Orang luar, tetap tidak akan sama dengan darah daging kita. Depan kita baik, rupanya belakang kita bertopengkan syaitan!
Bila nafsu menguasai diri, apa-apa pun boleh jadi! Selalunya kita dengar di dada akhbar atau laman sosial tentang perilaku seksual ni. Pernah tak bayangkan bila situasi ini terjadi dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri? Fuhh jauh-jauh la ye, boleh trauma jadinya!
Selalu kita anggap rumahlah tempat paling selamat untuk kita, betul? Tapi tak menyangka untuk anak kecil ini, rumahlah menjadi saksi perilaku tidak senonoh rakan ayahnya sendiri untuk melepaskan nafsu serakahnya.
Jom ikuti kisah dari Dr Redza Zainol yang ibu ayah perlu ambil serius sebelum terkena untuk anak-anak kita sekali.
Dicabul Teman Ayah
“Kenapa uncle S tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?”
Ibunya terdiam. Tergamam dengan soalan anak perempuannya.
Diulang lagi soalan yang sama pada ibunya. Dia bingung dengan apa yang jadi pada dirinya.
“Kakak pergi tidur dulu. Esok kita cakap lagi.”
Lepas ditanya berkali-kali, barulah si ibu percaya anaknya dah dicabul oleh kawan suaminya. Kawan yang selalu datang ke rumah, sampaikan jadi rapat dengan anak-anak.
Menggigil Tahan Marah
Bila kami nak terangkan pada si ayah keadaan anak, dia hanya memandang ke atas. Menggigil sambil menahan air mata dari tumpah. Anaknya dicabul dan dipaksa buat seks oral.
“Saya pergi balai polis. Saya minta polis di sana tembak terus kawan saya. Bagi dia mati.” Itu saja yang mampu dia cakap. Dah terlambat.
Kawan memang kawan. Tapi biarlah sampai di luar pintu rumah saja.
Jangan Beri Peluang Orang Lain Mendekati Anak
Pokoknya, jangan mudah percaya pada sesiapa. Jangan beri peluang untuk mereka mendekati anak kita.
Padahal rumah ada isteri dan anak perempuan.
Peluang begini yang mereka nantikan. Yang mereka perlukan cuma 15 minit. Itu dah cukup untuk hancurkan keluarga kita.
Jangan Duduk Diam Bila Terkena, Ambil Tindakan
Jika kejadian begini berlaku pada keluarga terdekat, apa yang perlu dibuat?
Contoh laporan mudah:
Anak saya bernama (Nama anak), mengadu telah dicabul oleh suspek bernama (Nama suspek) berusia (anggaran usia suspek) di (Lokasi) pada (Tarikh dan hari). Saya, (Nama pengadu) mengesyaki anak saya telah dicabul dan dirogol oleh suspek.