhan tersebut, barulah letakkan jambangan bunga.
4. Membersihkan kesan karat
Jika perkakas memasak seperti pisau, sudu malah alatan berkebun cangkul, gunting dan sebagainya sudah mula berkarat, apa solusinya? Mudah sahaja ambil cuka dan rendamkan semua perkakas tersebut di dalam cuka semalaman. Kemudian keesokannya sental dengan berus dawai dan lihatlah hasilnya perkakasan kembali bersinar macam nampak baharu.
5. Bersihkan permukaan tile
Cuka juga merupakan bahan terbaik untuk mencuci permukaan tile kediaman anda. Basahkan keseluruhan permukaan lantai dengan air terlebih dahulu dan tuangkan cuka secara merata. Biarkan 30-60 minit (tapi jangan sampai kering) dan gosok. Kotoran paling degil pun akan berjaya dibersihkan.
6. Bersihkan pasu lama
Cuba tengok pasu di luar rumah anda, mungkin sudah kelihatan kusam. Cara untuk mengilatkannya? Tak perlu guna sabun, gunakan cuka sahaja. Sediakan bancuhan 1 bahagian air bersama satu bahagian cuka. Rendamkan pasu di dalam bacuhan tersebut 30-60 minit, dan sental. Kotoran serta tindak balas miniral yang terhasil pada permukaan pasu yang nampak putih-putih tu akan bersih dengan mudah.
7. Cuci tangan lebih bersih
Ramai antara kita lebih selesa melakukan tugas-tugas membersihkan rumah tanpa menggunakan sarung tangan. Ini sebenarnya anda memberi peluang risiko yang tinggi untuk anda mendapat alahan. Cucian dengan air bersih sahaja tidak mencukupi. Anda perlukan sabun atau lebih baik cuci tangan dengan cuka. Ia ibarat anda sterill tangan selepas melakukan kerja-kerja pembersihan.
8. Menyegarkan sayuran
Jika sayur yang dibeli di pasar kurang segar, cubalah rendamkan sayur tersebut bersama rendaman air yang dicampur dengan sedikit cuka. Hasilnya sayur yang hendak dimasak terlihat kembali segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahniah diucapkan buat pempengaruh dan usahawan, Irine Nadia yang telah selamat melahirkan anak kelimanya semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Irine menerusi Instagramnya dengan memuat naik beberapa keeping momen berharga ketika kelahiran anak kelima itu.
Paling mengharukan kata Irine, bayi comel itu turut disambut oleh suaminya ketika berada di dewan bersalin.
Irine meluahkan rasa syukur, tambah-tambah lagi impian dan doanya untuk bersalin tanpa koyak dan jahit ini dimakbulkan Allah SWT!
“13 August 2024 | Selasa.MashaAllah Tabarakallah, selesai sudah perjuangan “pertaruhkan nyawa” kali ni untuk cahaya mata kami yang ke-5.
“Dapat merasa bersalin normal tanpa koyakan dan tanpa sebarang jahitan kali ni antara salah satu impian ibu, Allah kabulkan permintaan ni. Ni lah antara doa yang paling kerap ibu doa selepas solat,” katanya berkongsi.
Berkongsi cerita kisah kelahirannya kali ini, akui Irine kelahiran kali ini cukup berbeza dengan keempat-empat anaknya sebelum ini.
Dia yang sudah pun mengalami bukaan serviks 3cm tetapi tetap tidak menunjukkan tanda-tanda bersalin, sama seperti kelahiran anak pertamanya dahulu.
“Kisah bersalinkan baby#5 kali ni berbeza dengan kakak-kakak dah abang-abangnya. Ada yang cakap makin ramai anak, makin cepat bukaan cm nya, tapi rupanya berbeza dengan kali ni mungkin sebab gap nya jauh 6 tahun, so dia jadi lambat bukaan macam ala-ala yang pertama normal dulu.
“Kalau anak sebelum ni, tanda nak bersalin —- rasa sakit contraction yang kerap, sampai-sampai hospital dah ada bukaan 4-5cm, then terus masuk labour room. Tapi kali ni? 3cm pertama stuck 2-3 hari, no progress. Sama tang tu jugak, sampai ibu confuse, blur.
“Ahad malam – admit hospital sebab dah ada bukaan 3cm tapi contraction takde. Isnin pagi – ibu minta discharge, nak bedrest dekat rumah. Dr bagi seminggu masa tengok macam mana.
“Selasa pagi – tengah sedap tidur, tiba-tiba rasa ada air suam-suam panas mengalir. Tengok baju basah, “air ketuban ke ni?” . Sampai call mak tanya, “mak, air ketuban tu macam mana”
“Bergegas ke hospital, then masuk emergency terus. Air ketuban dah habis masa buat CTG. Terus tolak ke labour room. Bermulalah perjuangan mempertaruhkan nyawa yang sebenar,” kongsinya.
Tambah Irine lagi dia dan suami paling bersyukur malah terharu kerana suaminya berpeluang menyambut kelahiran bayi kelima mereka.
“Si Ayah happy sangat kali ni sebab doktor offer untuk sambut baby. Untuk baby#5 ni, ayah sendiri yang tarik keluar baby dari awal. Kenangan mahal bagi kami berdua. Tq Dr Kham from Hospital Andorra,” tulisnya.
Trending mengenai minyak masak naik harga. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mengenai keperluan barang paling utama ini.
Setiap hari pasti minyak masak akan digunakan untuk memasak juadah keluarga. Cakna mengenai hal ini, Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim berkongsi pandangan solusi memasak tanpa menggunakan minyak yang banyak.
Ikuti lanjut mengenai coretan beliau dari aspek sains mengenai cara masakan yang lebih selamat menggunakan perkakasan masak modern.
Memandangkan harga minyak masak telah meningkat lebih daripada 43%, maka kita sudah patut mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng. Antara alternatif yang praktikal adalah dengan menggunakan penggoreng elektronik aka air fryer. Sebelum anda berhajat untuk membeli satu, jom baca ulasan yang saya pernah kongsikan dulu.
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan. Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak. Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
Bagaimana air fryer berfungsi?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam. Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa). Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang, membakar (biskut dan kek) dan juga boleh mendapatkan hasil telur rebus tanpa menggunakan air! (boleh lihat di ruangan komen antara hasilnya).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
Antara kebaikkan air fryer adalah:
– Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
– Masa memasak dapat dipendekkan
– Pelbagai guna (mini oven)
– Mudah digunakan (digital vs analog)
– Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
– Kurang berbau masakan
– Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
– Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
– Kanak-kanak juga boleh menggunakannya dengan mudah apabila dilatih dengan betul
Adakah memasak dengan air fryer adalah lebih sihat jika dibandingan dengan kaedah memasak yang lain?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Tip Cara Masak Lebih Selamat
Benarkah memasak dengan air fryer boleh menghasilkan bahan kimia punca kanser?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...