Anak jalan berjengket atau mengangkat kaki belakangnya sepanjang berjalan sebenarnya mempunyai masalah fizikal dan tidak normal untuk perkembangan mereka. Ibu bapa perlu mengambil tindakan awal dan jangan anggap ia perkara biasa.
Mungkin dilihat comel namun banyak sebenarnya fakta yang ibu bapa perlu tahu tentang cara gaya berjalan berjengket ini.
5 Kemungkinan Anak Selalu Berjalan Menjengket
Langkah pertama ibu bapa boleh buat ialah semak perkara-perkara ini :
1. Adakah mereka menjengket setiap kali ketika berjalan?
“Berjalan je mesti nak jengket”
2. Ada kekejangan otot kaki.
“Nampak macam sakit je bila jalan”
3. Adakah anak anda berjalan dengan gaya pelik atau awkward.
“Lain macam je cara dia jalan kan, abang?”
4. Adakah tapak kaki dia tak ada lekuk.
Di tapak kaki kita ada arch yang membantu untuk keseimbangan badan.
Boleh check kaki masing-masing.
Ads
5. Adakah dia jalan jengket sebab habit atau sengaja buat macam tu.
“Suka nak buat-buat jalan jengket la Zara ni”
Sebenarnya ada beberapa sebab jalan menjengket. Kita analisis sikit.
– Tanda masalah fizikal seperti motor skills disorder.
Atau shortening of muscles around ankle due to early exposure to walker when babies.
Sebab itu di Kanada, walker dilarang diguna untuk bayi.
– Tanda berkemungkinan ada masalah kelewatan perkembangan bahasa (speech delay)
Ada kajian dalam skala kecil (small study) menunjukkan perkaitan antara tip toe walking dengan perkembangan bahasa.
Ini ada kaitan juga dengan sensory development seperti movement, balance and coordination.
Ads
“Apa yang ibu bapa lakukan jika menyedari anak anda jalan menjengket?”
1. Jika disebabkan masalah fizikal, motor disorder dan otot, boleh rujuk kepada physioterapist dan occupational therapist (ortho setting)
2. Jika ada tanda lain seperti speech delay, sensory processing disorder, semak carta perkembangan kanak-kanak.
Available online. Free. Jika benar lewat daripada umur yang sepatutnya, berjumpalah terapis pertuturan bahasa berhampiran anda untuk assessment dan intervention.
Dan jika ada tanda-tanda sensory processing problem, rujuk terapis carakerja berhampiran untuk assessment dan intervention.
3. Jika anak anda berjalan berjengket sebab suka-suka dan habit.
Percayalah, tingkah laku ini akan faded over time. Insha Allah. Ia perkara biasa bagi kanak-kanak untuk belajar keseimbangan badan.
Tips penting! Bawa anak anda keluar untuk aktiviti sensori bersama alam.
Ads
Tanggalkan kasut. Pijak rumput Berjalan atas pasir Masuk dalam air Lompat atas lumpur
ZARINA ANJOULIE atau lebih mesra dengan Anju, rajin berkongsi pelbagai jenis resepi di akaun Instagramnya. Antara jenis resepi yang sering dikongsikan adalah resepi makanan kesihatan.
Bukan itu sahaja, Anju juga sering mengiklankan produk-produk kesihatan.
Menerusi video yang dihantar di akaun Instagramnya semalam, Anju berkongsi dia mengambil seulas dua bawang putih mentah sebelum tidur.
Yang paling menarik, Anju mengambil bersama air “detox” yang mengandungi halia, lemon dan daun ketumbar.
Anju berkata dia sering mencuba resepi yang dikongsi oleh orang lain di Tiktok. Tambahnya, resepi-resepi yang dicuba bagus untuk kulit. Katanya, memang ada dijual dalam bentuk pil tetapi dia lebih suka yang “hidup”.
Sedikit info mengenai bawang putih ia dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.
Tanaman bawang putih kurang sesuai di Malaysia kerana negara kita mempunyai iklim yang lembab dan kerap hujan. Oleh itu, tanaman bawang putih mudah untuk diserang penyakit.
Negara yang menjadi pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun dan diikuti dengan India iaitu sebanyak 4%.
Anju turut berkongsi KHASIAT BAWANG PUTIH mentah di ruangan kapsyen;
-Bawang putih boleh membantu melindungi daripada penyakit, termasuk selesema biasa
-Sebatian aktif dalam bawang putih boleh mengurangkan tekanan darah
-Bawang putih meningkatkan tahap kolesterol, yang mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung
-Bawang putih mengandungi antioksidan yang boleh membantu mencegah penyakit Alzheimer dan Demensia
-Membantu menyahtoksik logam berat dalam badan
Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi KEBAIKAN KUNYIT untuk;
-Keradangan
-Keadaan mata degeneratif
-Sindrom metabolisme
-Sakit sendi
-Hiperlipidemia (kolesterol dalam darah)
-Kebimbangan
-Sakit otot selepas bersenam
-Kesihatan buah pinggang
Tular di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Ishak menjaga kedua ibu bapa yang sakit terlantar atau (bedridden).
Menurut Aisyah ayahnya sakit saraf sejak tahun 2021 manakala si ibu pula diserang strok mini pada tahun 2022.
Tidak dapat dinafikan menjaga pesakit yang terlantar bukanlah satu perkara yang mudah.
Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkat mereka tambah lagi jika ingin membersihkan badan atau ke tandas.
GUNAKAN KEMUDAHAN UNTUK BERGERAK
Aisyah berkongsi akaun TikTok miliknya cara dia menguruskan kedua ibu bapanya yang terlantar dengan menggunakan ‘hoist crane’.
Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat Aisyah menggunakan alat kawalan tersebut untuk membantunya mengangkat dan mengalihkan ibunya dari atas tilam ke kerusi roda.
Walau bagaimanapun, Aisyah juga memerlukan bantuan daripada abangnya yang turut menjaga kedua ibu bapanya setiap kali ingin memasukkan ibu ke dalam kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian, menerusi video lain yang turut dikongsikan olehnya Aisyah menunjukkan dia juga ada membina katil DIY bersaiz queen dengan menambah roda untuk memudahkan dia menguruskan ibunya.
Dia menjelaskan bahawa alat kawalan hoist crane itu turut dibeli di atas talian.
“Hoist crane tu saya beli di Shopee, lepas tu minta tukang rumah pasangkan,” jelasnya yang juga merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melihat di ruangan komen, ramai yang rasa tersentuh melihat kegigihan Aisyah dan abangnya menjaga kedua ibu bapa mereka.
Di ruangan komen terdapat yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama.
Ada juga yang memuji mereka orang yang hebat kerana tidak semua orang mampu menjaga ibu bapa sama ada dari segi fizikal, kewangan dan masa.
“Aku tengok video TikTok ni mengalir air mata jantan aku..”
“Saya jaga nenek saya sekarang macam ni lah, dia tak ada sakit kronik cuma dia tak ada kaki sebelah je. Setiap kali buat pemeriksaan macam nilah saya angkat sorang….”
“Saya tahu macam mana rasanya jaga orang sakit.. saya pernah rasa jaga adik strok, nak angkat punya payah sebab badan dia tak ada daya”
Tular beberapa hari ini tentang kisah dua beradik yang termakan keropok bercampur racun tikus. Dikatakan keropok yang digantung di kebun itu telah dicampur dengan racun untuk memerangkap monyet yang merosakkan tanaman.
Malangnya, keropok tersebut menarik minat dua beradik, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun dan Muhammad Luth Syauqi, 2 tahun untuk memakannya. Mereka dilaporkan kritikal selepas makan keropok itu yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.
Malangnya, anak sulung dari dua beradik itu telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pagi Rabu. Hal ini telah disahkan oleh ibu mereka, Nurain Hasnorizal dan pemergian Akil adalah semasa dia menerima rawatan.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok Dr Say Shazril, dia mengatakan terdapat dua komponen merbahaya di dalam racun tikus seperti yang diperakui oleh Pusat Racun Negara. Dua komponen tersebut adalah Zinc Phosphide dan Antikuogulan.
Jelas Dr Say, Zinc Phosphide apabila tersentuh air atau asid dalam perut akan membebaskan gas fosfin yang menyebabkan kesukaran bernafas, tekanan darah rendah dan denyutan jantung tidak menentu.
Tambah Dr Say lagi, komponen ini juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang mendorong kepada berlakunya koma. Antikuogulan seperti wafarin adalah agen pencair darah yang biasanya digunakan pada pesakit jantung dan pengambilannya memerlukan pemantauan berkala.
Dos yang berlebihan akan mengakibatkan gusi dan hidung berdarah. Lebih teruk lagi, ia juga boleh menyebabkan air kencing dan najis mengandungi darah sehingga menyebabkan koma.
Namun kata doktor selebriti ini lagi, memandangkan dua beradik tersebut masih kecil biarpun pengambilan dos racun yang rendah tetap boleh membuatkan mereka koma.
Tidak ketinggalan untuk memberi tip sekiranya keracunan, Dr Say mengatakan seseorang boleh mencuba untuk muntahkan semula racun tersebut dan perlu segera ke hospital. Dia juga turut berpesan untuk tidak memandang ringan terhadap sebarang jenis racun perosak di rumah serta boleh memilih racun jenis gam atau perangkap.
Malang memang tidak berbau, kita tidak menyangka dalam sekelip mata kejadian tak diingini boleh berlaku. Lebih teruk bila ia menyebakan impak yang besar dan kita hilang orang yang disayangi. Semoga ibu ayah lebih peka dan menjadikan kisah ini sebagai teladan untuk menghindari sebarang kejadian malang di rumah khususnya.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.