Jangan ambil kisah! Sebagai ibu bapa, anda perlu mengenal pasti tanda bahaya bila anak jatuh terlentang, jatuh kepala belakang atau depan yang boleh mengakibatkan berlakunya gegaran otak.
Gegaran otak adalah kecederaan otak traumatik ringan (traumatic brain injury, TBI) yang disebabkan oleh trauma pada kepala akibat terjatuh, kemalangan kereta atau kecederaan sukan.
Hentakan kepala bayi jenis ini membimbangkan kerana ia menyebabkan otak mengalami kesukaran kognitif sementara dan boleh mengakibatkan hilang kesedaran.
Bagi kanak-kanak kecil, gegaran otak boleh menjadi masalah utama kerana bayi atau kanak-kanak tidak dapat menggambarkan perasaan mereka. Ini bermakna ibu bapa perlu memantau dengan teliti sebarang gejala dan kesan gegaran otak pada bayi.
Malangnya, adakala simptom gegaran tidak selalu berlaku secara serta-merta selepas terjatuh atau kemalangan. Ia mungkin berlaku selepas beberapa jam atau beberapa hari kemudian.
Berikut antara beberapa simptom dan gejala yang boleh anda perhatikan pada anak, seperti:
Gegaran otak bayi
* Menangis apabila anda menggerakkan atau memusingkan kepala bayi
* Meragam
* Perubahan mendadak dalam tabiat tidur bayi, seperti tidur lebih banyak atau kurang daripada biasa
* Muntah tanpa sebab yang kukuh
* Benjolan atau lebam di kepala
Ads
Gegaran otak pada kanak-kanak kecil
Terdapat perbezaan antara hentakan kepala bayi dan kanak-kanak kecil. Ini kerana kanak-kanak kecil mempunyai kognisi dan kemahiran lisan yang lebih baik. Anak mungkin boleh memberitahu simptom atau sekurang-kurangnya memberikan petunjuk bahawa mereka mengalami sesuatu yang luar pelik.
* Sakit kepala
* Loya atau muntah
* Perubahan tingkah laku
* Perubahan mendadak dalam tabiat tidur, sama ada lebih atau kurang
* Menangis berlebihan tanpa sebab
Ads
* Hilang minat bermain, makan atau melakukan aktiviti kegemaran mereka
Gegaran otak pada anak 2 tahun ke atas
Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 2 tahun selalunya boleh menyuarakan bahawa mereka mengalami gejala luar biasa atau memberitahu diri terjatuh dengan kuat.
Tanda bahaya anak jatuh terlentang adalah:
* Pening atau ada masalah keseimbangan
* Penglihatan berganda atau kabur
* Kepekaan kepada cahaya dan bunyi
Ads
* Mudah mengelamun
* Sukar fokus dan mengingati peristiwa baru terjadi, kekeliruan
* Perubahan mood – seperti cepat meragam, kebimbangan, kesedihan atau kegelisahan
* Mengantuk, sukar tidur atau perubahan lain dalam corak tidur
Bilakah anda perlu membawa mereka untuk pemeriksaan doktor atau menghantar ke bilik kecemasan? Perhatikan anak anda dengan teliti untuk simptom yang disenaraikan di atas.
Jika si kecil terjaga, aktif dan kelihatan seperti biasa, anak anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah.
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mungkin mengalami gegaran otak atau tanda pendarahan dalam kepala bayi, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Ini amat penting jika anak:
* Muntah-muntah
* Hilang kesedaran selama lebih dari 1-2 minit
* Sukar untuk disedarkan
* Mempunyai sawan
* Anak mata si kecil mengembang atau tidak simetri selepas kecederaan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak semalam tular di facebook yang memaparkan gambar nasi putih dan kuah tanpa lauk yang diberikan kepada murid dibawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Ekoran itu, wargamaya terkejut dengan dakwaan itu dan memberikan pelbagai komen dan rasa tidak puas hati.
Prihatin dengan permasalahan itu, menerusi facebook milik Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin pantas memberi respon hari ini.
Katanya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius hal ini dan sedang menyiasat dakwaan itu.
“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).”
“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat. KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.”
Netizen luah rasa syukur tindakan pantas pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terdahulu, semalam seorang pengguna faceboonya meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapati bantuan bekalan makanan RMT yang diberikan kepada cucu saudaranya tidak mempunyai lauk sebaliknya hanya kuah sahaja. Ia menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak walaupun sudah semakin membesar dan punya adik-adik namun jauh disudut hatinya, dia pasti rindukan belaian dari ibu dan ayah.
Terkadang mak ayah tak perasan akan hal yang semacam ini. Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah jangan terlepas beberapa tanda ini. Anak rindukan belaian dari kedua orang tuanya.
7 tanda-tanda anak sedang nak bagitahu yang dia rindu & mahukan perhatian kita
1. Dia kerap panggil kita dan minta kita tengok dia buat apa.
2. Dia ajak kita teman dia bermain.
3. Dia tiba-tiba boleh datang peluk kita.
4. Dia minta kita suap dia makan walaupun dah besar.
5. Dia nak bercerita sesuatu pada kita. Kadang kisah kawan dia, kadang kisah dia masa kecil.
6. Dia kemas mainan sendiri tanpa di suruh lepas tu tanya kita “bangga tak?”
7. Dia bawa sikat datang minta kita sikatkan rambut dia.. setiap anak ada bahasa rindu masing masing.
Jadi mak ayah jangan buat tak kisah bahasa badan yang ditunjukkan anak ini. Kadang mereka tidak pandai meluahkan rasa hati namun perhatikan tanda-tanda ini.
Biar kasih sayang tetap sama biarpun anak sudah besar!
Baru beberapa hari memasuki tahun baru, pasti ada antara ibu bapa yang tengah rancang percutian bersama keluarga kan. Mungkin plan yang dibuat sebelum ini tak menjadi, memandangkan pelbagai perkara melanda negara.
Sekarang boleh menarik nafas tenang dan teringin juga nak merehatkan diri sambil membawa anak-anak bercuti kan. Tetapi, jangan abaikan sesi persekolahan terutama yang mempunyai anak yang sudah bersekolah.
Titipan pesanan daripada penceramah, Ustaz Don daniyal Don Biyajid ini patut dijadikan panduan bersama.
Menerusi Instagramya, Ustaz Don memuatnaik gambar kalender percutian tahunan yang dirancang isterinya, Dr Husna Zahry untuk mereka sekeluarga mereka tanpa mengabaikan sesi persekolahan anak.
Isteri saya hantaq msg. Bagi gambaq ni (Gambaq1). Untuk kami plan cuti sebab sekarang dh ada anak sekolah rendah.
Bukan macam dulu. Cuti ikut dan saja. Rasa nk cunggit, cunggit teruih. La ni x boleh la. Kena hormat sekolah anak.
Walupun la ni sejak-sejak ligat internet ni orang mula rasa sekolah tak penting sebab dok dengaq macam-macam pihak dok motivate, tapi pendirian saya, sekolah tetap penting. Banyak saya belajaq di sekolah. Terutamanya berkawan dan bergaul serta hormat orang.
Dalam pada itu, Ustaz Don mengingatkan dalam bergembira untuk bercuti jangan dilupa tarikh yang cukup penting iaitu hari kelahiran nabi Muhammad Saw
Jadi, saya pun, tengok la satu per satu sekali lalu. Bila mai tang bawah, saya terberenti dan renung lama. Sampai menangih sebab terharu (Gambaq 2) . Rakyat Malaysia, walauapa pun orang nak kata lepaih baca post saya ni, saya tetap yakin macam mana saya yakin sekolah bagi manfaat, saya sangat yakin, BIRTHDAY RASULULLAH ﷺ sangat dekat di hari kita.
And i tell you, إنْ شَآء الله selama mana kita sentiasa mengutamakan menyambut, meraikan, memeriahkan, bagi cuti, bercuti, buat majlis ilmu, menghidupkan dan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad ﷺ , saya yakin dan pasti, إنْ شَآء الله Malaysia dan rakyatnya sentiasa dalam pemeliharaan Allah Azza Wa Jalla. . Ya Allah, tolong pelihara Malaysia dan rakyatnya dan semua ummat Nabi Muhammad ﷺ dari segala bala dan fitnah akhir zaman dengan berkat nama Mim Ha Mim Dal Nabi Muhammad ﷺ . آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين . . Sollu ‘Alan Nabi.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...