Meruntun jiwa kala melihat perkongsian yang dipaparkan oleh Heliza Helmi di paparan instagramnya mengenai kisah anak-anak di Gaza. Terbaharu, Heliza berkongsi duka apabila seorang kanak-kanak berusia liam tahun meninggal dunia tanpa keluarga di sisi.
Menurut Heliza Helmi, kanak-kanan berusia 5 tahun ini mengidap tumor di otak dan terpaksa dipindahkan ke Tebing Barat kerana hospital di Gaza kekuraangan pakar.
Lebih menyedihkan ketika menghembuskan nafas terakhir, keluarga tiada sisi lantaran pihak berkuasa tidak membenarkan keluarga mengiringinya ketika melakukan pembedahan.
Begitulah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Moga arwah adik ini tempatkan dikalangan orang yang beriman. Moga perkongsian ini menjadi pedoman buat kita muhasabah diri.
Damailah kamu di sana sayang…
Aisha Lulu baru sahaja berusia 5 tahun dan berasal dari Gaza.
Anak kecil ini menghidapi tumor di otaknya. .
Disebabkan kekurangan kepakaran hospital di Gaza untuk merawat pesakit kanser (akibat pengepungan pihak Israel), Aisha terpaksa dipindahkan ke Tebing Barat untuk mendapatkan rawatan di sana.
Lebih kejam, pihak Israel enggan membenarkan ahli keluarga Aisha untuk berada bersama-samanya, menyebabkan Aisha dipindahkan bersendirian tanpa keluarganya bersama dengan seorang wanita asing yang sukarela untuk menjaganya.
.
Apa yang berlaku?
Aisha telah pergi buat selamanya akibat komplikasi yang dialaminya selepas pembedahan.
Apa yang lebih merobek dan menyayatkan hati, menurut sumber-sumber yang berada bersama-sama Aisha ketika itu mengatakan Aisha meninggal dalam tangisan, tidak mampu bercakap dan seorang diri tanpa keluarganya di sisi.
Ya Allah BANTULAH MEREKA.
Hulurkan sedekah di bulan Ramadan
Salurkan sumbangan peduli ummah kalian melalui akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia :
Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826
Sumber : @cintagazamalaysia@nadiralnuri